Tuesday, December 20, 2011

LEWAT-LAMBAT-TELAT

Assalamualaikum
Pada petang Selasa yang penuh damai ini, aku ingin berkongsi satu cerita. Cerita aku terlewat pergi ke kelas. Mungkin bagi sesetengah orang, ini cerita biasa. apatah lagi, student kan..tambah-tambah dah hampir ke penghujung sem ni, tilam terasa empuk sentiasa untuk dibuai lena. *ayat bakat kreatif* hihi. Tapi, persoalannya sekarang ini bukan masalah terlewat bangun. Situasi yang aku alami sekarang ini ialah aku terlupa hari. gelak la gelak.. memang kenyataan pon. Aku mati-mati ingat hari ni (i means tadi) hari khamis. Hari Khamis kelas BBI 2420 pukul sepuluh. So, daripada malam tadi aku dah set kat dalam kepala otak ni, 'esok kelas pukul 10'. Padahal hari ni baru Selasa kot.. dan kelas aku start pukul 8 pagi. hah! hamik kau. alarm dah bunyi, tapi aku sedap-sedap je press off. Sudah la hari ni aku ada oral presentation. grouping. dah siap plan dah part yang aku kena present tu. Baju kurung pon dah siap keluarkan dari almari untuk pakai esoknya( tadi la). Aku saja biar tak bergosok dulu. Sebab dalam kepala ni masih ingat esok kelas pukul 10. Bangun pagi tadi, aku dengan relaksnya siap membasuh baju kebenda bagai.. then, dapat call dari classmate. Papp! alamak, aku lupa hari ni hari Selasa, kelas pukul 8. ada presentation pulak tu. padahal semalam baru je discuss. dengan kelam kabut sepantas kilat aku sarung je baju kurung yang tak bergosok, selungkup dengan syria. no compact powder, no lip gloss, no eye liner, terus capai beg tanpa membawa kunci bilik pon. terus call pakcik van. ( pak cik yang sangat budiman yang selalu hantar adira ke mana sahaja dia nak pergi dalam area UPM, termasuklah ke Mines). Nasib baik la pakcik tu tak lambat sangat. 
Aku nekad nak pergi kelas jugak walaupun dah satu jam setengah aku lewat. Walaupun aku 'ditipu' oleh Yani yang mengatakan group kitorang dah present, maka tinggal aku je terkontang-kanting tak present, aku nekad jugak datang kelas. Masa masuk kelas tu, memang aku dah pasrah la.. markah kosong pon kosong la untuk part ni. Nak buat macam mana dah memang silap aku. Tapi.. siryes! memang aku mati-mati lupa. 

Mujurlah, madam still bagi chance untuk present hari khamis.Tinggal group aku jela. Hopefully, dapat present dengan ok dan i'll try to come earlier.
to my group members: really, really, really sorry korang. ampunnn sangatt... *memang tak sengaja ok*
p/s : lepas ni tiap-tiap malam aku akan tampal memo kat dinding bilik.

:- yin dan lin, hari ni kak ira kelas pukul ........ (sekian-sekian-sekian) kalau akak tido mati, tolong kejutkan.
kak nisa, hari ni kite kelas pukul....... tolong kejutkan. :))
nasib baik lin ada kat bilik masa balik tadi, kalau tak melangak la aku kat depan pintu bilik. kesian~
Apalah nasib aku hari ni...

Pengajarannya, sentiasalah ingat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan apa tugasan yang perlu di settle kan pada hari tersebut. sentiasalah berpesan-pesan dengan roomates tolong kejutkan if tido mati.
Hopefully, aku tak ulang lagi benda yang leceh macam ni. huh~~

Aku rasa mind set aku tentang hari tonggang terbalik sebab banyak kelas pagi dah takde this week. maklumlah dah minggu ke-14. Kelas BMT( Isnin, Rabu) takde-Dr. Sharif berada di oversea (urusan kerja).
Kelas Teori Komunikasi ( Rabu) takde- Pn. Wan Anita ada presentation. so, secara tak langsung aku lupa aku ada kelas BBI pagi selasa pukul 8. Sejak dua menjak ni pun tekak rasa tak best, selsema, (not feeling well). berhujan, berpanas, ber air-cond berjam-jam dalam kelas, berkipas yang tak boleh nak perlahan dalam bilik. mungkin itu salah satu puncanya sampai fikiran pon tah ke mana. So, penyelesaiannya cuti seminggu study week ni aku kena balik. tukar angin sikit. mintak restu mak, abah nak jawab final exam. orite, itu sahaja yang aku nak kongsi dengan pembaca sekalian. 
ketika presentation untuk pengucapan awam (individual) gugup, ketaq, kalut semua ada la..
                                                                  






Saturday, December 17, 2011

VIRUS make me trouble

Assalamualaikum

Sudah penghujung semester ni, confirm student sibuk menghadam segala nota yang diperolehi dari lectures. and of course as a preparation for final exam. FINAL EXAM? Kejapnya masa berlalu. maka, cuti pon semakin hampir. ok, senyum melebar menampakkan gigi. :D

Takde maknalah senyum selagi tak selesai exam. Aku otw nak usha-usha balik topik yang dikuliahkan. tapi masalahnya, pendrive masuk virus. maka, habislah nota-nota yang my classmate tolong save kan hari tu. Terpaksalah aku menagih simpati pergi mintak sahabat-sahabat yang ada all the notes tu. luckily satu subjek je yang masuk virus. kalau semua, menjawab lah kau dyra oi...



p/s : bertuah aku ada kawan yang pakar bab-bab macam ni. hehe.pendrive dah nyah-virus. selamat membaca nota!
cancel niat nak mintak nota kat kawan. pendrive dah ok.
sekarang misi menghantar nota melalui emel kepada classmate.
*tulis entry sambil text member, mintak tolong ajar remove shortcut kat folder. cepat betul masalah selesai.alhamdulillah.*










Saturday, November 19, 2011

11.11.11-13.11.11 (wedding reception for A&A)

Assalamualaikum
Mencuri sedikit masa yang ada untuk menaip entri baru. Kang update lambat sangat 'basi' pulak cerita ni. So, untuk merehatkan kepala otak sekejap, boleh la menaip ini.
Dah hujung-hujung tahun ni, for sure ramai yang duk sibuk-sibuk ingin merealisasikan hari bahagia masing-masing dan sepupu aku pun tak terkecuali. 11.11.11-tarikh keramat ni jugak yang menjadi pilihan dan tarikh tu jugak merupakan hari lahir ayahandanya. Yang ke berapa??? teeettt.. tak yahla tau. dah bercucu pon. kahkahkah. :D
meh..nengok gambar je. malas nak taip panjang-panjang
singgahsana mempelai pink & purple







 mya n wanie..haii..penat sangat ke dik..



persatuan ibu-ibu malaysia "_"

 me, ateh, ibu, mak ngah (hijau bukan main lagi..hihi)



