Tuesday, August 9, 2011

Pejam Celik Pejam Celik

Assalamualaikum

Ohh yeahh..background blog bertukar lagi. hehe. Ini jelah kerja aku  kalau ketandusan topik nak update entri. Pejam celik pejam celik dah sembilan hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Kadang-kadang rasa macam aku tak terkejar dengan pergerakan masa ni. 24jam dalam sehari tu macam tak cukup je. Itu nak buat, ini nak buat.


Seperti yang sudah sedia maklum, aku akan sambung belajar tidak lama lagi. Maka, segala persiapan perlu dibuat supaya nanti takde lah tergopoh-gopoh.. "alamak, tu tertinggal, ini tertinggal.. patutnya aku dah masukkan dalam beg dah. alamakk..macam mana ni..macam mana ni.." Dah kalut kan kalau macam tu. So, better get ready awal-awal. Overall, almost 70% of my preparation done. Ada sikit-sikit lagi yang nak kena beli. Lepas bank in yuran kira dah 100% complete.

Dalam kesibukan menyiapkan itu ini untuk masuk universiti, ada perkara yang aku dah banyak kali tangguh nak buat, akhirnya dah selesai. ok la tu walaupun ambik masa sikit. Actually, segala preparation aku untuk masuk U ni pun banyak dibantu oleh kawan-kawan dalam fb. especially bakal kawan-kawan di UPM nanti. eceh.. bakal kawan-kawan. hehe. Ada lah hamba Allah merangkap senior di UPM telah create satu page khas untuk bakal-bakal student UPM yang akan register 7 September 2011 nanti. Kat situ, mereka akan update anything yang perlu junior buat before datang register. Kalau ada sebarang kemusykilan pon boleh la dimuntahkan di wall page tersebut. haha..InsyaAllah, ada yang akan menjawabnya.

Kewujudan page ini juga menyumbang kepada ahlinya-ahlinya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Hebat bukan.. haha. Di sinilah semua sibuk mencari teman sekolej dan satu course. Dan untuk itu juga aku sudah mempunyai ramai kawan satu universiti. Kawan satu kolej dan satu course pon ada. So, nanti tidaklah aku terkapai-kapai dalam kecelikan bila sampai kat kolej 12. :")
Pejam celik pejam celik nak masuk universiti dah ye. dulu nak belajar pon kena bersuruh. kahkah..




Kenapa aku rasa macam pernah guna je tajuk entri kat atas ni..kalau korang rajin, cuba tolong check entri-entri sebelum ni. iyeke?? apa-apalah.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...