Wednesday, December 26, 2012

Renungkan sejenak


Sabda Rasulullah SAW, " Jadilah mualim (guru yang mengajar ilmu) atau penuntut ilmu ( yang berpandukan kitab atau mencatat) atau pendengar ilmu atau kasih kepada ilmu (kasih kepada ketiga-tiga golongan itu) dan jangan jadi orang kelima ( tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengar, tidak kasih kepada ilmuan) maka binasalah (orang kelima itu)."

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkannya jalan ke syurga." (Riwayat MUSLIM)

Sufyan as- Tsauri pernah berkata, " Sesiapa menginginkan dunia dan akhirat, hendaklah ia mencari ilmu."

Syair Arab " Ilmu adalah kekayaan simpanan yang tidak pernah habis. Ilmu adalah sebaik-baik kawan jika tidak ada kawan yang menemani. Bisa jadi seseorang mampu mengumpulkan harta kemudian ia diharamkan; daripadanya hingga ia mendapatkan kehinaan; sedangkan pengumpul ilmu, ia berbahagia dengannya selama-lamanya. Ia tidak khuatir ilmunya hilang atau tercabut. Wahai pengumpul ilmu, sebaik-baik kekayaan ialah apa yang engkau kumpulkan; Engkau jangan menyamakannya dengan mutiara atau emas. "

Kata-kata pujangga: " Bukannya pada kebisingan di jalan yang riuh, bukannya di tengah teriakan dan sorakan orang ramai, melainkan pada diri kita sendirilah terdapat kemenangan dan kekalahan."

" Tiada manusia yang berjaya dalam semua perkara yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat. " - JOSEPH CONRAD

Surah al-Imran, ayat 138 berbunyi: " Jangan berasa lemah dan jangan berasa susah kerana kamu akan menang jika kamu sungguh-sungguh Mukmin."

Surah al- Baqarah ayat 286 yang bermaksud, " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Kata pujangga, " Tertawalah pada segala cubaan dan terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan."

" Hindarilah olehmu sifat malas dan mudah bosan, kerana kedua-duanya merupakan sumber daripada kejahatan. Sebab apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah  dalam menegakkan kebenaran."- IMAM MUHAMMAD AL-BAQIR

Surah Al- Kahfi ayat 109 yang bermaksud: " Katakan kalau kiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, nescaya lautan itu menjadi kering sebelum habis perkataan-perkataan Tuhanku (dituliskan), biarpun Kami datangkan sebanyak itu pula tambahnya."



Menurut buku siri Tokoh Cendekiawan Islam karya Sulaiman Fayyad yang diterjemah oleh Abdul Karim Mustafa "... Al-Farabi membaca De Animus (Darihal Roh) oleh Aristotle. Pada kitab itu dicatatnya 'telah kubaca kitab ini seratus kali.' Dia juga telah membaca Pengajaran Fizik juga oleh Aristotle. Di atas kitab ini dia tulis ' telah kubaca kitab ini 40 kali.' Dia begitu berkorban demi mendapatkan ilmu dan menyelami dasar makrifat dengan sabar dan ikhlas, Oleh itu, diulangi bacaan sesebuah kitab itu berkali-kali. Setiap kali ulangan dia akan menemui makrifat dan hakikat yang baru ..."

                          

Sekarang tengah study week. Biasalah, mood study turun naik- turun naik. Jadi, bila kita baca sesuatu yang bermanfaat dan boleh meningkatkan motivasi, maka, kita akan lebih bersemangat. Dan apabila kita tahu sesuatu yang bermanfaat, lebih baik kita berkongsi supaya orang lain juga dapat manfaat. In Shaa ALLAH. =)

Sumber : Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH. Penulis : Dr. Kamariah Kamaruddin. Pensyarahku sewaktu semester pertama di UPM untuk subjek Perlahiran Bakat Kreatif



Saturday, December 15, 2012

Alhamdulillah ;')

Assalamualaikum


Ada sesuatu yang aku nak kongsikan dengan anda. Aku sendiri tak boleh nak simpan rasa gembira ini. (Bersama senyuman yang paling manis) Gembira kenapa? Sebenarnya macam ni, ketika aku agak rushing bersiap untuk menghadirkan diri ke kelas debat yang pertama hari tu, tiba-tiba aku terima panggilan daripada JPA.

Pegawai JPA : hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nurul Adira Binti Mohd Tawfik?
Aku : ye, saya. ada apa ye?
Pegawai JPA : saya dari JPA. Boleh cik bagi tahu cik belajar di institusi mana dan ambil kursus apa?
Aku : (duduk kat tepi katil bilik) Saya belajar kat Universiti Putra Malaysia. Saya ambil kursus komunikasi (major kemanusiaan). Kenapa ye?
Pegawai JPA : oh, UPM. Pihak kami nak tawarkan biasiswa kepada cik. Nanti cik boleh print out borang di laman web jpa di esilav2 blablabla..
Aku : Saya sebenarnya ada kelas ni. Boleh tak emelkan. (suka hati aku je kan, nak suruh emel. haha)
Pegawai JPA : err...boleh tak cik ambil pen dan kertas, takpe saya tunggu. (serba salah pegawai tu dibuatnya. hehe)

Aku pun catat la laman web yang dimaksudkan. Menggelabah kau mintak pen kat roomate. Lepas tu, main rembat je apa kertas yang ada. huhu. Berdebar-debar sebab macam tak percaya sangat. Memang aku pernah apply JPA. Tapi, belum ada rezeki agaknya. Maka, tak dapat. Then, tiba-tiba dapat perkhabaran gembira macam ni, mahunya tak terlonjak-lonjak gembira hati aku. Dapat scholarship kot...  Yang mana sebelum ini memang aku idam-idamkan sejak aku habis STPM lagi. Memandangkan result STPM tidak mencapai target untuk memperoleh biasiswa, maka, aku biarkan je harapan aku tu tinggal harapan. Aku lalui kehidupan sebagai mahasiswa dengan PTPTN saje. lebih baik ada daripada takde, maka, perlukah ia dimansuhkan?? haha *tetiba*

Pegawai JPA tu maklumkan pada aku, surat tawaran dan dokumen boleh print out di laman web sekian sekian pada hari Rabu, which means Rabu lepas lah kan. Perasaan aku masa nak tunggu hari Rabu tu Oh, my... tak sabarnya. hehe.. Dah mula over excited aku ni. *malu malu*


ic dan alamat tak payahlah nak publish untuk semua orang kan =)

Moral of the story is jangan putus asa kalau percubaan pertama kurang berhasil. Selagi kita berusaha untuk cuba memperbaiki, Allah akan permudahkan segalanya. In Shaa ALLAH. Macam kes aku, result semester pertama memang biasa-biasa je. Tidak mencapai dekan pun. Tapi, alhamdulillah, semester kedua aku cuba lagi, aku cuba untuk dapatkan result yang baik supaya aku boleh dapat biasiswa. And, Alhamdulillah pointer cecah dekan. Seperti yang telah aku nyatakan, permohonan sulung aku tidak berpihak pada rezeki aku. Bohonglah kalau aku katakan, tiada sekelumit perasaan hampa. Tapi, i just fikir that, maybe Allah ada perancangan yang lebih baik yang aku sendiri tak tahu. At that time, terlintas juga dalam benak fikiran bahawasanya aku ni perlu berusaha lebih dari yang lain. Kalau tak dapat biasiswa pun, PTPTN akan dijadikan biasiswa dengan syarat pointer grad mesti 1st class degree. Maknanya, aku masih berpeluang. Hanya nak dengan tak nak je.

Setelah aku bermuhasabah begitu, tiba-tiba rezeki Allah datang tanpa diduga. Benarlah, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah DIA. Aku sangat bersyukur dan gembira. Semoga rezeki dan peluang ini dapat aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aku harap sangat, perkhabaran gembira ini tidak melalaikan aku daripada tanggungjawab sebagai hambaNYA, anak, dan juga pelajar. Terima kasih Allah.

p/s : Semester ni, aku tak berani nak komen. haha. padahal setiap sem pun macam tu. huhu. Alah.. kita ni usaha je, ada rezeki, Allah permudahkan. In Shaa ALLAH. Menuntut ilmu itu kan jihad.
Hasbunallah wanik mal wakeel.. (teringat ayat ini masa baca blog Fatin Liyana)


Sunday, November 18, 2012

Disiplin

Assalamualaikum

Lamanya tak menaip entri baru. Bukan apa, rasanya macam tak ada benda nak dikongsikan. Bukan tak ada apa-apa yang berlaku sepanjang itu, ada.. Tapi, aku lebih senang hold dulu. Sebabnya, saya kan student. Then, subjek sem ini memerlukan aku memberikan perhatian yang lebih. Aku ni pulak jenis mudah distracted, contoh aku dah plan ni nak carik bahan untuk assignment, sekali terlencong pulak bukak facebook. Dah bukak facebook tu, ada pulak manusia-manusia yang komen itu ini, so kenalah balas kan. Tidak nanti aku dikata sombong. *memandai je aku* haha. Tu tak termasuk lagi dengan gangguan-gangguan lain. Disebabkan itu, setiap kali fikiran aku terlintas nak update entri baru, cepat-cepat aku abaikan. Takut aku tak boleh fokus pada benda yang lebih penting. One more thing, aku ni kalau menaip entri ambil masa agak lama lah jugak. Jadi,bila aku dah betul-betul bersedia, barulah tambah cerita.