 Last but not least, Selamat Pengantin Baru to alang (Azaharie) & kak nora (Asnorawaty). Semoga kekal hingga ke akhir hayat. :))

p/s: bestnyerrr tengok orang kahwin ahhhakzz :)
lagi excited tunggu Ombak Rindu..wink wink,,:)) layann~~


















































Sunday, November 6, 2011

makeover by cousin

Assalamualaikum

Sekian lama tak update dan sampai sekarang aku tak tau nak update apa haiishh.. nah! ini kerja kreatif sepupu saya yang baru sahaja mendapat lesen kereta . we are in the same age ok. jeles i tau pasal dia dah ada lesen. yg aku ni tah bila la nak continue.. kekangan masa membataskan urusan dan aktiviti. kate belajor kan..nanti-nantilah. tunggu cuti sem menjelma.berbalik kepada gambar di atas, iiye hobi kami ialah 'menconteng muka'. alah.. tak perempuanlah kan kalau takde sebeg makeup and bla bla bla.haha. perasan cantik la dira tu.lol. whatever!ni namanya suka-suka ok. kalau tak suka, yang gi tengok buat ape. jeeheeh..

Ok, thats all. nak sambung baca cerpen lama-lama untuk meningkatkan proses kreativiti dalam kepala.
den sompek selongkar almari lamo umah atok den. Den jumpo novel-novel ngan koleksi cerpen lamo kek situ. namo-namo pongarang ey samo dongan apo yang ponsyarah den koba kek dalam  koleh(kelas)

p/s: semangat cakap nismilan sejak team nismilan juaro. hahahaha..



Sunday, September 25, 2011

Pengakuan

Assalamualaikum =)

Ehem..ehem...(batuk).. Seseorang yang tidak biasa dengan keadaan di tempat baru kadang kala akan mengalami kejutan. Antaranya kejutan budaya. Tapi tu takde kena-mengena pun dengan aku yang baru hidup di bumi upm. :) Aku tak pulak alami kejutan budaya cuma dari aspek kesihatan agak kurang baik.
koh..kohh.. dah lebih seminggu aku asyik batuk tak henti-henti. Gara-gara minum air segera yang mudah didapati (water cooler). Rupa-rupanya, air tu tak elok. Habis camano.. den baru pertama kali duk asrama. last minum water cooler pun masa sekolah rendah dulu. Dah air minum habis, aku tadah jelah. FREE~~ Sekali hamik kau..koh..koh..koh.. tak henti-henti batuk. Nasib baiklah adik-adik dan kak nisa dalam bilik tu memahami. Yelah..dah aku memekak malam-malam dengan batuk tak henti-henti. tu tak masuk lagi suara ni. dah macam suara ratu rock ok. :p
Bayangkan, dengan suara yang rock ni aku kena cakap kat depan complete dengan mic sekali masa kelas pengucapan awam. ohh,, tidakk.dalam hati aku 'tak sedap sungguh suara aku walaupun aku bukan tengah menyanyi kat depan'.

Pertama kali hidup kat upm, ok lah. satu pengalaman baru. slow-slow adapt. insya-Allah semua berjalan lancar. ok, kat sini aku nak buat pengakuan. Untuk kesekian kalinya aku percayalah apa yang ayu and kak helna cakap kat aku. Suatu ketika dahulu..sekitar 2007. haha.. dua beradik ni pernah cakap muka aku ni macam kak ika.
Kak ika mana ni??? kak ika mana??? sape? sape? aahaa.. ala.. pelakon tambahan dalam drama sunsilk Impian Ilyana dulu tu. pelakon tu pegang watak kak ika. alahaiii.. senang cite Nur Amina dalam Nur Kasih lah. hahahah..atau untuk lebih glamor aku sebut jugaklah.. TIZ ZAQYAH. :")


Saja pilih yang ni. semangat sikit. wahaha..wehh..

Aku mana suka glamor-glamor ni. low profile sila. kehkeh.. tapi tulah. sepanjang hari orientasi, kakak-kakak, abang-abang seniors dok panggil aku gitu. bukan aku yang suruh ok. tulah..redho jelah.. mereka kata  muka aku ada iras-iras. ok, ngadap cermin sekarang. gosok mata yang masih belum kabur berkali-kali. tilik muka depan cermin. sama ke??? over la pulak kalau sama. tukar-tukar. iras ke??
entahlah. dulu masa aku pergi raya rumah sedara mak, ada lah sorang mak cik ni. eh mak cik ke? dah mak aku panggil dia mak lang. so, aku ni kira pangkat cucu lah kat dia kan?? masa tu aku pakai biasa je. pakai baju kurung ok. padahal cousins aku pakai jeans je. ayu tak ayu...hahahaha.. aku pun salam la wan tu. masa dia tengah hidangkan air, dia cakap "muka dia ni macam nur kasih tu la". Aku senyum jela. dalam hati 'yeke?? '

Bila dah bertambah bilangan orang  yang berkata sedemikian, maka aku percayalah sikit. sikit je. Biasalah, dalam dunia ni ada 7 orang manusia yang mukanya iras-iras dengan kita. Jadi, kalau aku dengan 'nur amina' tu iras-iras, sape la agaknya insan yang 5 orang lagi tu? wallahualam..

petua untuk hilangkan batuk : madu dicampur dengan air perahan limau nipis. minum tanpa disulam dengan air. insya-Allah akan berkurang batuknya. balik sini baru aku dapat minum. kat kolej 12 tu bila lah kala aku nak carik madu dan limau nipis ye takkk..

p/s: adira perasan.. so what??? KKK (kenapa korang kisah) hahahahaha.. tata titi tutu. :P piss
sekadar gurauan. ok papaii,, 

Saturday, September 3, 2011

B-F-F purple day wif bff and bff's bf

Assalamualaikum :)

Hello hello kamu-kamu yang tengah baca. Cuba sebut laju-laju tajuk entri kat atas ni. laju-laju sebut.
ada berapa banyak huruf 'F' tu?? hahaha..
Dah! tak payah panjang-panjang mukadimah. ni aku nak habaq mai kat hang-hang semua pasai cita cek jumpa kawan baek cek. ok,apsal tetiba aku menaip seperti aku orang belah utara ni..

Nurul Farah Hani atau Hani atau ciknie atau unnie atau nenek.kahkahkah. Dialah B-FF kiter. Kiter kawan dengan dia sejak 2009. Masa tu kitorang sama-sama form6 kat KGV. terkenang pulak saat-saat masa mula kenal dengan hunny ni. Kisahnya bermula begini..

