Saturday, September 3, 2011

B-F-F purple day wif bff and bff's bf

Assalamualaikum :)

Hello hello kamu-kamu yang tengah baca. Cuba sebut laju-laju tajuk entri kat atas ni. laju-laju sebut.
ada berapa banyak huruf 'F' tu?? hahaha..
Dah! tak payah panjang-panjang mukadimah. ni aku nak habaq mai kat hang-hang semua pasai cita cek jumpa kawan baek cek. ok,apsal tetiba aku menaip seperti aku orang belah utara ni..

Nurul Farah Hani atau Hani atau ciknie atau unnie atau nenek.kahkahkah. Dialah B-FF kiter. Kiter kawan dengan dia sejak 2009. Masa tu kitorang sama-sama form6 kat KGV. terkenang pulak saat-saat masa mula kenal dengan hunny ni. Kisahnya bermula begini..

Dewan Sri Setia penuh dengan pelajar tingkatan enam yang hadir membuat pendaftaran. Selesai mendaftar, semua mengambil tempat masing-masing untuk sesi taklimat dan bla-bla-bla. Aku kenal hunny sebab dia kawan satu sekolah dengan kawan yang satu sekolah dengan aku. ha.. faham ke tak ni?? hehe. Sebelum form6 aku sekolah kat Mambau. Kawan aku yang sama sekolah kat Mambau ni kenal dengan Hunny pasal dulu depa satu sekolah. (sekolah yang lain). So, dari situlah kenal. Tapi memang takde sesi perkenalan langsung sebab dak Hunny ni macam berat mulut la mula-mula.kehkeh.
pppss..shhh..macam sombong sikit la mula-mula.hahah.. yelah. senyap je dia .. macam tak sudi je nak borak-borak dengan den.hihiihhh

Aku rasalah kan aku dengan si hunny ni boleh close sebab daripada mula-mula aku kenal dia banyak la 'kebetulan' yang jadik. Pertama, kitorang dapat bidang yang sama untuk sambung form6 iaitu Science stream. Kedua, kitorang sama-sama tak sudi tak teruskan belajar  science stream untuk form6 sebab kitorang tau kalau belajar sampai otak nak bergegar pon kitorang takkan boleh score 3.0 untuk bidang tu. huhu^^maknanya susah tau susah. Ketiga, kitorang tukar ke art stream dan belajar di kelas yang sama. Dia cerita punya cerita,kampung dia dekat jugakla dengan rumah pakcik aku dan dia pernah membesar kat sana. ok,seperti rasa telah bertemu dengan orang kampung den.hehe. Lama-lama kawan..  aku rasa memang aku serasi kawan dengan dia. eceh..haha. Dia jadi diri dia sendiri dan aku pun jadi diri aku sendiri. no cover-cover.hahaha..paling best dia boleh jadi kaunselor terhebat aku tau tak. bukan dengan aku je. dengan kawan-kawan dia yang lain pun.
ok, ciknie, ko tak payah nak tinggi-tinggi kan hidung kau bila kau baca aku tulis tentang kau ni ye. LOL.. :D
Dalam kelas pon kitorang duduk sebelah-sebelah. pergi mana-mana berdua. insiden paling best yang buat aku nak tergelak-gelak bila teringat moment kat dalam kelas dengan dia bila satu hari tu dia datang sekolah sehelai sepinggang. lupa bawak beg sekolah.kahkahkah.. bayangkan, pergi sekolah, tapi lupa bawak beg sekolah. betul-betul dia bawak buku sejarah malaysia je. tu pun sebab dia pegang buku tu untuk baca sebelum kelas sejarah start. Kalau tak, dengan buku sejarah malaysia tu sekali tertinggal. hunny~~ hunny~~ sorry, terkantoi kan citer lama. hehehe..bila dah berlaku macam tu,, apa lagi..macam biasalah mangsa pertamanya adalah aku untuk pinjam itu dan ini. Pandai pulak tu dia pinjam pen kat ni, pinjam pensel kat tu,,pinjam pembaris kat nun..konon taknak susahkan den la tu kan.hhhaahahaha.. Dia cool je even lupa bawak beg sekolah. kalau aku..memang gelabah la kan..haha. satu lagi confidence level yang tertimbus dalam jiwa dan diri dia ni sangat tinggi. Mula-mula, ada yang sangka dia ni macam over je bila cakap. tapi sobona ey.. mano ado. dah memang diri dio macam tu. Kadang-kadang, aku pinjam sikit confidence level yang dia ada tu. top up sikit kat dalam diri aku ni ha.. Dipendekkan cerita aku memang selesa-selesa-selesa jadi kawan dia. Kadang-kadang character dia macam dia tu kakak aku pun ada. sebab tu aku panggil dia unnie.
Kitorang gelak sama-sama, pose sama-sama dalam camera handphone, nyanyi sama-sama, kongsi cerita sama-sama tak kiralah cerita sedih ke..yang seronok ke..yang menyampah ke..kehkehkeh..
tapi semua tu tak lama sebab dia dapat offer SPA. so, aku pun relakan jelah dia pergi. Alah.. zaman sekarang dah maju. semua ada untuk contact orang lain.cuma nak dengan taknak je. Sejak dia pergi Ipoh, tak pernah sekali pun aku jumpa dia. taklah sadis sangat kan..pasal fb ,handphone, skype segala semua ada.