Hari ini aku nak bercakap soal disiplin. Sebagai seorang manusia, disiplin diri tu sangat penting. Disiplin ni yang akan guide kita ke arah yang lebih baik. Ya, mungkin kita akan rasa disiplin ini kadang kala mengongkong kita, tapi kalau hidup takde disiplin, lagi haru dibuatnya. Disiplin ni bukan hanya perlu ada dalam situasi formal sahaja, tetapi dalam situasi tak formal pun penting. Barulah hidup kita akan lebih teratur. Contoh yang paling dekat adalah aku. Aku ni memang jenis yang bersiap lama. Biasalah perempuan kan, dah sapu foundation, letak pulak bedak compact, eyeliner lagi, tu tak kira lagi kalau eye liner comot. Kena pulak ambil cotton but bubuh air untuk bersihkan, dah bersihkan pakai balik. comot lagi,, and blablabla. Tu tak kira lagi kalau bab nak pakai shawl pusing lilit leher, nak pin tudung pun kadang-kadang makan masa sebabnya aku ni lefthanded.

Memanglah benda ni menyusahkan. hikhik, ngaku. Especially, for those yang memang dah terbiasa simple. Tapi, orang perempuan ni kan, kalau benda tu cantik, dia sanggup susah payah sikit. heehe. ayatnya yang fofular "alah.. sekali sekala bukan selalu pun". Setelah beberapa ketika, aku mula realize.. why lah adira, kau sanggup susah-susah just to be cantik. uh, cantikk kerrr kan... *mintak  maaflah kalau terlebih sudah. teehee, Sejak dari itu, aku dah jarang sekali melawa. Kalau nak pakai cantik pun, aku tengok lah tempat mana nak pergi, apa tujuan pergi, susah ke senang nak solat kalau pakai macam ni, kena fikir semua benda tu, sebab kita perlu bergerak dengan pantas ye, kalau boleh jangan orang tunggu kita. Sekali dua, mungkin fine orang tu nak tunggu kau, tapi kalau berkali-kali, for sure orang tu fade up kan.

Bagi mereka yang memang tak suka bergaya pun, kalau korang dah tahu korang ni jenis slow untuk buat sesuatu benda, mula hari tu di awal pagi. Bukanlah maksud aku kalau nak keluar petang, pagi- pagi subuh alam kau dah siap. Agak-agaklah. Pandai-pandailah bahagikan masa. Kalau masa pun kau tak pandai nak bahagi, susahlah kau. Jangan salahkan orang kalau kau memang selalu lambat. Jangan harap orang faham kau, kalau kau sendiri tak boleh ubah sikap kau. Orang yang positif, dia takkan menyusahkan orang lain. Sebaliknya, dia sanggup susah supaya orang lain senang. *Remind myself too*

erm..macam mana pulak kalau orang tu memang jenis yang sentiasa bangun lambat?

Bangun lambat tu perkara normal. Tambah-tambah lagi kalau dah tidur lewat. Tapi, berbalik pada apa yang diperkatakan tadi, DISIPLIN itu penting. Kau dah tahu janji nak keluar dengan kawan, kuncilah jam, tidurlah awal. Kalau tak boleh jugak, paksa mata tu lelap. baca Al- Fatihah, doa tidur, Surah tiga qul, Ayat kursi, selawat, pasang niat betul-betul nak bangun awal esok. In shaa ALLAH, akan terjaga. Dalam pada tu, pesanlah kat family tolong kejutkan. Takkan tak bangun solat Subuh kot. Dalam hidup ini, kalau kita always menyatakan.. bukan aku tak boleh bangun, tapi.. bukan aku tak boleh buat tapi.. bukan malas, tapi... Kalau kau selalu nak bertapi-tapi manjang, sampai bila pun  kau tak boleh ke hadapan. *again, remind myself too*

Last but not least, kepada kau yang suka bergaya, kalau dah tahu nak bergaya ke apa ke, bangun awal, siap awal. Tak rugi pun kalau siap awal. Sambil menunggu yang lain tu, boleh  snap gambar by camera. hehehe.. :)



Gambar kopek kulit limau. bergaya lah konon tu. LoL. Tiada motif. sesuke letak.

thank you for reading =)

Sunday, October 14, 2012

Semester 3

Assalamualaikum

Mari-mari sini-sini aku nak update entri aku sambil mendengar lagu di kala menunggu hujan reda. Sekarang aku kat UPM, ha ye memang dah sem 3 dah sekarang (second year) . Subjek-subjek yang aku ambil sem ni pun boleh tahan mencabarnya. Hai, tak macam sem 1 dengan 2 dulu, masa tu kalau buat last minute atau selepas huha-huha pon result still hoookayyy. Tapi, kali ni cara begitu tak boleh nak diaplikasikan lagi. Kalau tak, hancus la result i. Punah la azam.. kahkahkah. (gelak la dira.. dateline assignment tu kau pandang betul-betul )

Sini aku nak list out dateline assignment aku yang akan dihantar. 

KOH3333- Perubahan Dalam Komunikasi
i. * Tajuk dah ada. Bahan dah carik. Power point dah jalan separuh tapi report tunggang-langgang.
Presentation date : 16 Oktober 2012 ( Selasa) Group 8.
Carry mark : 20 %  DONE! tinggal report je nak submit next week.

ii. - Peranan komunikasi dalam perubahan, isu perubahan & komunikasi, teknologi maklumat dan pemgurusan perubahan. [fokus pada aspek sejarah dan kesan]
Kaitkan topik berikut beserta contoh. (bentang dan submit power point hard copy)
Carry mark : 20 %
Dateline : minggu ke 9 hingga 11 (sebelum cuti mid sem dah kene hantar !! arggghh..)

iii. test- pon before mid-sem break. huarrrgghhh!!

KOM3431- Kaedah Penyelidikan Komunikasi
i. test (16 OKTOBER 2012, Selasa) tempat : Bilik Jauhari, FBMK. DONE! Soalan susah babe.
status : aku tak sentuh apa pon lagi. busy duk pikiaq nak settle presentation koh3333.
carry mark : 20%
ii. bab 2 kajian dah boleh mula sebenarnya, tapi aku tak mula-mula lagi. Data tak habis key in. naik juling mata aku..
*plan nak pergi lab hari isnin (before kelas kenegaraan)

KOH3431- Komunikasi Kumpulan Kecil
i. presentation hari selasa jugak. ( 16 OKTOBER 2012). -setakat introduction , logo and blablabla.. sempat jugak buat. DONE!
ii. test- takde.. huh~ tapi.. mid term ada...(20%)
iii. report kena tulis. ala-ala macam diary blogger gituu.. (pon tak mula lagi)
nasib baik presentation mula week 13. dan group aku no.3. so..masih ada masa.
tugasan kumpulan : 25 % (dah discuss)
tugasan individu : 25 %

KOM3305- Media Teknologi dan Masyarakat
i. Baru selesai test. Susah tahu tak..tu pun nasib baik last minute dapat tips, kalau takk... hancus. tak kesahlah, benda dah lepas kan.
ii. ni yang aku risau!!
tugasan individu : Apakah yang dimasudkan dengan media, teknologi, komunikasi dan masyarakat. Sila bincangkan bagaimana media,teknologi, dan komunikasi ini dapat menyumbang kepada pembangunan diri anda dalam menjadi pelajar cemerlang.
dateline : minggu 7.(khamis) hamekk kau.. tinggal lebih kurang seminggu lebih je. Dah la kena amik dari jurnal pulak. sumber-sumber tak bertauliah di internet DIHARAMKAN sama sekali.
Syarat-syarat tugasan :
bertaip-arial font10, Time New Roman font 12, double spacing.
panjang tugasan individu- 6 hingga 10 pages
panjang tugasan kumpulan -10 hingga 20 pages
Rujukan : APA Style. akhirnya selesai jugak setelah dua hari tak cukup tido. Rasa merdeka gile.. padahal ada lagi subjek lain belum settle. hehehe

iii. tugasan kumpulan : aku, sara, ida, yeen.
dateline presentation : minggu 11. (1st group pulak tu..)
dateline report : minggu 13 (khamis)
carry mark : 30 %

KOH3361- Komunikasi Antara Budaya
i. tugasan individu selamat dihantar pada 26 September 2012. DONE!
ii. tugasan kumpulan : aku and group members yang dah ditentukan diarahkan untuk skype dengan students di salah sebuah university di US. Masalahnya, budak US ni tak reply email yang aku dengan kawan aku send. damn! kalau macam la gamaknya, macam mana nak teruskan assignment ni.. argghhhh...
iii. test (17 OKTOBER 2012, Rabu) objektif & 1 esei. [nak baca apa aku pon tak tahu..] revise jelah balik apa yang prof terangkan dalam kelas yang mana masa tu aku sempat salin cincai boncai sebab prof banyak info. aku pulak tulis lambat.. so, cincai jelah. janji faham :)

KOH 3462- Debat dan penghujahan
weeehiii.. aku paling suka kelas ni. walaupun aku ni ketaq dan debaq nak berdebat, tapi kelas ni memang tidak membosankan langsung. Kelas Dr. Mua'ti bosan ?? memang peliks la kalau sapa cakap macam tu kan. Dengan lawak dan input yang sangat membina yang beliau beri, aku sikit pon tak pernah mengantuk.
test pon dah settle. maka, untuk subjek ni aku boleh la relaks sikit sementara tunggu assingment debat.
p/s : Result test dah keluar. alhamdulillah. :) hehe.
Hanya tinggal debat pusingan kedua dan yang terakhir.

