Tuesday, December 20, 2011

LEWAT-LAMBAT-TELAT

Assalamualaikum
Pada petang Selasa yang penuh damai ini, aku ingin berkongsi satu cerita. Cerita aku terlewat pergi ke kelas. Mungkin bagi sesetengah orang, ini cerita biasa. apatah lagi, student kan..tambah-tambah dah hampir ke penghujung sem ni, tilam terasa empuk sentiasa untuk dibuai lena. *ayat bakat kreatif* hihi. Tapi, persoalannya sekarang ini bukan masalah terlewat bangun. Situasi yang aku alami sekarang ini ialah aku terlupa hari. gelak la gelak.. memang kenyataan pon. Aku mati-mati ingat hari ni (i means tadi) hari khamis. Hari Khamis kelas BBI 2420 pukul sepuluh. So, daripada malam tadi aku dah set kat dalam kepala otak ni, 'esok kelas pukul 10'. Padahal hari ni baru Selasa kot.. dan kelas aku start pukul 8 pagi. hah! hamik kau. alarm dah bunyi, tapi aku sedap-sedap je press off. Sudah la hari ni aku ada oral presentation. grouping. dah siap plan dah part yang aku kena present tu. Baju kurung pon dah siap keluarkan dari almari untuk pakai esoknya( tadi la). Aku saja biar tak bergosok dulu. Sebab dalam kepala ni masih ingat esok kelas pukul 10. Bangun pagi tadi, aku dengan relaksnya siap membasuh baju kebenda bagai.. then, dapat call dari classmate. Papp! alamak, aku lupa hari ni hari Selasa, kelas pukul 8. ada presentation pulak tu. padahal semalam baru je discuss. dengan kelam kabut sepantas kilat aku sarung je baju kurung yang tak bergosok, selungkup dengan syria. no compact powder, no lip gloss, no eye liner, terus capai beg tanpa membawa kunci bilik pon. terus call pakcik van. ( pak cik yang sangat budiman yang selalu hantar adira ke mana sahaja dia nak pergi dalam area UPM, termasuklah ke Mines). Nasib baik la pakcik tu tak lambat sangat. 
Aku nekad nak pergi kelas jugak walaupun dah satu jam setengah aku lewat. Walaupun aku 'ditipu' oleh Yani yang mengatakan group kitorang dah present, maka tinggal aku je terkontang-kanting tak present, aku nekad jugak datang kelas. Masa masuk kelas tu, memang aku dah pasrah la.. markah kosong pon kosong la untuk part ni. Nak buat macam mana dah memang silap aku. Tapi.. siryes! memang aku mati-mati lupa. 

Mujurlah, madam still bagi chance untuk present hari khamis.Tinggal group aku jela. Hopefully, dapat present dengan ok dan i'll try to come earlier.
to my group members: really, really, really sorry korang. ampunnn sangatt... *memang tak sengaja ok*
p/s : lepas ni tiap-tiap malam aku akan tampal memo kat dinding bilik.

:- yin dan lin, hari ni kak ira kelas pukul ........ (sekian-sekian-sekian) kalau akak tido mati, tolong kejutkan.
kak nisa, hari ni kite kelas pukul....... tolong kejutkan. :))
nasib baik lin ada kat bilik masa balik tadi, kalau tak melangak la aku kat depan pintu bilik. kesian~
Apalah nasib aku hari ni...

Pengajarannya, sentiasalah ingat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan apa tugasan yang perlu di settle kan pada hari tersebut. sentiasalah berpesan-pesan dengan roomates tolong kejutkan if tido mati.
Hopefully, aku tak ulang lagi benda yang leceh macam ni. huh~~

Aku rasa mind set aku tentang hari tonggang terbalik sebab banyak kelas pagi dah takde this week. maklumlah dah minggu ke-14. Kelas BMT( Isnin, Rabu) takde-Dr. Sharif berada di oversea (urusan kerja).
Kelas Teori Komunikasi ( Rabu) takde- Pn. Wan Anita ada presentation. so, secara tak langsung aku lupa aku ada kelas BBI pagi selasa pukul 8. Sejak dua menjak ni pun tekak rasa tak best, selsema, (not feeling well). berhujan, berpanas, ber air-cond berjam-jam dalam kelas, berkipas yang tak boleh nak perlahan dalam bilik. mungkin itu salah satu puncanya sampai fikiran pon tah ke mana. So, penyelesaiannya cuti seminggu study week ni aku kena balik. tukar angin sikit. mintak restu mak, abah nak jawab final exam. orite, itu sahaja yang aku nak kongsi dengan pembaca sekalian. 
ketika presentation untuk pengucapan awam (individual) gugup, ketaq, kalut semua ada la..
                                                                  






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...