Sebelum aku register ke UPM, dia decided nak jumpa. betol-betol punya plan. siap suruh aku pakai baju purple lagi.haha.hokayy..warna favourite bff..layan jelah.hahaha..

date: 2 september 2011
location: Jusco, S2
time: 11.00am

cantekk punya planning. Aku yang sampai dulu. Dia lewat 26 minit tau.ha.. melongok la aku tunggu dia kat mcD tu. Sampai-sampai je..mestilah borak-borak dulu kan. haruslah. banyak yang perlu di update. Dah lama giler tak jumpa kawan baik sendiri depan-depan, aku cam eh eh..kekok ke.. sikit la. haahah..memula je. after a few minutes , ok dah.hahaha..



segala menu aku di mcD ditaja oleh hunny. sweet tak..haha..
tak sia-sia kau mintak aku pm fatin suhana sebab kau menang contest dia. hehe.
sekalung tahniah!

Kemain lagi..air ribena ok.air pun purple.tak nak kalah.  sungguh..kenyang giler aku makan sampai kentang pun tak dapat habis semua.sayangg..sayangg..itu rezeki tu. tapi nak buat camne perut dah penuh.

Perut pun dah kenyang, so..cuci mata jelah kat jusco tu. Dia beli baju untuk bf dia. Aku pon samalah belek-belek baju kat situ. Berkenan pulak satu. tetiba teringat kat abah. maka, aku belikan abah baju satu. Sempena birthday ayahda la kiranya tu. hehe. abih, nak beli untuk bf, bf ey takdo. hahahaha.. belilah untuk abah.

dulu, hunny pernah cakap kat aku..

 "ko jangan mandai-mandai nak bercinta, ko tu budak-budak lagi. kot dah ada bau-bau nak bercinta tu.. bagi tau aku dulu."

Eh..eh..budaklah sangat aku yang sama baya dengan kau ni kan.hahaha.. tengok, kan ke betul-betul  dia buat aku ni macam adik dia. alah..unnie..kalau aku sorok dari kau pun kau bukan tau kan..hahahahahahaha...hihihihi..takde takde. itu rahsia aku lah kan..hikhee~~ huhuhu..tunggu jelah update yang tah bila-bila.

Balik dari jusco..pengangkutan ditaja oleh bff's bf (bf hunny). Oleh sebab ditaja, maka kene ikut syarat yang dibuat oleh gf penaja.hahaha.. (over tau) Hunny sibuk-sibuk suruh aku ikut dia pergi beraya kat rumah kawan bf dia. Aku yang nak ke tak..nak ke tak ni.. haruslah nak jugak pasal bff punya pasal kan.. redhoo..

Dah pergi rumah orang kan..mestilah dijamu. perut dah kenyang, tapi gagah la jugak makan.haha.. Sudah tu, poie lak rumah bf dio, makan lak laie..nasib baik menu lain-lain. so, keinginan untuk merasa makanan yang dihidang tu ada jugakla. segan-segan jugak. makan-makan jugak. hahaha..


di rumah bf hunny

Selesai jalan-jalan dan beraya segala..aku pun dihantar pulang seperti yang dijanjikan.haha..
thanks a lot to my hunny (bffku) sebab kau belanja aku makan, borak-borak, cuci mata, jalan-jalan.
mekasih jugak pada bff punya bf pasal jadi penaja pengangkutan.hehehe.. jaga my bff dengan baik ok.
lepas ni, tah bila la dapat plan serupa ini lagi..


Sempat lagi ye memberi pose di depan rumah sendiri.hehe.



unnie & dongsaeng -xoxo-


aku berkira-kira..nak letak ke tak pic ni..muka aku ketawa tanpa cover. hahaha.. tah masa bila si unnie ni capture pun aku tak perasan. Aku gelak pasal apa pun aku tak hengat.hahah..

sekian..



Aidilfitri yang biasa-biasa je

Assalamualaikum..

Sebenarnya hari ni aku penat sangat-sangat sebab hampir seharian berjalan-jalan dengan my bff. tengok betul-betul ni. B-F-F. not bf okeyy.haha. orite, kita hold dulu cerita pasal jalan-jalan tu ye. Di kesempatan ini juga aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda-anda yang sudi jengah-jengah entri aku kali ni. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada entri-entri yang aku update kat dalam ni buat anda sakit hati, terasa hati, bengkak hati and apa-apalah. Aku tulis ikut apa yang aku rasa dan apa yang terlintas je. Jadi, sekiranya terkurang kat mana-mana tu, maafkanlah ye. :)

 Seperti entri yang sebelum ni, title : Raya oh Raya, aku ada mention lokasi aku dan keluarga beraya untuk tahun ni. Ya, mengikut perancangan awal yang tidak rasmi memang kami decided nak beraya kat sini dulu. (Kampung sebelah abah) iaitu di Bemban tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan, kami ubah perancangan. Mak kepada mak aku tak sihat. (demam). Bukan demam kanak-kanak yang berusia 9 tahun ye tapi ni demam granny berusia 80 tahun (kalau tak silap). hehe. cucu pun lupa. uwehh~~Memandangkan atok dan wan sebelah abah dah lama 'pergi', jadi.. yang tinggal ini harus diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Hengat senang nak jaga nenda yang ber wheelchair?? ha..jawab jawab. Wan dah tak boleh berjalan langsung even nak bergerak dari katil ke wheelchair pun, she needs help. So, tak sampai hatilah begitu. Kami balik lah..berkumpul ramai-ramai kat sana supaya wan tak sedih sangat. dengan harapan bila dia tengok anak cucu berkumpul, lega sikit hatinya, kurang sikit sakitnya.


