Tuesday, March 22, 2011

hukum memakai braces

hari tu masa balik kampung,aku n cousins duduk-duduk sambil belek-belek magazine dara.com yg aku bawak. pastu, terjumpa la artikel pasal braces dlm majalah tuh. sebelum nih..ade jugak aku terfikir nak pakai. dah penah tanyer doktor pun.tapi, doktor tu kate, tak payah sbb susunan gigi aku okey. kalau macam adeq aku..memang kene pakai lah. hehe.. ckp punyer cakap pasal braces nih.. tetibe my cousin said.. tak payahlah..haram!
my reaction: weird. yeke haram?? musykil..musykil.. tak pernah pulak adira dengar atau bacer artikel memakai braces hukumnya haram.utk meleraikan kemusykilan itu, balik seremban jer..terus google pasal isu ni. maka, terjumpalah aku dengan artikel yg ditulis..
oleh:nazrie5799

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
 
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
 
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Wallahu a’lam.


-kakak 'braces'-
model: Fatin Liyana Asri (blogger)
honeykoyuki.blogspot.com

pendapat Nurul Adira Tawfik- tak salah pakai braces asalkan bukan utk menunjuk-nunjuk. braces adalah pendakap gigi yg dipasang utk membaiki susunan gigi. pemakaiannya amat digalakkan terutamanya bagi individu yg menghadapi masalah gigi jongang yg terlalu ketara. bila susunan gigi kiter elok, kiter akan rase lebih confident utk senyum depan org. dan yg plg penting kiter tak dijadikan bahan ejekan sbb gigi tak senget-benget. apabila senyuman kiter manis dan ikhlas daripada hati, kite akan selalu senyum dengan org lain. apabila kiter selalu tersenyum secara tidak langsung kiter bersedekah. pahala pun bertambah..:) nak kata kiter ubah ciptaan Allah, braces tuh dipasang pada gigi asal (mmg ciptaan Allah) cuma dirapikan susunannya sahaja. gigi tetap original.haha.. kalau mcm tu, knp tak kata, pakai gigi palsu tuh haram??? kan..kan..kan.. dah sah sah lah palsu. heehe..cuba fikir semula.. mase kiter baru dilahirkan, semua yg dikurniakan Allah pada kiter adalah bersih, cantik, original. masa baby, gigi kiter cantik je kan.. comey..comey..bila dah ganti gigi kekal, barulah susunannya tak secantik gigi susu. perkara ni berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor.(korang google lah sdiri ape faktornya). bila dah remaja/dewasa, adakah menjadi satu kesalahan kalau kiter mau kembalikan semula susunan gigi yg teratur itu????? kesimpulannya, semuanya bergantung pada niat dan tujuan kiter.

p/s:bukannya masa kiter senyum tu..kita ckp.."tgk la ha..gigi saya dah cantik.." takde kan.. kalau ade yg mcm tu, mmg tujuan dia tak betul la tu.


*sekadar pendapat. tak mintak pun semua orang setuju :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...