SKP 2101- Kenegaraan Malaysia
i.  kuiz minggu 1-7 [tajuk 1-5]- 10%
sama ada minggu 5/6 (maknanya..next week lahh.. masyaAllah.. pon tak bace apa lagi)
ii. Ujian 1 (4 NOVEMBER 2012, ahad)  telah ditunda pada 25 NOVEMBER 2012,Ahad
penilaian minggu 8-12 [tajuk 1-5] objektif. 40 soalan.
 carry mark : 20%
iii. tugasan- penilaian berterusan
presentation : 15% report : 15% (start minggu ke 7) pergghhh...
iv. final : 40 %

Dengan assignment banyak macam ni, dengan masalah yang datang, dengan fikiran terganggu, dengan emosi yang kadang-kadang tak menentu, ingat senang ke aku nak hadapi semua ni ? Depan orang, ya, i'm okay. dont worry.. blablabla.. hakikatnya, aku jugak yang tanggung.
ok, dira, jangan mengeluh. tak baik. (padahal selalu je buat. haha) Semua orang ada masalah, takde masalah yang tak boleh diselesaikan, yang penting nak dengan taknak je..

p/s : sedang belajar melupakan.. apa-apa yang tak penting dalam hidup. secara tak langsung dapat pupuk kematangan.Aku ni, kalau bab nak mulakan, memang payah sikit, tapi..bila aku rasa aku mampu buat.. akan terkeluarlah ayat ini 'wow, hebat jugak aku!' kahkahkah.




Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
(Hadapi semua dengan senyuman) i love you mak :)

Tuesday, September 4, 2012

Pengalaman itu berharga, Kenangan itu bermakna :)

Assalamualaikum

Ok, mulakan dengan perkhabaran yang menduka citakan. ; cuti semester 3 bulan semakin hampir ke penghujung. Jelas dan nyata masa begitu pantas berlalu. Ini bermakna, rutin aku sebagai admin juga telah berakhir. Hanya tinggal kurang seminggu sahaja lagi sebelum aku melangkah semula ke dunia mahasiswa. Entahlah, mood nak balik UPM belum sampai kat aku. Apa-apapun, tanggungjawab sebagai pelajar, sebagai pemegang amanah mak dan abah, aku perlu kembalikan mood itu supaya aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang. Insya-Allah. :) [Ayat budget baik sangat aku ni kan, padahal kadang-kadang aku pun buat silap.hehe.] Tapi, aku percaya satu benda ; kalau kita nak yang baik datang pada kita, kita mesti bagi yang terbaik. Dan, untuk menjadi yang baik sentiasa ada cabaran dan dugaan, so, pandai-pandailah kita handle.

Sama juga situasinya bila aku raih pengalaman baru semasa bekerja. Mula-mula, memang aku risau, cuak, berdebar-debar. Yelah, pertama kali dalam hidup nak bekerja. Lama- kelamaan, aku dah boleh biasakan diri. Naik lagi sikit level confidence pada diri sendiri. :) Hidup ni memang ada kalanya kita rasa susah dan payah, tapi semua tu taklah seteruk yang kita bayangkan. Ok, tzc senyum nampak gigi ni. hihi.

Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan ialah aku dapat kenal dengan ramai orang. Macam-macam fi'il (perangai). Ada yang aku suka, ada yang aku menyampah, ada yang aku tabik springgg (hormat), ada yang kaya tapi macam tak kaya, ada yang sederhana, ada yang sopan santun bercakap, ada yang main sembur je.  Daripada aku tak tahu menahu pasal motherboard, RAM semua benda alah tu, sekarang dah tahu. Taklah tahu banyak, (nak tahu banyak, kena timba pengalaman lama sikit ) Tapi ok lah. Kalau untuk kategori meningkatkan pengetahuan, kira luluslah.


ok, ini RAM ye. pada sesiapa yang tak tahu. haha.. (diri sendiri pun termasuk sekali)


Ni nampak ni.. ini motherboad laptop. Masa mula-mula aku tengok benda ni kat kedai, naik buta mata aku. haha.. yelah. cip-cip tu bapak kecik gilee.. patutla gaji technician lagi tinggi dari aku. hehe. Lagi satu, benda ni kalau dah rosak, 50-50 la laptop ko nak sembuh sepenuhnya. wa cadang lu orang angkat baru punya. alang-alang tu kan, biar berbaloi. :)

Boleh dikatakan cuti semester kali ni, aku penuhi masa dengan bekerja. Aku balik cuti sem 16 Jun 2012. (Padahal paper 15 Jun dah habis, tapi lajakkan sehari sebab nak mengomeh (kemas) barang. ) Almaklum sahajalah, cuti 2 bulan lebih ni, semua benda aku angkut bawak balik. hee~ Dah settle semua, 16 Jun baru balik. 18 Jun aku dengan family ronda-ronda, lepas beli barang kat S2 (Seremban 2), tiba-tiba terperasankan satu A4 paper dengan tulisan VACANCY.

Cerita punya cerita.. kebetulan tokey kedai (boss) ada sekali dalam tu, dia tanya itu ini, then, boss cakap kalau nak mula, esok boleh datang.. Papp ! itu dia, bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut usah dicari. So, aku rasa ini peluang baik. mengapa perlu aku lepaskan. Gaji pon okay. So, apa lagi kau nak dyra ??


so.. i just grab this opportunity :)

Dalam debaran penuh di dada, cuak dan segala kebenda tu, aku pergi jugaklah. and Alhamdulillah.. dua bulan lebih jugak aku bekerja. Hari biasa masuk pukul 10am-7pm. Bulan puasa masuk pukul 9am-5pm. Even kita lain-lain bangsa, tapi rasa hormat tu sangat dititik beratkan. Contohnya, bulan puasa, aku dengan fadli dibenarkan balik awal. Dan ini selalu membuatkan malini jealous dengan aku. kehkehkeh. Masa mula-mula kerja, malini yang tutup account, bila aku dah stabil kerja situ, aku sendiri yang tutup akaun, bagi duit kat boss kecik untuk bank in, then resit bank in tu aku fotostat dan masukkan dalam fail CIMB. Nanti , kalau apa-apa hal senang nak check.

Apa lagi yang aku nak koba kek korang yo? oh ye, macam mana aku pergi kerja, naik bas? oh tidak. naik teksi, oh bukan.. teksi sekarang tambang mahal. Aku kerja sebab nak carik duit, isi masa.. kalau spend duit kat teksi yo, memang yo rabak den. hahahaha.. Siapa lagi kalau bukan abah yang hantar. Ada juga yang tanya, tak susah ke ulang-alik dari Mambau ke Seremban ? Ha, meh sini den nak koba ( cakap).. Sobonar ey, mambau ke somban tu taklah jauh mano, bunyik ey macam jaoh, padahal kalau beserta kelajuan biasa, kurang 30 minit pon dah buleh sampai. Siryes, aku tak pernah rasa seremban tu jauh. Sebabnya apa tau, dulu masa aku form 6, aku ulang alik gak. setahun setengah pulak tu. Lagipun, abah dengan mak kan meniaga hari-hari, so, tiap-tiap pagi abah den memang kono poie pasar kek somban nun. Nak beli barang-barang dapur. Beli kat pasar lebih murah. Dah alang-alang tu, turunkan aku kat Jalan Dr. Krishnan tu. Mana ada susah.. nak dengan taknak je. hidup ni, pilihan di tangan kita.

ingat tu adik-adik ! eceh.. hahaha.


Inilah dia, Malini yang selama ini diceritakan  :) Sampai ke bilik aku dia terjah masa datang open house hari tu. Nasib baik i dah kemas. hehehehe..


and she gave me this ; teddy bear kecik yang comel. tahulah tuan dia pun kecik. nak perli la tu.. (eheehe.. saje je gurau.) Siap simpan kat almari kaca mak i lagi. kecik pon keciklah, apa salahnya kita menghargai. kan kan ?


Kak Uma pulak bagi ini. ayat kak uma " Sebab you pakai tudung, so saya bagi inilah. " wuuu~ terharuu..

dan yang paling terharu adalah... ini..

gambar sebelum diubah  suai.

Senang cerita, benda alah tu aku panggil robot. Robot ini telah dihasilkan oleh Vijay dan Fadli selaku technician yang tidak pernah kering dengan idea. terutamanya Vijay. Pada hari last aku bekerja, tiba-tiba je vijay letak robot ni depan aku, terkejut sebab aku ingatkan menatang (binatang ) apa lah ni. dah la kening panjang gilee,, so, aku ketawa terkekeh-kekeh bila aku perasan yang mata robot tu adalah simos battery, badan dia - bekas sarung cartridge, mulut dia- penutup thumb drive. hahaha,, semuanya barang-barang komputer, printer yang dah tak boleh guna. Pandai pulak tu, buat benda alah ni sebelum aku datang. Tahu-tahu dah siap je. Yang tak boleh tahan, vijay siap print out gambar bendera lagi, gunting dan letak kat belakang tu, kreatif kan. Aku tahu la esoknya tu 31 ogos. hehehe.. Benda ni memang takde jual kat kedai. Jadi, aku hargai sangat-sangat.. Tapi kan, hidung dia dah tercabut. hahaha.. so, aku sumbatkan je hidung dia tu dalam mulut. kehkeh.





