Friday, August 19, 2011

raya oh raya

Assalamualaikum :)

Dah 19 Ramadhan dah.. kejapnya masa berjalan. kurang 2 minggu lagi hari raya pun menjelma. Persiapan raya aku tahun ni so-so je. Baju raya pon tak beli lagi. Entah beli tah tidak. Kalau tak beli, aku pakai jela baju raya yang aku lom rasmikan dalam almari aku ni. Kira baju baru gak tu. Bersyukur daripada tiada. Betullah, bila kita dah mula ada komitmen ni kan, raya pon rasa macam biasa je. tak macam masa kecik-kecik dulu. pantang sebut pasal raya. excited tak tercakap. jadi bila dah besar macam ni, baru aku rasa perubahan tu. Tambah-tambah pulak aku akan pergi belajar tak lama lagi. Memang aku tak berjalan ke mana sangat pun rasanya. Raya tetap raya. untuk tak nak bagi mood tu hilang, kita dengarlah lagu raya.wiihee~~..

Raya pertama berkemungkinan besar family aku akan raya kat sini dulu. Kalau dah sini tu maknanya kampung abah aku la kan..eii cam pelik je sebut sini kampung. ahakss..sebab aku selalu sebut balik Bemban je. tak pun masa arwah wan ada, aku sebut balik rumah wan bemban. Kalau kampung tu selalunya aku tujukan untuk rumah atok aku kat banting sana. Kalau sana, aku cam tak pelik la sebut kampung pasal jauh gak la perjalanan nak ke sana. haha. padahal 45 minit je pon . hahaha.. Jarak rumah aku ke Bemban 5 minit pun tak sampai. tak rasa cam kampung la walaupun hakikatnya memang kampung pasal nak menjiwai lagu Balik Kampung pun tak sompek. ehehe..

Berbalik pada cerita tadi, raya pertama aku and family beraya kat sini. petang raya pertama tu, mungkin akan balik Banting pulak. bermalam di sana kejap,   raya kedua atau ketiga balik mambau dah. ( tengok keadaan jugakla..) so, raya keempat or kelima mungkin boleh la untuk aku jumpa ciknie. kau janji nak belanja aku kan.. yess! Raya keenam and ketujuh tu  aku dah busy gileer packing barang sume. Last minute check itu dan ini. Maka, selepas itu, boleh la tidur dengan nyenyaknya. :") 7hb.. ( raya ke-8)  bubbyeeii seremban.

Nampak tak, aku tak sebut pun berjalan-jalan ke rumah sedara-mara. entahlah..ikut pada masa dan situasi sekarang aku rasa macam tak sempat je la. kepada family ku, pak saudara, emak saudara, sepupu-sepupuku , kawan-kawan, kenalan sekalian :



Aku ni bukanlah tersangat excited untuk hidup kat upm sana tu. tapi.. this is my 1st experience nak hidup sendiri kat sana. so, kena bersedia dari awal.
Bila dah sampai sana, aku tak tau la aku ada banyak masa atau tak untuk update blog ni lagi.
tunggu dan lihat saje. ^__^

terima kasih sebab korang sudi baca entri kat blog ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...