Dewan Sri Setia penuh dengan pelajar tingkatan enam yang hadir membuat pendaftaran. Selesai mendaftar, semua mengambil tempat masing-masing untuk sesi taklimat dan bla-bla-bla. Aku kenal hunny sebab dia kawan satu sekolah dengan kawan yang satu sekolah dengan aku. ha.. faham ke tak ni?? hehe. Sebelum form6 aku sekolah kat Mambau. Kawan aku yang sama sekolah kat Mambau ni kenal dengan Hunny pasal dulu depa satu sekolah. (sekolah yang lain). So, dari situlah kenal. Tapi memang takde sesi perkenalan langsung sebab dak Hunny ni macam berat mulut la mula-mula.kehkeh.
pppss..shhh..macam sombong sikit la mula-mula.hahah.. yelah. senyap je dia .. macam tak sudi je nak borak-borak dengan den.hihiihhh

Aku rasalah kan aku dengan si hunny ni boleh close sebab daripada mula-mula aku kenal dia banyak la 'kebetulan' yang jadik. Pertama, kitorang dapat bidang yang sama untuk sambung form6 iaitu Science stream. Kedua, kitorang sama-sama tak sudi tak teruskan belajar  science stream untuk form6 sebab kitorang tau kalau belajar sampai otak nak bergegar pon kitorang takkan boleh score 3.0 untuk bidang tu. huhu^^maknanya susah tau susah. Ketiga, kitorang tukar ke art stream dan belajar di kelas yang sama. Dia cerita punya cerita,kampung dia dekat jugakla dengan rumah pakcik aku dan dia pernah membesar kat sana. ok,seperti rasa telah bertemu dengan orang kampung den.hehe. Lama-lama kawan..  aku rasa memang aku serasi kawan dengan dia. eceh..haha. Dia jadi diri dia sendiri dan aku pun jadi diri aku sendiri. no cover-cover.hahaha..paling best dia boleh jadi kaunselor terhebat aku tau tak. bukan dengan aku je. dengan kawan-kawan dia yang lain pun.
ok, ciknie, ko tak payah nak tinggi-tinggi kan hidung kau bila kau baca aku tulis tentang kau ni ye. LOL.. :D
Dalam kelas pon kitorang duduk sebelah-sebelah. pergi mana-mana berdua. insiden paling best yang buat aku nak tergelak-gelak bila teringat moment kat dalam kelas dengan dia bila satu hari tu dia datang sekolah sehelai sepinggang. lupa bawak beg sekolah.kahkahkah.. bayangkan, pergi sekolah, tapi lupa bawak beg sekolah. betul-betul dia bawak buku sejarah malaysia je. tu pun sebab dia pegang buku tu untuk baca sebelum kelas sejarah start. Kalau tak, dengan buku sejarah malaysia tu sekali tertinggal. hunny~~ hunny~~ sorry, terkantoi kan citer lama. hehehe..bila dah berlaku macam tu,, apa lagi..macam biasalah mangsa pertamanya adalah aku untuk pinjam itu dan ini. Pandai pulak tu dia pinjam pen kat ni, pinjam pensel kat tu,,pinjam pembaris kat nun..konon taknak susahkan den la tu kan.hhhaahahaha.. Dia cool je even lupa bawak beg sekolah. kalau aku..memang gelabah la kan..haha. satu lagi confidence level yang tertimbus dalam jiwa dan diri dia ni sangat tinggi. Mula-mula, ada yang sangka dia ni macam over je bila cakap. tapi sobona ey.. mano ado. dah memang diri dio macam tu. Kadang-kadang, aku pinjam sikit confidence level yang dia ada tu. top up sikit kat dalam diri aku ni ha.. Dipendekkan cerita aku memang selesa-selesa-selesa jadi kawan dia. Kadang-kadang character dia macam dia tu kakak aku pun ada. sebab tu aku panggil dia unnie.
Kitorang gelak sama-sama, pose sama-sama dalam camera handphone, nyanyi sama-sama, kongsi cerita sama-sama tak kiralah cerita sedih ke..yang seronok ke..yang menyampah ke..kehkehkeh..
tapi semua tu tak lama sebab dia dapat offer SPA. so, aku pun relakan jelah dia pergi. Alah.. zaman sekarang dah maju. semua ada untuk contact orang lain.cuma nak dengan taknak je. Sejak dia pergi Ipoh, tak pernah sekali pun aku jumpa dia. taklah sadis sangat kan..pasal fb ,handphone, skype segala semua ada.

Sebelum aku register ke UPM, dia decided nak jumpa. betol-betol punya plan. siap suruh aku pakai baju purple lagi.haha.hokayy..warna favourite bff..layan jelah.hahaha..

date: 2 september 2011
location: Jusco, S2
time: 11.00am

cantekk punya planning. Aku yang sampai dulu. Dia lewat 26 minit tau.ha.. melongok la aku tunggu dia kat mcD tu. Sampai-sampai je..mestilah borak-borak dulu kan. haruslah. banyak yang perlu di update. Dah lama giler tak jumpa kawan baik sendiri depan-depan, aku cam eh eh..kekok ke.. sikit la. haahah..memula je. after a few minutes , ok dah.hahaha..



segala menu aku di mcD ditaja oleh hunny. sweet tak..haha..
tak sia-sia kau mintak aku pm fatin suhana sebab kau menang contest dia. hehe.
sekalung tahniah!

Kemain lagi..air ribena ok.air pun purple.tak nak kalah.  sungguh..kenyang giler aku makan sampai kentang pun tak dapat habis semua.sayangg..sayangg..itu rezeki tu. tapi nak buat camne perut dah penuh.

Perut pun dah kenyang, so..cuci mata jelah kat jusco tu. Dia beli baju untuk bf dia. Aku pon samalah belek-belek baju kat situ. Berkenan pulak satu. tetiba teringat kat abah. maka, aku belikan abah baju satu. Sempena birthday ayahda la kiranya tu. hehe. abih, nak beli untuk bf, bf ey takdo. hahahaha.. belilah untuk abah.

dulu, hunny pernah cakap kat aku..

 "ko jangan mandai-mandai nak bercinta, ko tu budak-budak lagi. kot dah ada bau-bau nak bercinta tu.. bagi tau aku dulu."

Eh..eh..budaklah sangat aku yang sama baya dengan kau ni kan.hahaha.. tengok, kan ke betul-betul  dia buat aku ni macam adik dia. alah..unnie..kalau aku sorok dari kau pun kau bukan tau kan..hahahahahahaha...hihihihi..takde takde. itu rahsia aku lah kan..hikhee~~ huhuhu..tunggu jelah update yang tah bila-bila.

Balik dari jusco..pengangkutan ditaja oleh bff's bf (bf hunny). Oleh sebab ditaja, maka kene ikut syarat yang dibuat oleh gf penaja.hahaha.. (over tau) Hunny sibuk-sibuk suruh aku ikut dia pergi beraya kat rumah kawan bf dia. Aku yang nak ke tak..nak ke tak ni.. haruslah nak jugak pasal bff punya pasal kan.. redhoo..