Terima kasih sudi datang :) Nanti, ada masa kita jumpa lagi ok . Bye !


p/s : orang sebelah, hari jumaat orang ni datang nak amik gaji. dah siap ke hadiah yang tak lupa tu. :) heheheeh
mood : ~syahdunya.. suara dato ct & hafiz ni~









Tuesday, August 21, 2012

Bersyukur Di Hari Raya


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah.. hari ini masuk hari ketiga kita berhari raya. Aku masih berada di Kampung Labohan Dagang. First raya pun beraya kat sini dulu. Diimbas kembali memori raya pertama. Selepas abah, ayah, atok, ucu, dan adik-adik lelaki balik sembahyang raya, sesi bermaaf-maafan pun bermula. Sesi bermaaf-maafan ni dah memang satu kelaziman dalam family sebelah mak. Kita bukan setakat salam cium tangan untuk ucap  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN je, tapi kita akan mintak maaf sungguh-sungguh sampai meleleh air mata. (ouch..habis make up i..)-over tau- ketawa ala-ala mak datin. Biasalah.. bila dah mintak ampun segala tu, mana taknya air mata ni tak menitis. Lagi-lagi bila salam dan peluk cium mak. Sobsob. Sebenarnya, masa salam abah dan mintak ampun kat abah, aku dah mula rasa sebak. Tapi..aku buat-buat cool. Relaks. Bila sampai kat mak, memang tidak dapat aku nak tahan-tahan lagi. ;(

Entah kenapa aku rasa lebaran tahun ni adalah lebaran yang sangat sederhana dan sangat bermakna buat aku. Tahun ini aku rasa macam aku dah besar gilee.. Sebabnya apa tau, aku dah boleh bagi ‘sesuatu’ pada orang-orang yang aku sayang. Rasa macam aku dah memasuki alam pekerjaan rasmi tau. Padahal kerja part time je pon..tu pun dah nak berhenti. Kalau ikutkan hati, memang aku rasa berat hati sangat nak berhenti. Sebabnya, nanti aku akan rindu kat semua staff dan ............. (berhati-hati membuat kenyataan. Tak pasal-pasal nanti jadi kontroversi. Huhuhu. Bahaya woo) Takpe, kita hold dulu. Kalau ada kesempatan, aku akan cerita. (eceh, yoyo o kau dira)

Berbalik kepada rasa syukur aku di Aidilfitri ni, hal ni aku tak dapat sembunyikan lagi. Aku rasa gembira dengan keputusan peperiksaan akhir semester kedua aku yang lepas. Rasa macam tak percaya gile. Memanglah sejak sem 1 aku ada target macam tu, tapi bila buat assignment dan duduk final exam hari tu, aku rasa tak confident. Macam sap sap soi je performance aku. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Tak la gempak macam budak medik dapat 4 flat kan. Tapi, apabila kita berjaya capai target dan kita cuba mendalami bidang yang kita suka, perasaannya sukar untuk digambarkan. Tiz zaqyah celup kau ni asyik tersenyum je sampai nampak gigi kapak dia semua. Hahahaha.

Dan perkara yang paling buat aku terharu apabila abah adalah orang pertama yang salam dan ucap tahniah kat aku bila aku beritahu result aku hari tu. Masa tu, kitorang dalam kereta. Abah on the way nak hantar aku pergi kerja. So, masa tu aku memang rasa sangat terharu. Aku harap usaha aku akan berterusan. Aku hargai sangat kenangan-kenangan indah sepanjang bulan yang mulia ni. Especially memori sepanjang aku bekerja. Speechless! Rasa nak terbang macam butterfly.. :)

Oh, yeah..kitorang memang suka part bergambar ni. Tak lengkap rasanya kalau tidak bergambar di pagi raya. lepas sesi maaf-bermaafan selesai, kami, cucu long chik yang ada tidak melepaskan peluang untuk beraksi di hadapan iPad. (cousin punya) maceh angah.  hahaha.. ini lah hasilnya.





Kemesraan yang sempat diciptakan. kehkeh. Cuba kalau masing-masing hangin, tak gini ghupenye.




Sangat susah nak ajak Kimie bergambar sama. Ini aku kira bernasib baik lah ni. :)



Tak lengkap rasanya kalau tidak bergambar di pagi raya. Terasa sugul gitu..hahaha..



Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca entri ini, kawan-kawan, kenalan, saudara-mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan semua.




Monday, August 6, 2012

Enam Tips Mendidik Diri Menjadi Insan yang BIJAKSANA

Assalamualaikum

Semalam duduk selak- menyelak surat khabar Mingguan Malaysia sisipan Pancawarna. Dalam segmen motivasi terjumpalah artikel "Jadilah insan bijaksana" oleh Pakar Motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad. Dalam segmen ni, Dr menjawab soalan salah seorang mahasiswa. Kat bahagian bawah sekali ada colum tentang tips tu. Jadi, rasa rugi pulak kalau tak share sebab diri ni bukanlah boleh ingat semua benda kan. Walaupun copy and paste setidak-tidaknya mudah sikit bila nak baca semula. Tak payah duk google sana sini. tak gitu.. :)

1. Tingkatkan ilmu dengan banyak membaca dan belajar.

2. Banyak bergaul dan rajin bertanya dengan mereka yang berjaya, para ilmuan dan ahli agama.

3. Latih diri untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

4. Bersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji seperti dengki, tamak, rakus, gelojoh, sombong, ego dan buruk sangka.

5. Luruskan niat serta ikhlaskan hati dalam sebarang tindakan dan perlakuan.

6. Dekatkan hati dengan Allah SWT dan sentiasa solat istikharah dalam mencari jawapan.

Insya-Allah :)

Sunday, August 5, 2012

Senyuman :)

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

3. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

5. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 9. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

12. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

14. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhwah.

15. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).



    tak kira siapa paling comel, yang penting senyum itu satu sedekah.=)

Perbanyakkan senyuman, tak rugi apa-apa pun.. :) :) :)


Credit to Pen Patah

Friday, July 20, 2012

Nasib badan

Assalamualaikum

Semalam ( 19 Julai 2012) genap sebulan aku bekerja. Buat pertama kalinya juga aku kena marah dengan bos besar semalam. *senyum sambil buat muka comel dan pis.* Masa aku dipanggil masuk untuk jumpa dengan bos, aku relaks je. Sebelum masuk aku dah siap-siap baca Bismillahirrahmanirrahim dalam hati. 

Aku kena panggil dengan bos besar sebab aku tak tekan button untuk bukakan pintu untuk anak kawan dia. huh! Orang kata, tak baik mengeluh bila kita ada masalah atau kesulitan kan, tapi.. untuk kes aku ni, dalam hati aku dah meluap-luap darah kau tahu. Aku cuba belajar bersabar. Aku fikir aku makan gaji je kat situ. Siapalah aku kan. Dia bos. Dialah yang paling berkuasa kat situ. Lagipun, hari tu mood bos tak ok sebab dari pagi asyik marah-marah. Bermula dengan bos kecik sampailah aku, kak uma dengan malini sekali kena basuh. Tak pasal-pasal uncle cakap kitorang ni asyik duduk berborak-borak je. Padahal, perbualan kitorang dah lama terhenti masa tu. Kitorang just bukak mulut pasal kerja yang bos bagi je. tup tup kena panggil. Ah.. nasiblah. 

OK, kerja aku memang duduk je kat kerusi admin tu, bila ada customer nak masuk dalam kedai, aku akan tekan button dari tempat aku duduk tu je. Pintu automatik lock tu ada dua button. Satu kat tempat aku duduk, satu kat tepi pintu yang customer boleh tekan sendiri dan blah macam tu je. Pada hari kejadian, anak kawan bosa a.k.a Uncle Raja datang kedai tu. Dia duduk je kat kerusi tu. Aku memang cam dah muka dia. Dan aku tahu dia datang bukan nak buat apa pon. Masuk kedai sebab bapak dia ada kat dalam office tengah bincang dengan bos aku. Aku pon duduk jela. Takde lah borak mana pon. Then, tiba-tiba mamat badan tough ni nak keluar, aku perasan dah dia nak keluar sambil pegang surat khabar, tangan aku dah stand by dah nak tekan button tu. Aku punyalah tunggu nak tekan mamat tu tak keluar jugak. Oh, maybe masa tu dia tengah pakai kasut. Alih-alih dia tekan sendiri button tu. Aku baru je nak cakap, biar aku yang tekan, tengok-tengok mamat tu dah tekan dulu. So, salah aku ke tu? Lagi satu, mamat tu memang dah biasa kat kedai tu. Almaklumlah, kawan bapak dia punya kedai. 

Hey, mamat! Sebab kau la aku kena sound baik punya kau tahu. Uncle kata aku tak layan kau masa kau masuk. Aku nak layan apanya.. bukan kau datang nak hantar laptop atau beli cpu ke kan? Kalau customer, aku tahulah nak buat macam mana. takkan aku nak biar customer duduk tercongok kan. Pandai-pandailah aku handle. Aku kenal muka kau. Muka kau memang la hensem. Tapi, tak pasal-pasal aku, kak uma, malini kena marah.

Kalau nak diikutkan, memang bukan salah kau pun mamat. Dah memang kau tahu kat mana button untuk bukak pintu tu, takkanlah kau nak mintak aku bukakkan betul tak? tak gentleman lah kalau macam tu kan. Takpelah.. dah memang hari tu mood bos besar tak baik, memang nasib kurang baiklah kitorang bertiga kena marah. Sekali sekala, majikan mana yang tak nak tunjuk kuasa kan. haha.


