Saturday, April 2, 2011

pengaruh novel bermula..

Assalamualaikum.. ^___ ^

Mata masih tak mau lelap. entah aku ni dah terkena symptom insomnia ke ape?? musykil.. musykil. Mentang-mentang zaman alam persekolahan kau dah tamat sekarang Dyra.. ikut kepala kau je nak tido pukul berapa ya?? hahahaha.. what to do.. masa nilah nak menikmati tempoh percutiaan puas-puas. Lepas ni ada rezeki sambung belajar, tak dapek nak buek pangai macam ni salu do.. hihi
Nak menambah entry punya pasal, aku naklah kongsi dengan korang yg sudi baca blog aku ni tentang novel yg aku baru je habis baca tadi.

Tajuk: Seandainya....
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh aku beli novel ni: 16 Mac 2011
(nak jugak mention.. macamlah penting bona..)


Aku tamat baca novel ni kira-kira pukul 1.40 pagi tadi. Sanggup woo.. bersengkang mata dari petang tadi sebab nak habiskan. weehee.. Sebenarnya, masa yg aku ambil untuk habiskan pembacaan aku utk novel kali ni agak lama jugak berbanding dengan novel-novel sebelum ni yang aku baca. Mengapakah jadi begitu?? Mungkin sebab jalan cerita novel ni aku tak pernah baca before. tu yang feeling kejap kejap lost gitu..haha. Entahlah..aku pun tak berapa pasti kenapa mood aku tak berapa nak excited baca novel ni masa mula-mula. bila mood hilang jer..aku tutup buku.bila terasa boring and nak tahu jalan cerita selanjutnya, barulah mata ni khusyuk mengadap balik.kalau tak, aku pandang lesu jelah novel yg terletak kat atas meja study ni. Baca punya baca..sampailah kat pertengahan cerita
 barulah mood tu positif sikit and aku berjaya habiskan jugak finally. yeayy..
Jalan cerita dalam novel ni banyak guna teknik imbas kembali. kejap-kejap teringat.. teringat..
kalau di visualkan dalam tv macam dalam drama ke.. senang sikit nak tau tu part 'teringat' ke kan.. ni baca dalam buku. kadang-kadang lambat muncul dalam gambaran.
watak utama Nur Dhila Areena, Wan Zaharris, Shamsul Azhar.
first time baca, aku budget Shamsul Azhar tu hero utama dalam cerita tu. Rupanya-rupanya, ada pulak Wan Zaharris yang mendahului watak sebagai hero dalam tu. Pening jugak lah masa first time baca.. dalam kepala ni asyik fikir"apa ni..kejap citer tu..kejap citer ni". then, banyak scene pasal urusan kerja masing- masing dalam syarikat pembinaan Brilliant Excel. Konflik antara pekerja dan majikan yg tak adil. Heroinnya pulak workaholic sampai takdo maso nak fall in love. atau senang citer tak nak pisang berbuah dua kali. Sebabnya lelaki dulu yg dia cinta bagai nak rak dulu mempunyai persamaan dengan lelaki yg menaruh perasaan dan harapan kat dia sekarang. Persamaan mereka hanya pada nama. Zaharris Arman dan Wan Zaharris.
tetiba muncul Zaharris Arman la pulak. Aku yg tengah kusyuk baca time tu pun pening sebab ada je watak baru muncul sepanjang jalan ceritanya. Dipendekkan cerita, (pasal tangan aku pun dah malas nak menari-nari atas keyboard ni) Seandainya... adalah perjalanan cinta Areena yg penuh liku, onak dan duri. Zaharris Arman boyfriend ketika menuntut di universiti. Hubungan mereka lama bertahan sehingga si lelaki minta diputuskan perhubungan sebab baginya wanita itu seolah-olah tidak ikhlas dalam berkasih kerana tidak pernah sekalipun mengungkapkan kata cinta.then..break off. Wan Zaharris-dia betul-betul suka pada Areena tapi tak berani nak cakap depan-depan. Bila face to face jer.. berterabur semua perkataan yg keluar daripada mulut. konon dulu masa study playboy. hahaha..
Padahal mula-mula, dia yg beriya-iya suruh si Areena tu lupakan kisah lama. Jangan sebab kesalahan orang lain,semua lelaki Areena anggap sama terutama dia yg sama nama dgn ex.boyfriennd Areena. Part Areena n Wan Zaharris ni aku rasa sedih sikit lah. sikit je lah sedih dlm hati jer..haha..(padahal sebelum ni kalau baca novel, pantang ado part sodeh yo..air mata bercucuran macam air paip singki) hahahaha..nak buek camno..dah memang dilahirkan sebagai seorang yg sensitif agak ey.. :)
Part diorang ni aku sedih sebab masing-masing suka tapi tak luahkan secara terus-terang. yang sorang harap dia dulu.. yang sorang ni pulak macam tak confident. tapi perilaku masing-masing macam love each other.
so, yg betul-betul tau diorang ni suka sama suka adalah penulis, aku, dan pembaca yg lain. yo yo o.. aku ingat diorang ni kawin ker..happy ending ker..rupanya tak jugak. masing-masing 'bercerai mati' sebab terlibat dalam kemalangan bersama. yg perempuan selamat.. yg lelakinya kembalilah kepada Penciptanya. pun masa tu..Wan Zaharris tak sempat nak propose. Semuanya berpunca daripada sikap ortodoks maknya yg kalau boleh nak menantu tu 'perempuan yang duduk kat tepi tangga rumah dia'. orang klate lah katekan..(jangan terasa pulak kalau ade org kelantan yg baca ni.hehehe.. ni rekaan penulis je) tak mau org luar dlm keluarga seboleh-bolehnya. nak nak pulak mak dia ada kisah silam yg buat si ibu 'kerek' ni jadi anti-orang KL.anak yg patuh tak sampai hati nak membelakangi emak. yg aku sodihh tu pasal cinto ey tak kesampaian tapi maut dulu yg datang. dah takdir..Sebenarnya, si Areena ni at last dengan Shamsul Azhar, lelaki yg dia jumpa dalam tren komuter dulu. sapo lak shamsul azhar ni?? camno lak citer dia dengan areena?? boleh ke areena tu lupa kat arwah Wan Zaharris cam gitu je??
 nak tau kisah selanjutnya.. po eii.. popular ko.. Sinaran ko.. MPH ko.. utk dapatkan novel ni yo.hahahaha,,tak kan den nak cito sumo..

pengajaran:
-tak semua yang kita harapkan dalam hidup akan jadi milik kita
-semua insan perlu redha dengan setiap ketentuan-Nya walaupun pahit utk ditelan
-jangan terlalu cemburu terhadap seseorang sehingga boleh menjadi dendam



p/s: jenuh gak jari ni berjoget-joget atas keyboard wpun penat. huhu..
dak hunny kalau tau aku update entry ni mesti dia suruh aku citer panjang lebar lagi. pasal dah tau dah pangai ko yg kedekut nak keluar duit beli novel tu. ngeeeheehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...