Dah pergi rumah orang kan..mestilah dijamu. perut dah kenyang, tapi gagah la jugak makan.haha.. Sudah tu, poie lak rumah bf dio, makan lak laie..nasib baik menu lain-lain. so, keinginan untuk merasa makanan yang dihidang tu ada jugakla. segan-segan jugak. makan-makan jugak. hahaha..


di rumah bf hunny

Selesai jalan-jalan dan beraya segala..aku pun dihantar pulang seperti yang dijanjikan.haha..
thanks a lot to my hunny (bffku) sebab kau belanja aku makan, borak-borak, cuci mata, jalan-jalan.
mekasih jugak pada bff punya bf pasal jadi penaja pengangkutan.hehehe.. jaga my bff dengan baik ok.
lepas ni, tah bila la dapat plan serupa ini lagi..


Sempat lagi ye memberi pose di depan rumah sendiri.hehe.



unnie & dongsaeng -xoxo-


aku berkira-kira..nak letak ke tak pic ni..muka aku ketawa tanpa cover. hahaha.. tah masa bila si unnie ni capture pun aku tak perasan. Aku gelak pasal apa pun aku tak hengat.hahah..

sekian..



Aidilfitri yang biasa-biasa je

Assalamualaikum..

Sebenarnya hari ni aku penat sangat-sangat sebab hampir seharian berjalan-jalan dengan my bff. tengok betul-betul ni. B-F-F. not bf okeyy.haha. orite, kita hold dulu cerita pasal jalan-jalan tu ye. Di kesempatan ini juga aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda-anda yang sudi jengah-jengah entri aku kali ni. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada entri-entri yang aku update kat dalam ni buat anda sakit hati, terasa hati, bengkak hati and apa-apalah. Aku tulis ikut apa yang aku rasa dan apa yang terlintas je. Jadi, sekiranya terkurang kat mana-mana tu, maafkanlah ye. :)

 Seperti entri yang sebelum ni, title : Raya oh Raya, aku ada mention lokasi aku dan keluarga beraya untuk tahun ni. Ya, mengikut perancangan awal yang tidak rasmi memang kami decided nak beraya kat sini dulu. (Kampung sebelah abah) iaitu di Bemban tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan, kami ubah perancangan. Mak kepada mak aku tak sihat. (demam). Bukan demam kanak-kanak yang berusia 9 tahun ye tapi ni demam granny berusia 80 tahun (kalau tak silap). hehe. cucu pun lupa. uwehh~~Memandangkan atok dan wan sebelah abah dah lama 'pergi', jadi.. yang tinggal ini harus diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Hengat senang nak jaga nenda yang ber wheelchair?? ha..jawab jawab. Wan dah tak boleh berjalan langsung even nak bergerak dari katil ke wheelchair pun, she needs help. So, tak sampai hatilah begitu. Kami balik lah..berkumpul ramai-ramai kat sana supaya wan tak sedih sangat. dengan harapan bila dia tengok anak cucu berkumpul, lega sikit hatinya, kurang sikit sakitnya.


--------------------------------------------------------------

Raya pertama-ini aku nak cerita sikit le macam mana raya pertama aku kat kampung hari tu. Pagi tu, aku dah siap makan awal-awal.pakai baju biasa je dulu sebab nak siap-siap cecantik kemudian. Lepas makan-makan, semalamnya tu aku dah inform awal-awal kat my cousin--

"Along, nanti kau tolong make-up kan akak eyh??"

"ok.ada barang make-up, along jalanlah."

-deal-

Pagi raya tu, aku kenalah tunggu dia siap mandi segala kan..kang dia sibuk siapkan muka aku, dia pulak yang tak siap kang.haha. Operasi touch up men-touch up pun bermula. banyak kott make-up items dua beradik tu (tukang make-up dan adiknya). hokayy, sah-sah diorang pro dalam bab-bab ni daripada aku kan. Aku pesan kat ija (cousin yang tolong touch up muka) bagi mata aku nampak bigger than usual. haha. Mata aku kan sepet-menyepet je kan. Bila aku senyum nampak gigi lagilah kan. macam orang tidur masa ambik gambar. Pagi raya kan..i nak la something yang fresh di wajah. over tak over cara aku cakap.haha.


kabur-kabur sikitlah.maklumlah camera phone je yang mampu. kihkih.


takde niat pon nak bersinar-sinar kan brooch yang jurai-jurai tu. tapi itulah camera phone den ni dah jadi second hand. nak kena hukum jual balik, ambik yang baru. hahaah..sorry.

btw, dua foto inilah hasilnya setelah di touch up oleh my cousin. kan nampak besar sikit mata den tu. pada yang tak nampak, sudahh! janji aku suka dan tersenyum je bila tengok cermin. hehe. thanks along :) muaa..muahh..



which one is Eja?? sapa dapat teka, dapat duit raya.haha.cepat-cepat. :P

Baju raya aku tahun ni warna army green. ala-ala askar masuk hutan. hihi. dah lama teringin nak pakai baju raya warna tu. happy jugak la sebab dapat pakai baju warna pilihan hatiku. kuikui..:p Puas tau pusing satu kedai baju tu. last minute punya baju.nasib baik ade saiz. Baju kurung saiz XS okey. Punyalah jenuh nak mencari. masuk kedai ni, aku berkenan..saiz pulak ilekk. masuk kedai tu, saiz ada..aku pulak. 'eiiyy..tak lawalah'. So, macam mana tak pusing satu tingkat tu. tapi last-last jumpa jugak. alhamdulillah. Sedondon dengan adeq aku, Kimie.
Mak dengan abah warna lain.haha.

Berbalik kepada cerita wan dira yang tak sihat. iye..betul..tak tipu..kesihatan wan kali ni memang tak berapa baik berbanding selalu. Sampai mak aku menangis air mata berjujai-jujai (haha..ayat mak.) sebab wan aku asyik lelap mata je satu hari. hati mak aku dah risau dah. yelah..masa mantai tu memang wan dah demam. disuap makan tak nak, diberi minum, seteguk dua je. lepas tu, lelap mata. Kalau datang selera dia nak makan, dapatlah dua tiga suap. itupun muntah sudahnya. Kesian wan kiter sakit masa raya. hukhuk. :"( Disebabkan keadaan wan tak menunjukkan sebarang petanda positif, dengan mak aku yang dah dua tiga kali menangis dengan air mata berjujai-jujai, adik-beradik mak sepakat nak bawak wan ke KPJ. Padahal raya pertama tu dah pergi dah masuk air kat hospital yang sama. Shiyan wan asyik kene cocok jarum je kat tangan.

so, raya yang bagaimana lagi bila situasi macam ni jadi kan..mestilah rasa biasa-biasa je kan. Aku pulak dah sibuk dengan packing barang itu ini. Sempat jugak la aku and family pergi beraya kat rumah akak dan abang kepada abah. ha.. tu jelah yang sempat. Selebihnya, tunggu orang "assalamualaikum" jela kat rumah.