Gambar sekadar hiasan

Beberapa ketika selepas tu, mamat tu datang balik kedai. Aku memang menanti je nak tekan pintu tu, tiba-tiba kak uma dah tekan dulu. dalam hati aku, 'hai..masuklah cepat wahai anak raja. kerja patik memang kena bukakkan pintu untuk tuanku aje'. Mamat tu melangkah masuk je, dia dah senyum-senyum kat kak uma. Rupa-rupanya bapak dia dah sound anak dia lepas kitorang kena marah. Baik betul uncle Raja. :) Tapi uncle raja, saya tahu  anak uncle tak salah. Bukan sebab muka dia hensem atau ketinggian dia yang ala-ala pilot tu saya puji dia, tapi.. sebab hari tu nasib saya tak baik. Nak buat macam mana, saya terima je dengan hati yang terbuka.

p/s : Kadang-kadang bukan salah kita pon, kita kena marah. Cara terbaik untuk cool down ialah istighfar banyak-banyak. Mengaku,, mungkin kita ada silap kat mana-mana yang kita terlepas pandang. Sebagai seorang yang lebih muda, saya mengalah. tapi AWAS! bukan semua orang mengalah itu kalah.



Sunday, July 15, 2012

Gaji pertama

Assalamualaikum

Esok aku cuti. Yeyy! (macamlah tak pernah cuti sebelum ni kan) Hari Ahad aku memang cutilah. Cukuplah enam hari bekerja, satu hari diberi cuti. Aku masih ingat lagi masa pertama kali aku cuti weekend. Rasa bosan teramat sangat. Aku jadi sangat pemalas. Suka melengah-lengah nak buat itu dan ini. Aku cakap kat mak, " Mak, bosanlah cuti ni. Kalau kat kedai boleh tengok ramai orang. Kalau macam ni, baik kerja je hari Ahad." Itu masa minggu pertama cutilah. Sekarang ni tak ada maknanya. Aku akan bekerja dengan bersemangatnya pada hari Sabtu sebab tak sabar nak menikmati hari cuti pada hari Ahad. Alah, sama macam zaman aku sekolah dulu. Hari Jumaat je aku jadi tak sabar nak balik, kat dalam kelas pun rasa relaks je walaupun nota berlambak nak kena buat dan buku seperti tak cukup hari untuk dibaca.haha. Tapi, aku boleh senyum-senyum, cool sebab apa, sebab hari Sabtu dan Ahad cuti. Perasaan seronok nak cuti tetap ada walaupun sekarang  aku bekerja.

Untuk pengetahuan semua..(ceh, untuk pengetahuan semua. Padahal siapa jela yang nak ambil tahu pasal aku. bhahaha. ) Ok, sekadar perkongsian.. aku dah dapat gaji pertama. Hoorayy! Akhirnya, merasa juga aku pegang duit hasil titik peluh aku sendiri. Alhamdulillah. =) Kebetulan masa tu hari lahir mak. Jadi, aku belanja makanlah. Malam tu mak tak payah masak. Kitorang makan berjemaah  kat luar. Gaji permulaan dapat separuh je sebab aku start kerja 19 jun. Jadinya sampai habis jun tu aku baru kerja 11 hari. So, dapatlah pendapatan pertama.hee. Sempatlah jugak aku buat persiapan raya sikit-sikit. Rupa-rupanya macam tu perasaan orang bila dapat gaji. Bila nak beli apa-apa aku rasa tak nak habiskan semua duit dalam tangan sebab sayang sangat duit hasil usaha sendiri. Sebelum dapat gaji pulak, tak sudah-sudah duk countdown hari. Siapa tak nak duit kan. Nothing comes for free ok. Bulan ni insya-Allah gaji penuh. :)

Dah hampir sebulan aku kerja, macam-macam yang aku belajar. Macam mana nak handle situasi dengan customer, dengan staff lain dan jugak bos. Kerja kat situ ok. Bagi aku, setiap hari adalah hari untuk aku belajar sesuatu yang baru. Mana yang kurang, aku terima semua teguran. Adat bekerja dengan orang. Kau janganlah banyak songeh. tak gituu kan. haha.


menipulah kan kalau gaji aku banyak macam ni

Oh ya, aku jumpa bekas cikgu disiplin aku. Beliau masih kenal aku. hehe. Laptop beliau rosak, jadi beliau hantar di boit. Kebetulan salah seorang technician kat situ juga bekas anak murid beliau. Aku takde la nervous ke apa ke, biasa je. Cuma, bila vijay minta aku call cikgu suruh inform pasal laptop beliau, aku jadi segan gile. Padahal nak cakap kat telefon je pun. Bukan nampak muka pun. Aku punyalah tarik nafas dalam-dalam sebelum dail nombor beliau. Sebelum ni aku relaks je call customer sebab semua tu aku tak kenal. So, pi lantaklah kan. Bila orang tu kita kenal, tambah pulak dah lama sangat tak bercakap, tiba-tiba kena cakap dalam nada yang selalu aku guna kat customer lain, so,aku rasa macam tak ok. Tapi, lepas dah cakap tu, ok je pun sebenarnya. Aku je yang awal-awal menggelabah tak tentu pasal. dira oh adira,,,






Tuesday, June 26, 2012

Bila kita yakin, insya-Allah, Allah permudahkan

Assalamualaikum

Setelah sekian lamanya aku ber'enjoy-enjoy' di waktu cuti, sekarang ini barulah semangat untuk aku bekerja muncul tiba-tiba. Mungkin bagi sesetengah individu ini adalah perkara biasa. " ek eleh.. kerja part time, aku dah berapa kali berhenti masuk balik jadi cashier kat Petronas. Pasal tu pun nak update ke? " Ini contoh bunyi-bunyi yang macam tak heran sangat aku kerja part time. Sebab korang dah biasa kerja kan. Aku mana pernah kerja sebelum ni beb. This is my first time okay. Setakat tolong mak abah basuh pinggan kat warung tu pernah la tapi itu aku tak rasa macam kerja pun sebenarnya sebab aku lebih banyak makan dan minum serta menyibuk je. Bos aku mak bapak kan. Itulah masalahnya. Susah nak mendisiplinkan diri. 

Selepas habis SPM, aku tak kerja sebab aku tak ada rasa nak kerja pun. haha. Yang aku tahu hanyalah  menikmati cuti dengan penuh seronoknya. (ibarat aku telah berusaha dengan segigihnya untuk SPM selama ini. wekk! haha) After SPM, aku sambung form6. Sementara tunggu result untuk buat degree pon aku duk membuang waktu di rumah. (aku lah tuan puteri, akulah anak raja kat rumah) Ketika itulah aku tahu blogspot wujud. Ketika itulah aku kenal fatin liyana dan irine nadia and siapa-siapalah blogger yang terkemuka di laman sosial. ( wah, terkemuka kott!) Tak cukup dengan itu, aku lah permaisuri facebook masa tu. (ketawa diva). Aku asyik mengulang rutin yang sama sampailah aku rasa bosan. Lepas tu, aku pun tergedik-gediklah nak ada blog jugak. (selepas baca blog kawan baik). Aku memang buta IT. Blog ni wujud pun atas bantuan cikgu GOOGLE yang banyak membantu. Explore itu ini akhirnya terhasillah blognuruladira.blogspot.com.


Itulah aku sebelum bekerja. Sekarang tidak lagi kerana saya sudah bekerja sebagai admin staff kat pusat jualan dan servis komputer di pusat bandar Seremban. (Wahh.. gituu.. ayat nak kelas je kan..) Padahal cakap macam ni pon boleh. "Aku kerja kerani cabuk je kat kedai komputer kat Semban tu ha.. " hahaahaha. Alhamdulillah, dah rezeki agaknya. Hari ni tanya, esoknya dah boleh mula kerja.


Sebagai admin bagaimanakah tugas saya? (ceh, budget wanita bekerjaya sangatlah) Maklumlah, pengalaman pertama ni selalunya buat kita rasa berkobar-kobar dan bersemangat. Nak nak pulak everything is going smooth kan. Rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri sebab dah berjaya keluar dari comfort zone. Shout hoorayy!! Sebelum ni aku pernah mintak kerja jadi cashier dekat Petronas tau.(after stpm) Sehari je aku pergi. Lepas tu, tak datang dah sebab aku rasa tak sesuai dengan akulah. Then, aku juga pernah pergi interview di  sebuah company perumahan. Sayangnya, masa tu mulut aku ni cepat sangat cakap aku ni nak kerja temporary je. Siapa nak ambik bai. Dia dah ajar aku macam-macam pastu aku nak blah macam tu je dan dia pulak susah-susah kena bukak interview lagi. So, aku di reject secara senyap. Entahlah, mungkin masa tu belum rezeki aku kan. That's why Allah tak gerakkan hati. Keyakinan diri tak cukup lagi masa tu. Well, korang tahu keadaan aku macam mana kan.


Now, as an admin staff at boit s&s, my duty is to answer the call from customers. Its not from customers only actually, my big boss pun selalu call tau. So, aku ni macam orang tengah la. Dengan siapa customer nak cakap aku akan pass kan phone tu pada yang berkenaan. Kadang-kadang, bila barang dah siap repair, aku akan call customer to inform yang CPU (contoh) dia dah siap repair. And, bila technician dah check barang, tengok-tengok ada part lain pulak yang rosak. Contohnya laptop customer rosak. Berdasarkan apa yang customer terangkan awal-awal technician dapat agak la apa problemnya. Mungkin hard disk rosak.  Bila tukar hard disk still ada masalah, maybe sebab motherboard. So, bila technician dah check dan confirmkan masalah tu, dia akan terangkan kat aku dan aku akan call customer untuk mintak permission sama ada dia benarkan atau tak kalau technician  repair motherboard atau apa-apa yang rosak. Masa tu aku akan bagi tahu harganya sekali. Kalau setuju, technician will proceed, kalau tak, kau nak amik laptop ko balik pon boleh. ha.. faham tak macam mana kerja aku??


