Sunday, September 25, 2011

Pengakuan

Assalamualaikum =)

Ehem..ehem...(batuk).. Seseorang yang tidak biasa dengan keadaan di tempat baru kadang kala akan mengalami kejutan. Antaranya kejutan budaya. Tapi tu takde kena-mengena pun dengan aku yang baru hidup di bumi upm. :) Aku tak pulak alami kejutan budaya cuma dari aspek kesihatan agak kurang baik.
koh..kohh.. dah lebih seminggu aku asyik batuk tak henti-henti. Gara-gara minum air segera yang mudah didapati (water cooler). Rupa-rupanya, air tu tak elok. Habis camano.. den baru pertama kali duk asrama. last minum water cooler pun masa sekolah rendah dulu. Dah air minum habis, aku tadah jelah. FREE~~ Sekali hamik kau..koh..koh..koh.. tak henti-henti batuk. Nasib baiklah adik-adik dan kak nisa dalam bilik tu memahami. Yelah..dah aku memekak malam-malam dengan batuk tak henti-henti. tu tak masuk lagi suara ni. dah macam suara ratu rock ok. :p
Bayangkan, dengan suara yang rock ni aku kena cakap kat depan complete dengan mic sekali masa kelas pengucapan awam. ohh,, tidakk.dalam hati aku 'tak sedap sungguh suara aku walaupun aku bukan tengah menyanyi kat depan'.

Pertama kali hidup kat upm, ok lah. satu pengalaman baru. slow-slow adapt. insya-Allah semua berjalan lancar. ok, kat sini aku nak buat pengakuan. Untuk kesekian kalinya aku percayalah apa yang ayu and kak helna cakap kat aku. Suatu ketika dahulu..sekitar 2007. haha.. dua beradik ni pernah cakap muka aku ni macam kak ika.
Kak ika mana ni??? kak ika mana??? sape? sape? aahaa.. ala.. pelakon tambahan dalam drama sunsilk Impian Ilyana dulu tu. pelakon tu pegang watak kak ika. alahaiii.. senang cite Nur Amina dalam Nur Kasih lah. hahahah..atau untuk lebih glamor aku sebut jugaklah.. TIZ ZAQYAH. :")


Saja pilih yang ni. semangat sikit. wahaha..wehh..

Aku mana suka glamor-glamor ni. low profile sila. kehkeh.. tapi tulah. sepanjang hari orientasi, kakak-kakak, abang-abang seniors dok panggil aku gitu. bukan aku yang suruh ok. tulah..redho jelah.. mereka kata  muka aku ada iras-iras. ok, ngadap cermin sekarang. gosok mata yang masih belum kabur berkali-kali. tilik muka depan cermin. sama ke??? over la pulak kalau sama. tukar-tukar. iras ke??
entahlah. dulu masa aku pergi raya rumah sedara mak, ada lah sorang mak cik ni. eh mak cik ke? dah mak aku panggil dia mak lang. so, aku ni kira pangkat cucu lah kat dia kan?? masa tu aku pakai biasa je. pakai baju kurung ok. padahal cousins aku pakai jeans je. ayu tak ayu...hahahaha.. aku pun salam la wan tu. masa dia tengah hidangkan air, dia cakap "muka dia ni macam nur kasih tu la". Aku senyum jela. dalam hati 'yeke?? '

Bila dah bertambah bilangan orang  yang berkata sedemikian, maka aku percayalah sikit. sikit je. Biasalah, dalam dunia ni ada 7 orang manusia yang mukanya iras-iras dengan kita. Jadi, kalau aku dengan 'nur amina' tu iras-iras, sape la agaknya insan yang 5 orang lagi tu? wallahualam..

petua untuk hilangkan batuk : madu dicampur dengan air perahan limau nipis. minum tanpa disulam dengan air. insya-Allah akan berkurang batuknya. balik sini baru aku dapat minum. kat kolej 12 tu bila lah kala aku nak carik madu dan limau nipis ye takkk..

p/s: adira perasan.. so what??? KKK (kenapa korang kisah) hahahahaha.. tata titi tutu. :P piss
sekadar gurauan. ok papaii,, 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...