Doakan wan kiter cepat sihat,cergas dan ceria macam selalu.


nak peluk bahu wan.tapi wan bersandar pulak.


cucu pesakit yang perasan doktor sebab siap snap pic kat dalam ward. kahkah.
doktor pun tak sempat nak buat macam ni. :")

Sekian..


p/s: entri ini ditaip tengah malam semalam tapi publish baru ni.


Friday, August 19, 2011

raya oh raya

Assalamualaikum :)

Dah 19 Ramadhan dah.. kejapnya masa berjalan. kurang 2 minggu lagi hari raya pun menjelma. Persiapan raya aku tahun ni so-so je. Baju raya pon tak beli lagi. Entah beli tah tidak. Kalau tak beli, aku pakai jela baju raya yang aku lom rasmikan dalam almari aku ni. Kira baju baru gak tu. Bersyukur daripada tiada. Betullah, bila kita dah mula ada komitmen ni kan, raya pon rasa macam biasa je. tak macam masa kecik-kecik dulu. pantang sebut pasal raya. excited tak tercakap. jadi bila dah besar macam ni, baru aku rasa perubahan tu. Tambah-tambah pulak aku akan pergi belajar tak lama lagi. Memang aku tak berjalan ke mana sangat pun rasanya. Raya tetap raya. untuk tak nak bagi mood tu hilang, kita dengarlah lagu raya.wiihee~~..

Raya pertama berkemungkinan besar family aku akan raya kat sini dulu. Kalau dah sini tu maknanya kampung abah aku la kan..eii cam pelik je sebut sini kampung. ahakss..sebab aku selalu sebut balik Bemban je. tak pun masa arwah wan ada, aku sebut balik rumah wan bemban. Kalau kampung tu selalunya aku tujukan untuk rumah atok aku kat banting sana. Kalau sana, aku cam tak pelik la sebut kampung pasal jauh gak la perjalanan nak ke sana. haha. padahal 45 minit je pon . hahaha.. Jarak rumah aku ke Bemban 5 minit pun tak sampai. tak rasa cam kampung la walaupun hakikatnya memang kampung pasal nak menjiwai lagu Balik Kampung pun tak sompek. ehehe..

Berbalik pada cerita tadi, raya pertama aku and family beraya kat sini. petang raya pertama tu, mungkin akan balik Banting pulak. bermalam di sana kejap,   raya kedua atau ketiga balik mambau dah. ( tengok keadaan jugakla..) so, raya keempat or kelima mungkin boleh la untuk aku jumpa ciknie. kau janji nak belanja aku kan.. yess! Raya keenam and ketujuh tu  aku dah busy gileer packing barang sume. Last minute check itu dan ini. Maka, selepas itu, boleh la tidur dengan nyenyaknya. :") 7hb.. ( raya ke-8)  bubbyeeii seremban.

Nampak tak, aku tak sebut pun berjalan-jalan ke rumah sedara-mara. entahlah..ikut pada masa dan situasi sekarang aku rasa macam tak sempat je la. kepada family ku, pak saudara, emak saudara, sepupu-sepupuku , kawan-kawan, kenalan sekalian :



Aku ni bukanlah tersangat excited untuk hidup kat upm sana tu. tapi.. this is my 1st experience nak hidup sendiri kat sana. so, kena bersedia dari awal.
Bila dah sampai sana, aku tak tau la aku ada banyak masa atau tak untuk update blog ni lagi.
tunggu dan lihat saje. ^__^

terima kasih sebab korang sudi baca entri kat blog ni.

Friday, August 12, 2011

A part of my memory

Assalamualaikum ;)


Inilah rupa lencana yang melekap kat tudung sekolah aku daripada aku tingkatan satu sampailah tingkatan lima.

Sebagai tanda aku menghargai kenangan yang ada, maka aku wujudkan entri ini . Zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. yupp.aku setuju. 

Selama lima tahun aku sekolah kat SMK Mambau. Sekolah ini sangat cantik pada pandangan aku sebab bersih. (beriya-iya auntie cleaner sapu setiap hari) . Kalau lalu depan sekolah ni, ada juga yang sangka sekolah ni sekolah berasrama. pasal bloknya tinggi-tinggi dan kawasan sekolah ni luas. Hakikatnya,sekolah ni sekolah harian biasa aje.



Indahnya permandangan :)


Tingkat paling atas-kat situlah den duduk berjuang bersama kawan-kawan untuk PMR & SPM :)


asliza,azie,zue,dira,syafiqah,ekyn,wada,zirah,nabila
Cantik susunan..
photographer: Jerrinder. :) (di manakah kau??) haha.



Hari last SPM. (untuk budak bio je) fuhh..merdeka sungguhh masa tu.
tengok senyuman masing-masinglah kan..




 
Eileen.. yang ini dulu-dulu, sekarang dah semakin cun amoi ni . hehe. piss.


member sebelah meja masa kat kelas form5.



fokus pada lesung pipitnya. cute jer..iihiiee


candid pose.. hantamm sajalah



 ok, si baju melayu : Syafik & Amyrul (student LK)



Kami bukanlah model sambilan mahupun artis wanita berkumpulan. hehe. Suatu ketika dahulu, kami hanyalah budak sains yang kerap keluar masuk lab sahaja.
ohhh..mengapakah aku telah beralih arah??



Class party 08.08.08. serius, randomly je pilih date tu. pasal time tu semua free.
lokasi: KFC jehh..




 pelajar-pelajar perempuan melayu 5 Sains 1 2008..
guru tingkatan: Puan Siti Norlida Mohd Yusof
eh, ke manakah pandangan aku beralih??


Lelaki melayu?? the one and only.. Hisham Mazlan.
alaa..apa nak kesah,, kitakan 1 Malaysia.haha..




Dengan berbesar hatinya aku nak cakap thanks kat ekyn yang takde kerja pada ketika itu. Maka, dia lukislah ini unntuk aku. eooww..so sweet. LOL..
sampai kat mana aku simpan pon dah tak ingat. err..

Kalau member tanya "apa yang best masa kat sekolah mambau?" dengan pantasnya aku menjawab "kantin". haha.. serius aku susah nak jumpa kantin macam Mambau. bersih,cantik, dan sedapp plus acik kantin yang sangat pemurah. :")

Oleh itu, tidak hairanlah bidang penyajian (catering) kat Mambau ni no.1 sebab warga sekolah
dah terbiasa dengan makanan sedap-sedap. :) siap ada cafe tuuu.. kau ade?? hakhak..

Akhir kata, (macam bagi ucapan kat perhimpunan la pulak) saya bangga bersekolah kat sini walaupun sekolah ni tidaklah glamor mana pun (setakat sekolah lama Nabil je..). penting sangat ke populariti tu?? ohh tidak. kalau aku tak sekolah kat sini mula-mula dulu, belum tentu aku dapat intai-intai peluang dan mencorak perjalanan aku seperti sekarang. bersyukur jugak tu.alhamdulillah.










mood:pergilah tidur dira. mata dah berat sangat nak menaip ni. jangan terlepas sahur sudah.