Selain menjawab call, "Hello, Boit Sales and Services. Yes miss..who's on the line? and bla bla bla.." Selalunya aku cakap melayu je. Kadang-kadang je guna broken english. Lidah makan belacan kan. nak buek camno. haha. Selain angkat call, aku juga akan tulis service report sekiranya customer hantar barang untuk repair. Service report ni lebih kurang macam resit jugak. Cuma, kalau resit biasa tu tak details sangat. Kat service report tu aku akan tulis no.siri komputer or laptop or netbook  dan seangkatan dengannyalah. What's the problem with all the laptop etc and the action taken. lepas tu sign. Simple je.

Aku kan budak baru belajar, so, Malini banyak bantu aku. Dia dah kerja kat situ setahun tau. Dia ajar aku macam mana nak handle photostate machine for black and white. Yang colour punya, wa dalam proses belajar lagi. Dan sekarang aku dah pandai . Hari tu masa customer nak fotostat, aku yang buat. yeayy! :) Kat kedai aku ni macam-macam perkhidmatan disediakan. Kau cuma siapkan duit je. haha. Well, nothing comes for free dear. We're providing services like typing, internet service, binding, photostating, computer repairing, and etc.

Cakap pasal typing ni kan, hari tu ada la seorang pakcik ni (berkemeja), dia mintak fotostat dokumen mahkamah yang bertimbun-timbun. Disebabkan masa tu,aku baru sangat kerja dan tangan pon masih terkial-kial lagi nak tekan photostate machine tu, maka..tugas tu diambil alih oleh Malini. Shes pro man.. haha. Dalam masa yang sama, pakcik tu nak suruh typing surat. So, aku pun taiplah. takkan Malini nak buat jugak yang tu, tangan dia dua je bai. So, Malini tanya aku " boleh taip tak?" Aku, "boleh-boleh". Walaupun aku ni buta IT, tapi taklah buta sangat..takat rabun jauh je. haha. So, aku pon taiplah surat tu sementara pakcik tu keluar pergi minum. Kau tahu surat apa yang aku taip? Surat saman bini 3 juta der. hahaa. Ngupo ey, pakcik tu Tan Sri. Pulak tu, sampai beliau terbayar lebih sebab nak rushing sangat. Alah.. orang dah nak saman 3 juta, tak heran kalau setakat terbayar lebih rm50 tu kan. Kak Uma cakap, uncle tu memang selalu menyaman orang dan selalu menang dalam kes. Itu Pasal la dia takda heran.




Kak Uma (anak boss) sangat fasih berbahasa melayu. Aku kagum dengan dia. Sampai customer bagi salam kat dia bila jawab phone. Aku selalu cakap kat dia "kak uma, kalau akak cakap melayu kat telefon mesti orang tu ingat akak ni melayu." Padahal dia selalu je cakap tamil dan memang indian asli. ok, lagi satu my boss is indian. tapi aku ok je sebab aku bekerja sebab nak timba pengalaman. Gaji aku tak kisah. Tapi, gaji yang big boss bagitahu hari tu dah cukup ok  untuk aku. Lagipun, masa mintak kerja hari tu memang dah cakap terang-terang aku temporary je. And boss pun tak kisah and he's so kind. Aku nak rasa macam mana berhadapan dengan orang. Cabar sikit diri sendiri walaupun taklah tercabar mana pun. Pengalaman tidak boleh dibeli dengan duit.

Mula-mula aku masuk kerja, aku terus terfikir kat mana aku nak solat nanti ye? Sebab kat area tu takde petronas ke shell ke..Masa aku dalam dilema tu, aku pon fikir..kat situ toilet ada,maknanya sumber air ada. kedai tu pun bersih sebab guna karpet. Then, customer dengan staff kena bukak kasut. Cuma, arah kiblat je aku tak tahu. Dengan siapa aku nak tanya. Masih terfiki-fikir ni, aku pon teringat kat kak ina. kak ina ni staff kat klinik gigi sebaris dengan kedai tempat aku kerja. Aku nak jumpa dia, tapi tak boleh keluar sesuka hati di waktu kerja. Kang tetiba boss dengan boss kecik tanya, tak ke aku terkulat-kulat nanti. Maka, aku mencari inisiatif lain, aku google klinik gigi tu.  (sampai macam tu sekali kan) Lepas dah dapat no. klinik tu. dapat cakap dengan kak ina. Dia pon bagi tau arah kiblat lurus menghadap cimb.

Bila kak uma dapat tahu, " la..kenapa tak cakap nak sembahyang. boleh sembahyang kat bilik belakang. Nanti saya bersihkan itu tempat". (Padahal memang dah bersih pon) Bilik tu sebenarnya tempat kitorang rehat dan makan. kecik je ruang tapi bersih dan muat untuk solat bersendirian. Syukur, Alhamdulillah. Bila niat kita baik, jalan penyelesaian setiap masalah pasti ada. :)


p/s : hari ni pon aku kena retype 8 essay muet kau tahu. Boss sampai tutup kedai lambat sebab tunggu aku. Naik kematu jari jemari. haha. satu page charge for rm10. hamik kau.


Kadang-kadang, kita nak cuba sesuatu yang  baru dalam hidup kita (sesuatu yang lebih baik dan positif) tapi kita tak cukup yakin dengan diri sendiri. Apabila keyakinan itu ada, peluang pulak tak muncul. Dari situ, ikhtiar diperlukan. Jangan sesekali putus asa. Versi cerita kita mungkin berbeza-beza.


Thank you uncle sebab bagi saya peluang :)





entri terpanjang. terima kasih sebab halakan mata pada setiap perkataan yang terpampang.

Sunday, June 17, 2012

Sepetang bersama roomates

Assalamualaikum..

Oh yeah! Tangan sangat bersemangat untuk menaip. Nak tahu sebab apa ? Sebab aku dah mula cuti sem dan aku antara yang terawal dalam kalangan kawan-kawanku yang telah selamat pulang ke rumah. Ohho, roomates sangatlah cemburu apabila diorang tahu aku punya paper habis awal. (gelak besar). Aku pun tak duga tau kepulangan awal ni. Tapi, disebabkan paper aku straight je daripada 11 hari bulan sampai 15 hari bulan, maka ada can la wa pulang awal beb. (sekali lagi gelak besar). :P

Okay, aku ni sebenarnya banyak habiskan masa dengan roomates aku dalam bilik je. Dah namanya pun roomate kan. Dah tentu-tentulah masa banyak dihabiskan di room sahaja. :) Dalam erti kata lain masing-masing sibuk senantiasa. Ada je urusan masing-masing. Kelas, lab, study group, discussion etc. Student life lah katakan. Jadinya, kitorang ni jarang dapat spend time masa sama-sama kat luar. Kesian..

Nak dijadikan cerita,, oih nak cerita jugak ni.. hari tu roomate aku sorang ni ajak makan chicken chop. Dah mengidam sangatlah tu kan. haha. Tapi, syaratnya mesti keempat-empat orang join sekali. tak boleh ada yang cicir. Plan punya plan, akhirnya hari ni (petang tadi) kitorang decide pergi try chicken chop kat area luar UPM tu.

Kitorang pergi berempat dengan kereta sewa yang dipandu oleh Kak Icak. Naik keretalah senang sebab kalau bas kan macam leceh je. Turun kat bus stop lepas tu nak kena jalan kaki lagi. Aku jalan kaki? Faham-faham jelah. Lagipun, linda dah call abang kereta sewa tu untuk sewa kereta sementara. Senang sikit.  rasa macam drive kereta sendiri walaupun hakikatnya hanyalah sewa. kehkeh. Minyak kereta tong-tonglah. Alah setakat minyak kereta je pon.



Inilah ghuper restoran yang diberi nama Chop N Steak. Kalau anda pelajar UPM, keluar simpang Fakulti Kejuruteraan tu, jalan terus je sampailah anda nampak roundaboard, mata tu pandang ke arah kanan, akan jumpa kedai makan yang penuh klasik ini. Decoration klasik, tapi makanan western. lain daripada biasa.

Kitorang bertolak selepas Asar. Senang sikit nanti takdelah terbabas solat kan. Di bawah adalah gambar suasana di dalam kedai. suasana??


Nampak, boleh kata semua perabot kat dalam ini berasaskan kayu. Lampu pulak samar-samar gitu. Menyuntik elemen romantik sungguh. ahak.