--------------------------------------------------------------

Raya pertama-ini aku nak cerita sikit le macam mana raya pertama aku kat kampung hari tu. Pagi tu, aku dah siap makan awal-awal.pakai baju biasa je dulu sebab nak siap-siap cecantik kemudian. Lepas makan-makan, semalamnya tu aku dah inform awal-awal kat my cousin--

"Along, nanti kau tolong make-up kan akak eyh??"

"ok.ada barang make-up, along jalanlah."

-deal-

Pagi raya tu, aku kenalah tunggu dia siap mandi segala kan..kang dia sibuk siapkan muka aku, dia pulak yang tak siap kang.haha. Operasi touch up men-touch up pun bermula. banyak kott make-up items dua beradik tu (tukang make-up dan adiknya). hokayy, sah-sah diorang pro dalam bab-bab ni daripada aku kan. Aku pesan kat ija (cousin yang tolong touch up muka) bagi mata aku nampak bigger than usual. haha. Mata aku kan sepet-menyepet je kan. Bila aku senyum nampak gigi lagilah kan. macam orang tidur masa ambik gambar. Pagi raya kan..i nak la something yang fresh di wajah. over tak over cara aku cakap.haha.


kabur-kabur sikitlah.maklumlah camera phone je yang mampu. kihkih.


takde niat pon nak bersinar-sinar kan brooch yang jurai-jurai tu. tapi itulah camera phone den ni dah jadi second hand. nak kena hukum jual balik, ambik yang baru. hahaah..sorry.

btw, dua foto inilah hasilnya setelah di touch up oleh my cousin. kan nampak besar sikit mata den tu. pada yang tak nampak, sudahh! janji aku suka dan tersenyum je bila tengok cermin. hehe. thanks along :) muaa..muahh..



which one is Eja?? sapa dapat teka, dapat duit raya.haha.cepat-cepat. :P

Baju raya aku tahun ni warna army green. ala-ala askar masuk hutan. hihi. dah lama teringin nak pakai baju raya warna tu. happy jugak la sebab dapat pakai baju warna pilihan hatiku. kuikui..:p Puas tau pusing satu kedai baju tu. last minute punya baju.nasib baik ade saiz. Baju kurung saiz XS okey. Punyalah jenuh nak mencari. masuk kedai ni, aku berkenan..saiz pulak ilekk. masuk kedai tu, saiz ada..aku pulak. 'eiiyy..tak lawalah'. So, macam mana tak pusing satu tingkat tu. tapi last-last jumpa jugak. alhamdulillah. Sedondon dengan adeq aku, Kimie.
Mak dengan abah warna lain.haha.

Berbalik kepada cerita wan dira yang tak sihat. iye..betul..tak tipu..kesihatan wan kali ni memang tak berapa baik berbanding selalu. Sampai mak aku menangis air mata berjujai-jujai (haha..ayat mak.) sebab wan aku asyik lelap mata je satu hari. hati mak aku dah risau dah. yelah..masa mantai tu memang wan dah demam. disuap makan tak nak, diberi minum, seteguk dua je. lepas tu, lelap mata. Kalau datang selera dia nak makan, dapatlah dua tiga suap. itupun muntah sudahnya. Kesian wan kiter sakit masa raya. hukhuk. :"( Disebabkan keadaan wan tak menunjukkan sebarang petanda positif, dengan mak aku yang dah dua tiga kali menangis dengan air mata berjujai-jujai, adik-beradik mak sepakat nak bawak wan ke KPJ. Padahal raya pertama tu dah pergi dah masuk air kat hospital yang sama. Shiyan wan asyik kene cocok jarum je kat tangan.

so, raya yang bagaimana lagi bila situasi macam ni jadi kan..mestilah rasa biasa-biasa je kan. Aku pulak dah sibuk dengan packing barang itu ini. Sempat jugak la aku and family pergi beraya kat rumah akak dan abang kepada abah. ha.. tu jelah yang sempat. Selebihnya, tunggu orang "assalamualaikum" jela kat rumah.

Doakan wan kiter cepat sihat,cergas dan ceria macam selalu.


nak peluk bahu wan.tapi wan bersandar pulak.


cucu pesakit yang perasan doktor sebab siap snap pic kat dalam ward. kahkah.
doktor pun tak sempat nak buat macam ni. :")

Sekian..


p/s: entri ini ditaip tengah malam semalam tapi publish baru ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...