Friday, August 12, 2011

A part of my memory

Assalamualaikum ;)


Inilah rupa lencana yang melekap kat tudung sekolah aku daripada aku tingkatan satu sampailah tingkatan lima.

Sebagai tanda aku menghargai kenangan yang ada, maka aku wujudkan entri ini . Zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. yupp.aku setuju. 

Selama lima tahun aku sekolah kat SMK Mambau. Sekolah ini sangat cantik pada pandangan aku sebab bersih. (beriya-iya auntie cleaner sapu setiap hari) . Kalau lalu depan sekolah ni, ada juga yang sangka sekolah ni sekolah berasrama. pasal bloknya tinggi-tinggi dan kawasan sekolah ni luas. Hakikatnya,sekolah ni sekolah harian biasa aje.



Indahnya permandangan :)


Tingkat paling atas-kat situlah den duduk berjuang bersama kawan-kawan untuk PMR & SPM :)


asliza,azie,zue,dira,syafiqah,ekyn,wada,zirah,nabila
Cantik susunan..
photographer: Jerrinder. :) (di manakah kau??) haha.



Hari last SPM. (untuk budak bio je) fuhh..merdeka sungguhh masa tu.
tengok senyuman masing-masinglah kan..




 
Eileen.. yang ini dulu-dulu, sekarang dah semakin cun amoi ni . hehe. piss.


member sebelah meja masa kat kelas form5.



fokus pada lesung pipitnya. cute jer..iihiiee


candid pose.. hantamm sajalah



 ok, si baju melayu : Syafik & Amyrul (student LK)



Kami bukanlah model sambilan mahupun artis wanita berkumpulan. hehe. Suatu ketika dahulu, kami hanyalah budak sains yang kerap keluar masuk lab sahaja.
ohhh..mengapakah aku telah beralih arah??



Class party 08.08.08. serius, randomly je pilih date tu. pasal time tu semua free.
lokasi: KFC jehh..




 pelajar-pelajar perempuan melayu 5 Sains 1 2008..
guru tingkatan: Puan Siti Norlida Mohd Yusof
eh, ke manakah pandangan aku beralih??


Lelaki melayu?? the one and only.. Hisham Mazlan.
alaa..apa nak kesah,, kitakan 1 Malaysia.haha..




Dengan berbesar hatinya aku nak cakap thanks kat ekyn yang takde kerja pada ketika itu. Maka, dia lukislah ini unntuk aku. eooww..so sweet. LOL..
sampai kat mana aku simpan pon dah tak ingat. err..

Kalau member tanya "apa yang best masa kat sekolah mambau?" dengan pantasnya aku menjawab "kantin". haha.. serius aku susah nak jumpa kantin macam Mambau. bersih,cantik, dan sedapp plus acik kantin yang sangat pemurah. :")

Oleh itu, tidak hairanlah bidang penyajian (catering) kat Mambau ni no.1 sebab warga sekolah
dah terbiasa dengan makanan sedap-sedap. :) siap ada cafe tuuu.. kau ade?? hakhak..

Akhir kata, (macam bagi ucapan kat perhimpunan la pulak) saya bangga bersekolah kat sini walaupun sekolah ni tidaklah glamor mana pun (setakat sekolah lama Nabil je..). penting sangat ke populariti tu?? ohh tidak. kalau aku tak sekolah kat sini mula-mula dulu, belum tentu aku dapat intai-intai peluang dan mencorak perjalanan aku seperti sekarang. bersyukur jugak tu.alhamdulillah.










mood:pergilah tidur dira. mata dah berat sangat nak menaip ni. jangan terlepas sahur sudah.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...