Kak Icak begitu terpesona melihat lamb chop yang di order nya. Linda tersenyum menikmati chicken chop. Shahzrin leka menjawab panggilan dengan perasaan tidak sabar untuk menikmati grill chicken. Aku, duk asyiq mengunyah chicken chop dengan begitu syahdu.



chicken chop linda, omelette kak icak, again my chicken chop, sebelah tu sausage apa ke benda tah nama dak yin punya. fyp, aku sorang je yang order satu hidangan. Yang lain semua dua hidangan. *siapa yang pelahap sekarang? ( bergema ketawa) *

linda-chicken chop + mushroom soup + bun + honeydew juice (konon-konon nak la rasa garlic bread, sekali abang waiter tu kata garlic bread takde pulak. So, linda mintak la bun tu supaya boleh dikawankan dengan mushroom soup)

Yin-chicken grill + sausage kebenda tah nama + teo ais. (punyalah western punya makan, sekali air kedai mamak gak punya. hahahahaah. )

Cakap orang padahal  aku pon bantai order Neslo ais. (mamak ke tak mamak) *gelakkan diri sendiri* Bukan apa, aku dah tak reti nak order apa, main pakai sebut jelah kan. Ngidam nak makan chicken chop je pun, air wa tak kisah. air mineral pon bolehh.. ok, menu aku pulak

chicken cop + neslo ais

kak icak- lamb chop +omelette + barli ais (baik untuk kesihatan wanita) hahahah.. Setahu akulah kan, omelette tu biasanya orang akan order masa breakfast time or paling tidak pon brunch time (breakfast + lunch). Tapi, akak aku sorang ni selera dia pelik sikit. makan omelette ketika petang sekali cover untuk makan malam.

Sanggup tak turun makan tengah hari kat kafe semata-mata nak isi perut dengan western meal punya pasal. Memang kenyang tak boleh nak cakap. Orang nogori kato hongeh tahu hongeh?? Hongeh tu perut terlampau kenyang.


Tengok gelagat aku makan. Ni kira senonoh jugak la  ni. wahaha.. Ada la gambar candid aku duk mengunyah tak hengat dunia, tapi takyah la publish kan. * sogan den* Actually, payah gak aku nak makan mula-mula. Aku kan kidal. Setiap hidangan dibekalkan sudu dan pisau sahaja. Mula-mula, aku guna pisau kat tangan kiri untuk memudahkan proses pemotongan isi ayam, then, aku cucuk dengan garfu guna tangan kanan untuk masukkan ke dalam mulut. Tu pon aku rasa kekok je. Kekok-kekok pun, licin gak aku makan. haha. Tisu wajib ada, bila dah kekok nak menyuap tu, yang comot-comot tu kenalah cover kan. 

Pergi makan pon nak pakai eyeliner ke? Dah lama tak pakai sebenarnya. Kalau pakai setiap masa, leceh pulak bila nak solat kan. Kena cuci dulu. Jadi, i guna pada 'waktu-waktu tertentu' je.


Macam biasalah kan, masa makan pon sempat capture pelbagai aksi di hadapan camera. Gambar pecah-pecah kerana kekurangan pixels ( sejak masuk kelas Dr. Megat ni tahulah sikit-sikit. haha) Lagipun, dalam restoran tu kurang cahaya. terpaksa mengharapkan flash memantulkan cahaya sampai silau mataku. huhu.


Macam-macam gelagat. tak mahu kalah dengan moment. Bukan selalu dapat spend time makan-makan macam ni. Pernah la tapi tu pun kat kafe je. Dan ini first time outing sama-sama. Yin, malu-malu kucing sebab linda paut tangan dia. Yin ni payah gile nak mintak dia masuk dalam gambar. Ini pon nasib baik sempat capture. Apo kono kau dik???

Lepas sesi makan-makan ni, ingatkan nak pergi ladang Lagenda Budak Setan tu tapi tak sempat pulak sebab dah pukul 6 lebih. Selalunya, waktu-waktu macam tu ladang dah tutup. Lagipun, tempoh sewa kereta sampai pukul 7 je. Maka, sempat singgah di Sri Serdang jela. Beli barang sikit. Then, balik kolej. Lepas maghrib, mak aku pon datang  angkut aku bawak balik Seremban.

Oh ya, lupa pulak nak bagitahu you all, makanan kat chop n steak ni sedap dan berbaloi. Herganya pun (ha.. tengok sampai tersalah eja aku nak bagitahu harga punya pasal) hahaha.. Harganya berpatutan. Tak mahal sangat, dan tak murah sangat. Alah..aku pon student. Takkanlah aku tak consider harga makanan before planning nak makan. we all pun student mey. so, boleh je try kalau teringin. Nafsu makan ni kalau korang tahan, korang yang rugi. hhahaa. Kalau time puasa takpe. :) Dan, nasihat aku, kosongkan betul-betul perut korang sebelum datang. Baru terasa nikmat setiap hidangan pilihan. Selamat mencuba.

p/s : kak icak, lin, yin..next time kita berjimba-jimba lagi okay. plan lagi cantik punya. :))






fyp itu singkatan kepada for your information. (kepada sesiapa yang masih tidak tahu) *bapak poyo aku ni* hahaha..

Friday, June 1, 2012

Pasir Gudang- Pengalaman pertama sebagai fasilitator

Assalamualaikum

Aktiviti pertama di sana ialah bertindak sebagai fasilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3. Ni nak cerita ni.. Tahu tak betapa berat dan mamainya aku nak bangun pukul 5.30 pagi semata-mata untuk menaiki bas ke sekolah tersebut. Sudahlah malam tu aku tidur pukul 2 pagi gara-gara sesi berborak bersama mak nani dan kak intan. Tergelak-gelak bercerita sampai kena halau 4 kali dengan mak nani barulah aku, Jue dan Kak Mizni masuk tidur. Mana taknya, mak nani cakap "eh, korang pergi tidur. esok nak bangun pagi. nanti intan hantar diorang esok ye intan. " Tapi, beberapa minit selepas tu, mulut mak nani bercerita lagi. Tak jadilah nak tidur. At last pukul dua pagi baru masuk bilik.

Lupa lak nak perkenalkan. Kak Mizni juga satu mak angkat dengan aku dan jue. Dia join program anak angkat ni secara sukarela. Dia naik satu bas dengan Jue. Disebabkan dia takde mak angkat lagi, maka joinlah kitorang. Sukalah Mak Nani walaupun tak dapat empat orang, dapat 3 orang pun dah riuh se-flat. haha.


kak Mizni (tudung grey). Yang belakang tu echa. Anak mak nani yang no.4

Sebelum keluar rumah, Mak Nani siap bekalkan kopi Mahkota Dewa kau.. haha. Fahamlah tu kitorang tak cukup tidur kan. Bukan itu je. kuih apam polkadot pun ada. Kalau korang nak tahu, mak nani ni merupakan peniaga kecil-kecilan under IKS. Beliau mempunyai dua buah rumah okay. Satu rumah lagi beliau sewa untuk dijadikan tempat operasi membuat kuih-muihnya. Dalam bilik tu aja ada berguni-guni popia serunding yang telah dihasilkan secara kerjasama bersama jiran-jiran lain. Pendek kata, mak nani buat bisness frozen food dan kuih raya.

credit pic from google. 
Tapi kan.. kitorang bertiga tak sempat nak bancuh pun kopi ni. Terlupa sangat-sangat. Bila lak masanya nak mencari air panas kat sekolah kan. apa-apa pun, thank you Mak Nani. So..caring tauu. ;D

Apam Polkadot google version. ( tak sempat nak capture yang Mak Nani punya) Rupanya seakan-akan sama je. Yang penting rasa tahu rasa. first class thumbs up!

Disebabkan beg yang aku bawa agak comel dan penuh selepas diisi telekung, beg sandang aku tu nampak membuncit bila aku isi kuih apam satu bekas kat dalamnya. Dan disebabkan tak nak nampak beg tu hodoh, aku pon jamah satu kuih apam tu dan selebihnya aku sedekahkan pada member-member seperjalanan dalam bas. Murah rezeki kan, pagi-pagi dah buat amal jariah.:)

Bas yang aku naiki adalah bas UPM warna biru yang menuju ke SMK Pasir Gudang 1 dan 3. Boleh tahan jauh jugak jarak sekolah tu dengan Taman Cendana. Kalau keluar lambat, tersangkut pulak dengan kesesakan, memang lambat la sampai sekolah. Waktu pagi kan waktu mega semua orang keluar pergi kerja. 

Sampai sahaja di PG3, kami (abang-abang dan kakak-kakak fasilitator) disambut oleh wakil Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan wakil daripada SMK PG3. Mula-mula je dah salah faham sebab kitorang ingatkan wakil MPPG tu kaunselor sekolah. haha. Kami disambut bagai cikgu-cikgu baharu di sekolah tu. Duduk atas stage lagi. Menghadap adik-adik. Perasaan aku dalam hati masa tu macam tak percaya.. yelah sebelum ni aku yang duduk menghadap muka cikgu kat atas stage kan. Tapi sekarang ni dah terbalik. Budak sekolah pulak duk menengok muka aku. Bangga wey bangga. ahaks.


from left - Nur (bakal cikgu Bahasa Melayu) kerana beliau mengambil jurusan ijazah sarjana muda pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. (panjang kau..letih nak menaip) haha. me, and sebelah aku tu lupalah nama awak. sorry.. Cuba tengok Nur senyum. macam gadis melayu terakhir kan. ehem-ehem.. ada yang berkenan tau kerana senyuman itu. tetttt....gosip sangat..

Kebetulan pagi tu adalah pagi Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan di SMK PG3 mengadakan bacaan Surah Yassin bersama-sama. Boleh dikatakan hampir semua sekolah menengah di Johor macam tu. Selesai bacaan Yassin, student form5 yang ada exam pagi tu diminta beredar ke dewan peperiksaan dan student yang tak terlibat pulang ke kelas masing-masing. Yang tinggal hanya student form2 dan form4. Tapi, rasa macam ramai student form 4 je hari tu.