Tuesday, August 9, 2011

Pejam Celik Pejam Celik

Assalamualaikum

Ohh yeahh..background blog bertukar lagi. hehe. Ini jelah kerja aku  kalau ketandusan topik nak update entri. Pejam celik pejam celik dah sembilan hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Kadang-kadang rasa macam aku tak terkejar dengan pergerakan masa ni. 24jam dalam sehari tu macam tak cukup je. Itu nak buat, ini nak buat.


Seperti yang sudah sedia maklum, aku akan sambung belajar tidak lama lagi. Maka, segala persiapan perlu dibuat supaya nanti takde lah tergopoh-gopoh.. "alamak, tu tertinggal, ini tertinggal.. patutnya aku dah masukkan dalam beg dah. alamakk..macam mana ni..macam mana ni.." Dah kalut kan kalau macam tu. So, better get ready awal-awal. Overall, almost 70% of my preparation done. Ada sikit-sikit lagi yang nak kena beli. Lepas bank in yuran kira dah 100% complete.

Dalam kesibukan menyiapkan itu ini untuk masuk universiti, ada perkara yang aku dah banyak kali tangguh nak buat, akhirnya dah selesai. ok la tu walaupun ambik masa sikit. Actually, segala preparation aku untuk masuk U ni pun banyak dibantu oleh kawan-kawan dalam fb. especially bakal kawan-kawan di UPM nanti. eceh.. bakal kawan-kawan. hehe. Ada lah hamba Allah merangkap senior di UPM telah create satu page khas untuk bakal-bakal student UPM yang akan register 7 September 2011 nanti. Kat situ, mereka akan update anything yang perlu junior buat before datang register. Kalau ada sebarang kemusykilan pon boleh la dimuntahkan di wall page tersebut. haha..InsyaAllah, ada yang akan menjawabnya.

Kewujudan page ini juga menyumbang kepada ahlinya-ahlinya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Hebat bukan.. haha. Di sinilah semua sibuk mencari teman sekolej dan satu course. Dan untuk itu juga aku sudah mempunyai ramai kawan satu universiti. Kawan satu kolej dan satu course pon ada. So, nanti tidaklah aku terkapai-kapai dalam kecelikan bila sampai kat kolej 12. :")
Pejam celik pejam celik nak masuk universiti dah ye. dulu nak belajar pon kena bersuruh. kahkah..




Kenapa aku rasa macam pernah guna je tajuk entri kat atas ni..kalau korang rajin, cuba tolong check entri-entri sebelum ni. iyeke?? apa-apalah.






Tuesday, June 28, 2011

Sentuhan miss-A

Assalamualaikum :)


#1


#2


#3


#4


#5


Dah cuci mata dah tengok unofficially model kat atas ni?? haha. *perasan! Ok, kenapa tajuk kat atas ni berbunyi sedemikian "Sentuhan missA"?? konon gempaklah sikit tu kan..padahal sentuhan make up je pun.aahaa~~..tengok! apa dah jadi dengan muka aku semua kat atas ni? ini semua angkara missA la ni. *padahal aku yang beriya-iya setuju dengan suggestion dia. haha :"D tapi sape missA ni?? sape..sape?? actually, dia antara bestfriend aku selain daripada my BFF aku tu. Kitorang dah takde kerja. Dia pergi angkut make up items dia kat rumah aku, lepas tu jadilah muka aku seperti yang anda semua lihat di atas. Takdelah putih sangat sebenarnya tapi sebab flash camera, tu yang jadi melepak pak pak tu. So, apa pendapat korang? korang rasa yang mana satu expression muka  aku yang paling ok?? and adakah missA ni berbakat dalam men touch up muka orang?? muka aku makin cun ke atau macam hantu jepun?? wahaa~~..pasal aku rasa macam terlebih putih. kan..kan..?? betul tak? Saja la aku nak test dia.. pasal missA ni memang minat giler dengan hal-hal macam ni. Aku ni minat jugak tapi takde bakat. tak reti.nak pakai eyeliner pun terkial-kial. Kalau korang nampak aku bermake up tu maknanya ada someone yang baik hati la tu tolong bagi servis percuma kat aku. Kalau tak..jangan haraplah. pakai compact powder sudahhh. senangg.. bukan aku tak pernah make up sendiri, pernah jugak. tapi lecehla. kalau orang make up kan..aku lelap mata je, sedar-sedar dah siap. hehe.. Shawl tu pun dia yang pusing-pusingkan untuk aku.haha..macam tu la goman ey.. :))

to missA: thanks sebab jadikan muka aku macam tu yew.hahahh :P



*nak letak gambar missA, tapi dia tak kasi.maybe next time :')


Sunday, May 22, 2011

I met the main stars of Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum ^___^

Have u guys read the title of my entry for this time?? oh yeahh.. i met them. hihi.. *berlagak ar pulakk.. heehe..tak tak. just kidding ok. Ni nak story mory lah ni.. memang betul aku jumpa diorang. Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz and tak lupa jugak Shafie Naswip. *besar kauuu..saje nak bagi my BFF jealous huhu..sorry my dear hunny.. :))

I met them at terminal one Seremban. jerrr..bukan dekat Pavillion atau Sogo pon. and kalau ada roadtour kat sana pon belum tentu aku ni pegi. hahaha.. actually, tak la excited sangat nak pegi tengok roadtour ni pasal dah tau dah manusia for sure berpusu-pusu kat situ. tambah-tambah hari Sabtu. memanglah tu..gamai lah kek pokan somban tu. haha.

Nak dijadikan cerita.. semua ini bermula daripada perlawaan seorang teman aku. Agak lama jugak kitorang ni tak spend time together. Sejak aku sibuk jadi Georgian dan dia pulak pergi belajar. So, bila dia tengah free ni and ditambah pulak aku yang sememangnya terlebih-lebih free kat rumah ni.. terus je setuju. hehehe.. teringin gak nak face to face dgn pelakon-pelakon utama drama yang dapat sambutan sampai 19 juta penonton tu.

Jenuh kot menunggu... semua yang ada mesti nak tercabut lutut aku rasa. waaahaaa~~

Suasana roadtour tu happening jugak la..tu pon sebab ada Fizz Fairuz. Orang dah banyak experience dalam bidang lakonan.jumpa fans sana sini. maka..pandailah dia handle crowd dengan lawak sampai aku pon terkekeh-kekeh gelak. :"DD


Inilah dia wajah macho lagi tampan walau dengan apa-apa gaya di abad ini.hhihiii.. *owhho.. i know  cik nie sedang excited melihatnya. ;) nampak tak yg senyum kat tepi tu. thats Shafie Naswip. alaa.. yg berlakon filem Mukhsin tu. dia pengang watak sampingan je.yang separuh badan+spect tu pulak encik fizz tu la...,bf Almy Nadia. hekhee..*pandai betol aku ni gosip.haha.


Kalau nak tau, Remy ni bertongkat masa atas stage. Mula-mula aku fikir saja jelah dia nak hidupkan watak Adam yang last dalam drama dulu tu. tapi..sampai ke sudah event tu bertongkat je dia.betul-betul injured agaknya.????? dalam pada aku kata dia macho di abad ini tu, aku tengok macam mamat bangla pon ada si remy ni.dengan kulit yg tak berapa nak cerah dan tak berapa nak legam tu..dengan rambut dan spect ala-ala Noh tu...tak dinafikan. hehe.*jangan marah hunny.. ngehngehheeee~~
Siap bagi tau dulu dia pernah duduk Temiang. zaman-zaman belum famous la tu.Alah..orang Masjid Tanah je kot.. sempadan n9. and yang paling best " Saya kenal Nabil giler tu.memang kenal.tapi dia Mambau."  Nah! siap mention mambau. *jangan misuderstanding pulak, bukan dia kata nabil tu gila tak betol tapi maksudnya nabil tu giler-giler. kawteem agaknya diorang ni. ??? samo nogori kan..geng lah. cara cakap macam dah memang lama kenal je dgn nabil. kenal sebelum jadi artis ke ape.. ????

Kebanyakan gambar yang sempat aku capture semuanya kureng cantekk pasal terpaksa zoom lebih-lebih. plus camera pon tak berapa nak canggih kannn.. :) niahaaaa..Gambar Remy tu jela yg clear pasal kebetulan dia datang dekat dengan tempat aku berdiri. memang dekatla.. tu paling dekatla tu. :) thanks to teman sebelah yg aku baru kenal time tu.hehe..dia tolong capture.yehheee..


ok, yang muka macam i ni tiz ok.. *hahahahahahaha..per..rasa..nn bonar tu namo deh. Dia ni memang cun wa cakap lu. yang penting kulit dia lagi putih melepak pak pak..pak..daripada aku. nak kata dia sombong, tak jugak la. pasal still senyum bila orang pandang. maybe nama dia baru lagi naik, so..tak pandai sangat nak handle crowd. lepas tu, asyik-asyik stand kat belah sana.. cubalah datang kat side aku ker.. eheeeyyy hee..:P sebaik datang sekejap. dapatlah pic yang not so clear ni.
senang cerita, dia perlu biasakan diri lagi dengan fans and dia tak macam fizz fairuz and mila. (pandai handle crowd,tau attract fans)

Oh ya, Mila pon ade.waaahh..suke taw aku. i minat dia daripada af5 ok. tak dapat-dapat nak tengok live. akhirnya, dia datang sekali sebab nyanyi OST Nur Kasih The Movie. Tajuk lagu-Bertemu Cinta. syahdu babe. Apa-apa pon ketinggiannya tetap rendang walaupun telah menyarungkan sepatu yang sangat tinggi heel nya.


Shafie Naswip- ok la budak ni.tak poyo. boleh tahan la. hensem.. tapi taklah sehensem remy and fizz. fizz tu yang mahal lesung pipit dia tu. heheeee.. si shafie ni pandai gak communicate dengan fans, sporting. ada snap gambar dia. tapi goyang pulak. uhukk.. :( so, tak cantekk. tak mau publish kat sini.

Kesimpulannya, semua gambar yang yang aku sempat capture, majoritinya kabur. Walau bagaimanapun, bibir ni still boleh senyum puas hati pasal dapat tengok mereka depan-depan mata.
Dan dengan itu aku mengatakan..mana ada muka aku macam tiz zaqyah tuuu...
takde..tak..takk..takk..nehii..nehii..dia lagi cuuuunnn!!!

*harap-harap sempatlah aku tengok Nur Kasih The Movie ni kat pawagam. nak jugak feeling-feeling lap lap air mata dengan tisu bagai. yang penting dengar sini..


Nur Kasih The Movie hanya ditayangkan di pawagam sahaja
(jgn berangan nak tunggu keluar kat astro first ke..dvd ke..)
*satu strategi produser yg bijak.





Saturday, April 2, 2011

pengaruh novel bermula..

Assalamualaikum.. ^___ ^

Mata masih tak mau lelap. entah aku ni dah terkena symptom insomnia ke ape?? musykil.. musykil. Mentang-mentang zaman alam persekolahan kau dah tamat sekarang Dyra.. ikut kepala kau je nak tido pukul berapa ya?? hahahaha.. what to do.. masa nilah nak menikmati tempoh percutiaan puas-puas. Lepas ni ada rezeki sambung belajar, tak dapek nak buek pangai macam ni salu do.. hihi
Nak menambah entry punya pasal, aku naklah kongsi dengan korang yg sudi baca blog aku ni tentang novel yg aku baru je habis baca tadi.

Tajuk: Seandainya....
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh aku beli novel ni: 16 Mac 2011
(nak jugak mention.. macamlah penting bona..)