Ini adalah pengalaman pertama aku seumur hidup menjadi facy di sekolah. Kawan-kawan aku yang lain pun sama. Cuma, si khairul dan naim je yang agak dah terbiasa handle program macam ni. Aku bersyukur sangat diorang ada. Kalau tak mesti hambar program tu. Thank you korang. :) Pada asalnya diorang join program ni sebab nak bantu kitorang masa aktiviti sukaneka nanti, tapi tak pasal-pasal kena jadi facy jugak. Nak dijadikan cerita, pada mulanya kami (group baksis 13) ingatkan program anak angkat ni setakat handle silaturrahim dengan keluarga angkat aja. Tak tahu pulak kena jadi facy dan conduct aktiviti berdasarkan modul yang telah ditetapkan. Memang ada sesi breefing seminggu sebelum pergi. Ada jugak lah buat demo sekali. Tapi, bila tiba hari nak bertolak, tentatif program, kertas modul semua aku tak bawak. Hamek kau. Lupa punya pasal. apa pon tak boleh. 

Nasib baiklah ada kawan yang dah siap print out awal-awal. So, kitorang fotostat beramai-ramai dan disponsor oleh sapa tah, aku pun tak ingat. Dan nasib baik juga ada ketua facy (ketua kepada kami yang 10 orang facy ni) iaitu wakil daripada pihak kaunseling yang turut serta untuk pantau dan bantu apa yang patut. Bagi breefing pon secara santai je kat atas stage. Selepas tu, barulah sesi perkenalan fasilitator dibuat. Lepas sorang,sorang pegang microphone okay tanpa terkecuali..nervous tau i. haha.

Aku : Assalamualaikum..nama akak Adira.
Students : ha?? tak dengar tak dengar..
Aku : Adira. A..DIRA.
Students : Ohh,, ombak rindu.. (ketawa)
Aku : (senyum). ni bukan ombak rindu punya. Akak ambik course bla..bla.bla.. harap semua boleh bagi kerjasamalah. (kelihatan serius di situ sebab nervous. Tah pape aku merapu.)




Sesi pembahagian pelajar kepada 10 kumpulan dilakukan. Satu facy handle 10 pelajar. Dan Alhamdulillah.. group yang aku handle baik-baik belaka budaknya. Seperti biasa lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki. Ada dua orang student form 5. Katanya, saja-saja diorang join sebab nak cukupkan jumlah pelajar. Boleh kata semua aktiviti dilakukan bersama antara satu sama lain. Dan facy-facy lain juga banyak membantu. Ada jugak sesi yang aku agak kekok sikit. Almaklumlah kemunculan pertama. Tapi atas bantuan kaunselor yang mencelah-celah, semuanya berjalan lancar. Sesi yang aku paling suka adalah bila aku boleh share pengalaman dengan adik-adik tentang situasi belajar di universiti, macam mana boleh masuk U padahal sebelum ni masa sekolah macam tak nampak hala-tuju sangat. Alhamdulillah, diorang nampak berminat dengan topik yang dibualkan. Dan aku rasa sangat santai bila bercakap dengan diorang. Rasa macam adik sendiri. Ada satu slot yang aku kena explain kat diorang tentang Kristal Air. Oleh sebab aku telah menghadiri sesi TOT (taklimat sebelum program berlangsung), jadi sedikit sebanyak ilmu tentang kristal air tu masih berbekas dalam ingatan dan kami, fasilitator yang terlibat kongsi ilmu tersebut bersama adik-adik. Insya-Allah, aku akan kongsikan bersama korang for the next-next entry.



Perhatikan insan disebelah aku itu. Adakah korang mengenalinya? Tahukah korang siapa beliau? Pernahkah korang mendengar nama Amy Suraya??

Gadis yang cute sebelah aku ini merupakan seorang pelakon drama. (Gitu tau..sampai ke blog aku promote) Actually, bukan nak promote la. Just to inform. Dia pun sangat low profile okay. Kawan dia yang bagi tahu aku bahawa dia adalah pelakon. Tapi dia senyap aja. Beliau pernah membintangi drama Seputeh Qaseh Ramadhan. Wataknya sebagai anak perempuan bongsu Eja. Drama lain, Kerana Cintaku Saerah dan yang latest drama Antara Garisan di Astro Ria. Episod mana satu aku pun tak pasti. Tak sempat nak tanya details. Padahal dia duduk sebelah aku je pon. Akulah facy group dia. Ada la jugak aku tanya soalan itu ini. Tapi i keep it as a secret lah.haaha. Beliau merupakan sepupu kepada Shahrulezad Mohameddin, penerbit drama yang sangat kreatif dan merupakan pemilik syarikat penerbitan Radius One. Radius One pernah menerbitkan drama Tari Tirana, Ramadhan Terakhir and etc. Sekarang ini beliau kurangkan berlakon sebab masih bersekolah. Nasihat aku kepada Amy.. " Career..career jugak ye. Belajar rajin-rajin tau "


Tu..nampak tak yang ( ada tuala atas kepala) itu wan maimunah. Sebelah wan maimunah itulah dia Amy Suraya. Masa tu dia kecik lagi. Sekarang dah 16 tahun. Makin cun pulak aku rasa. Yelah, dulu budak-budak kan.

Overall, aku rasa happy sangat sebab berjaya laksanakan task menjadi facy di sekolah. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, for the first experience i think no bad lah. Paling best bila dikelilingi adik-adik yang sangat nice. Masa jumpa kat stadium untuk majlis penutup, aku rasa terharu sangat bila diorang panggil "akak..akak..akak.." Then, berebut-rebut hulur tangan nak salam. (terasa diri ada peminat cilik. ngeehee)


Kepada pihak sekolah SMK PG3, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas layanan yang diberikan kepada kami, warga UPM yang hadir. Siap bagi breakfast, lunch, and high tea. Tempat makan ala-ala VIP tau. Tak boleh blah si krol siap mintak ais lagi sebab cuaca panas gila. Tak lalu minum air panas. Aku pun tumpang sekaki. Terima kasih acik kantin sebab melayan kerenah kami. haha. Pihak PG3 juga ada bagi cenderahati kepada kami iaitu goody bag warna pink. Dalamnya ada notebook dan beg yang bolehla kalau nak isi barang-barang make-up wanita. :) yang lelaki, lantak hang la nak isi apa pun. Tapi, ada cop SMK Pasir Gudang 3 lah. haha.


Aku : Pink nya beg ni.. (sambil pegang goody bag)
Student : Ha'ah.. sebab pengetua sekolah ni suka warna pink kak.




SMK PG3 ni ada dua sesi. Pagi dan petang. Jadi, masa kitorang conduct aktiviti pada sebelah petang, agak riuh sikit sebab student sesi petang baru nak masuk kelas kan. But its okay.. Seriously said korang memang super duper best.~~   









Insya-Allah, ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi. Thank you to any of you yang add akak kat fb. Keep in touch ya :)

Hampir seharian berada di sekolah. Penat jangan sebutlah kan. Mahu kau tak penat. Dalam bas pon dah rasa macam nak pengsan. Dah separuh perjalanan tiba-tiba Naim bagi tahu ada dua orang students tertinggal kat PG3. Tak pasal-pasal bas kena berpatah balik. Sampai kat Taman Cendana. Tunggu pulak kat bus stop. keseorangan. Tangan duk text kak intan, tanya dia dah sampai mana.
Tiba-tiba aku ditegur oleh sorang mak cik.

Mak cik : Dik, kau letak beg kat atas lantai tadi tu kotorlah. Orang ludah-ludah kat situ.
Aku pon cepat-cepat tengok beg. dua-dua beg aku tengok. takde kesan ludah atau kotor pun. 
Mak cik : Mak cik nampak kau letak kat situ tadi. Lain kali nak letak tengok dulu, budak-budak sini bukan kira ni kawasan awam ke.. diorang main ludah je. Tak tahu hormat.
Aku : (dalam hati) yelah makcik. aih..makcik ni masa ni pulak dia nak bukak kitab.
Tangan duk balas text kak intan..
Mak cik : Awak dari mana ni ? Kenapa duduk dalam gelap ni sorang-sorang. Bahaya tau. Sini ramai budak jahat. Nanti dia curik awak punya beg, habis nanti.
Aku : Saya dari sekolah. Nak balik rumah mak angkat. (saje aku tekankan perkataan mak angkat tu. Sebenarnya, dah takde mood nak berbual pasal letih sangat)
Mak cik : oh, awak dari universiti ke ? ( kat Taman Cendana ni dah selalu buat program anak angkat. so, no wonder lah mak cik tu boleh agak. )
Aku : Ya.
Mak cik : Dari mana?
Aku : Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mak cik : Mak angkat duduk blok mana?
Aku : blok 39. ni saya tengah tunggu anak dia datang ambik la ni. Mak cik tinggal mana?
Makcik : Mak cik tinggal kat depan ni ha (sambil menjuihkan bibirnya ke depan). Nak lintas jalan, banyak pulak kereta. Tunggulah sini dulu.
Kereta kak Intan pun sampai.
Aku : Saya balik dulu la makcik ye.

Terus angkat kaki dan blah..

Moral of the story, jangan tunggu sorang-sorang kat bus stop waktu malam. terima kasih atas keprihatinan mak cik. Saya hadam jugak apa yang makcik cakap walaupun saya penat sangat nak dengar. Saya juga sedia maklum kadar jenayah paling tinggi di Malaysia adalah di Johor.

bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...