Aku tamat baca novel ni kira-kira pukul 1.40 pagi tadi. Sanggup woo.. bersengkang mata dari petang tadi sebab nak habiskan. weehee.. Sebenarnya, masa yg aku ambil untuk habiskan pembacaan aku utk novel kali ni agak lama jugak berbanding dengan novel-novel sebelum ni yang aku baca. Mengapakah jadi begitu?? Mungkin sebab jalan cerita novel ni aku tak pernah baca before. tu yang feeling kejap kejap lost gitu..haha. Entahlah..aku pun tak berapa pasti kenapa mood aku tak berapa nak excited baca novel ni masa mula-mula. bila mood hilang jer..aku tutup buku.bila terasa boring and nak tahu jalan cerita selanjutnya, barulah mata ni khusyuk mengadap balik.kalau tak, aku pandang lesu jelah novel yg terletak kat atas meja study ni. Baca punya baca..sampailah kat pertengahan cerita
 barulah mood tu positif sikit and aku berjaya habiskan jugak finally. yeayy..
Jalan cerita dalam novel ni banyak guna teknik imbas kembali. kejap-kejap teringat.. teringat..
kalau di visualkan dalam tv macam dalam drama ke.. senang sikit nak tau tu part 'teringat' ke kan.. ni baca dalam buku. kadang-kadang lambat muncul dalam gambaran.
watak utama Nur Dhila Areena, Wan Zaharris, Shamsul Azhar.
first time baca, aku budget Shamsul Azhar tu hero utama dalam cerita tu. Rupanya-rupanya, ada pulak Wan Zaharris yang mendahului watak sebagai hero dalam tu. Pening jugak lah masa first time baca.. dalam kepala ni asyik fikir"apa ni..kejap citer tu..kejap citer ni". then, banyak scene pasal urusan kerja masing- masing dalam syarikat pembinaan Brilliant Excel. Konflik antara pekerja dan majikan yg tak adil. Heroinnya pulak workaholic sampai takdo maso nak fall in love. atau senang citer tak nak pisang berbuah dua kali. Sebabnya lelaki dulu yg dia cinta bagai nak rak dulu mempunyai persamaan dengan lelaki yg menaruh perasaan dan harapan kat dia sekarang. Persamaan mereka hanya pada nama. Zaharris Arman dan Wan Zaharris.
tetiba muncul Zaharris Arman la pulak. Aku yg tengah kusyuk baca time tu pun pening sebab ada je watak baru muncul sepanjang jalan ceritanya. Dipendekkan cerita, (pasal tangan aku pun dah malas nak menari-nari atas keyboard ni) Seandainya... adalah perjalanan cinta Areena yg penuh liku, onak dan duri. Zaharris Arman boyfriend ketika menuntut di universiti. Hubungan mereka lama bertahan sehingga si lelaki minta diputuskan perhubungan sebab baginya wanita itu seolah-olah tidak ikhlas dalam berkasih kerana tidak pernah sekalipun mengungkapkan kata cinta.then..break off. Wan Zaharris-dia betul-betul suka pada Areena tapi tak berani nak cakap depan-depan. Bila face to face jer.. berterabur semua perkataan yg keluar daripada mulut. konon dulu masa study playboy. hahaha..
Padahal mula-mula, dia yg beriya-iya suruh si Areena tu lupakan kisah lama. Jangan sebab kesalahan orang lain,semua lelaki Areena anggap sama terutama dia yg sama nama dgn ex.boyfriennd Areena. Part Areena n Wan Zaharris ni aku rasa sedih sikit lah. sikit je lah sedih dlm hati jer..haha..(padahal sebelum ni kalau baca novel, pantang ado part sodeh yo..air mata bercucuran macam air paip singki) hahahaha..nak buek camno..dah memang dilahirkan sebagai seorang yg sensitif agak ey.. :)
Part diorang ni aku sedih sebab masing-masing suka tapi tak luahkan secara terus-terang. yang sorang harap dia dulu.. yang sorang ni pulak macam tak confident. tapi perilaku masing-masing macam love each other.
so, yg betul-betul tau diorang ni suka sama suka adalah penulis, aku, dan pembaca yg lain. yo yo o.. aku ingat diorang ni kawin ker..happy ending ker..rupanya tak jugak. masing-masing 'bercerai mati' sebab terlibat dalam kemalangan bersama. yg perempuan selamat.. yg lelakinya kembalilah kepada Penciptanya. pun masa tu..Wan Zaharris tak sempat nak propose. Semuanya berpunca daripada sikap ortodoks maknya yg kalau boleh nak menantu tu 'perempuan yang duduk kat tepi tangga rumah dia'. orang klate lah katekan..(jangan terasa pulak kalau ade org kelantan yg baca ni.hehehe.. ni rekaan penulis je) tak mau org luar dlm keluarga seboleh-bolehnya. nak nak pulak mak dia ada kisah silam yg buat si ibu 'kerek' ni jadi anti-orang KL.anak yg patuh tak sampai hati nak membelakangi emak. yg aku sodihh tu pasal cinto ey tak kesampaian tapi maut dulu yg datang. dah takdir..Sebenarnya, si Areena ni at last dengan Shamsul Azhar, lelaki yg dia jumpa dalam tren komuter dulu. sapo lak shamsul azhar ni?? camno lak citer dia dengan areena?? boleh ke areena tu lupa kat arwah Wan Zaharris cam gitu je??
 nak tau kisah selanjutnya.. po eii.. popular ko.. Sinaran ko.. MPH ko.. utk dapatkan novel ni yo.hahahaha,,tak kan den nak cito sumo..

pengajaran:
-tak semua yang kita harapkan dalam hidup akan jadi milik kita
-semua insan perlu redha dengan setiap ketentuan-Nya walaupun pahit utk ditelan
-jangan terlalu cemburu terhadap seseorang sehingga boleh menjadi dendam



p/s: jenuh gak jari ni berjoget-joget atas keyboard wpun penat. huhu..
dak hunny kalau tau aku update entry ni mesti dia suruh aku citer panjang lebar lagi. pasal dah tau dah pangai ko yg kedekut nak keluar duit beli novel tu. ngeeeheehe..

Tuesday, March 22, 2011

hukum memakai braces

hari tu masa balik kampung,aku n cousins duduk-duduk sambil belek-belek magazine dara.com yg aku bawak. pastu, terjumpa la artikel pasal braces dlm majalah tuh. sebelum nih..ade jugak aku terfikir nak pakai. dah penah tanyer doktor pun.tapi, doktor tu kate, tak payah sbb susunan gigi aku okey. kalau macam adeq aku..memang kene pakai lah. hehe.. ckp punyer cakap pasal braces nih.. tetibe my cousin said.. tak payahlah..haram!
my reaction: weird. yeke haram?? musykil..musykil.. tak pernah pulak adira dengar atau bacer artikel memakai braces hukumnya haram.utk meleraikan kemusykilan itu, balik seremban jer..terus google pasal isu ni. maka, terjumpalah aku dengan artikel yg ditulis..
oleh:nazrie5799

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
 
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
 
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Wallahu a’lam.


-kakak 'braces'-
model: Fatin Liyana Asri (blogger)
honeykoyuki.blogspot.com

pendapat Nurul Adira Tawfik- tak salah pakai braces asalkan bukan utk menunjuk-nunjuk. braces adalah pendakap gigi yg dipasang utk membaiki susunan gigi. pemakaiannya amat digalakkan terutamanya bagi individu yg menghadapi masalah gigi jongang yg terlalu ketara. bila susunan gigi kiter elok, kiter akan rase lebih confident utk senyum depan org. dan yg plg penting kiter tak dijadikan bahan ejekan sbb gigi tak senget-benget. apabila senyuman kiter manis dan ikhlas daripada hati, kite akan selalu senyum dengan org lain. apabila kiter selalu tersenyum secara tidak langsung kiter bersedekah. pahala pun bertambah..:) nak kata kiter ubah ciptaan Allah, braces tuh dipasang pada gigi asal (mmg ciptaan Allah) cuma dirapikan susunannya sahaja. gigi tetap original.haha.. kalau mcm tu, knp tak kata, pakai gigi palsu tuh haram??? kan..kan..kan.. dah sah sah lah palsu. heehe..cuba fikir semula.. mase kiter baru dilahirkan, semua yg dikurniakan Allah pada kiter adalah bersih, cantik, original. masa baby, gigi kiter cantik je kan.. comey..comey..bila dah ganti gigi kekal, barulah susunannya tak secantik gigi susu. perkara ni berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor.(korang google lah sdiri ape faktornya). bila dah remaja/dewasa, adakah menjadi satu kesalahan kalau kiter mau kembalikan semula susunan gigi yg teratur itu????? kesimpulannya, semuanya bergantung pada niat dan tujuan kiter.

p/s:bukannya masa kiter senyum tu..kita ckp.."tgk la ha..gigi saya dah cantik.." takde kan.. kalau ade yg mcm tu, mmg tujuan dia tak betul la tu.


*sekadar pendapat. tak mintak pun semua orang setuju :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...