Sunday, January 29, 2012

Tips kecantikan : Petua menghilangkan jerawat

Assalamualaikum

Boleh dikatakan hampir semua perempuan atau wanita di dunia ini menginginkan wajah yang cantik, bersih, licin dan menawan. (wahh~~dah macam ayat pengasas produk kecantikan pulekk). Majoriti golongan Hawa pastinya ada rangkaian produk pencuci muka masing-masing. Tidak kisah la apa brand sekalipun yang pastinya mesti ada, kan? Tapi ada juga yang tak guna sebarang pencuci muka sebab katanya kulit tidak mendatangkan sebarang masalah langsung. Jadi, cuci guna air saja. Memang patut bersyukur siapa yang dikurniakan wajah sedemikian. Jimat duit. hehe. Tapi, untuk aku boleh dikatakan haruslah mencuci muka setiap hari. Sebab kalau tak buat, muka ni akan berminyak-minyak dan jerawat pun mulalah mencari port yang sesuai untuk menonjolkan diri. 
Selain mencuci muka dengan bermacam-macam jenis produk, ada juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk mencegah kulit muka kita daripada masalah jerawat. Salah satunya ialah petua tradisional. Petua ni diturunkan oleh mak aku sendiri kat aku sejak aku sekolah rendah lagi, Masa tu, muka memang banyak jerawat. Kat hidung pulak banyak bintik-bintik hitam. Sekarang pun masih ada, tapi dah kurang. :") , Masa aku masih sekolah rendah dulu, manalah ambil pusing  sangat tentang hal-hal penjagaan muka segala ni. Jadi,  mak lah yang memainkan peranan. Satu-satunya anak perempuanlah katakan. :) Sebenarnya, tak kira lelaki atau perempuan, dua-dua boleh cuba petua ni.

Petua menghilangkan/mengecutkan jerawat:
Ambil tepung beras dan asam jawa dalam dua sudu. (agak-agakla.. depends on berapa banyak pimples yang tumbuh di muka anda.) Campurkan kedua-duanya ( tepung beras dan asam jawa) dengan sedikit air. Jadikan seperti bedak sejuk. Kemudian, tepekkan kat muka ( kawasan yang berjerawat sahaja). Biarkan beberapa minit sampai kering. Selepas kering, bilas muka dengan air biasa. 
Langkah seterusnya, ambil air dalam cerek yang baru masak, letakkan di dalam besen kecil. ( agak-agak la.. dengan saiz muka. gayung pon bolehhh) . Tadahkan muka kat atas permukaan besen tadi. ( untuk wapkan muka) Tutup bahagian kepala dengan tuala. ( untuk elakkan wap tadi keluar) . Jangan angkat tuala selagi muka tak berpeluh-peluh. Dah settle part ni, baru boleh angkat muka. ( muka akan merah-merah sikit la. menahan bahang wap tu. Tapi..AWAS! Jangan sampai muka  termasuk kat dalam air panas tu, tu dah melecur namanya.  ( tak dapekk den nak nolong do.. haha) Ambil wap sahaja. Ala-ala macam buat facial treatment kat spa. Tapi yang ini buat kat rumah je. Tak luak duit pon. 
Langkah terakhir, cuci muka dengan air sejuk. (air dalam peti ais, ice cube pun ok..). Selepas itu, muka akan terasa segar-bugar.
Anda boleh cuba untuk tahu keberhasilan petua ini. Siapa yang mukanya memang betul-betul ada masalah jerawat kronik, disarankan mencuba. InsyaAllah.. bergantung pada kekerapan anda melakukannya, masalah jerawat kronik, tidak akan timbul lagi. -Selamat mencuba-


p/s : Kalau jerawat biasa-biasa pun boleh cuba. Petua selalunya tidak ada kesan sampingan. tidak perlu risau. Pernah jugak cuba petua ni, alhamdulillah, sampai sekarang masalah jerawat kronik ( besar-besar dan banyak di muka) ini tiada. Setakat jerawat kecik-kecik ( ada orang sebut jerawat nasik) tu biasalah kan..) I tak pernah buat facial treatment kat kedai pon. hehe.


-Tulisan Sekadar Perkongsian -

Tuesday, January 24, 2012

Wahai Hati..tenanglah


Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

 
 Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.




Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu’.

Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.



Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..


sumber : Cetusan Minda Seorang Pemuda (credit to google)





Monday, January 23, 2012

Kemalasan di hari cuti

Assalamualaikum

Masuk hari ini, sudah seminggu aku bercuti-cutian di rumah. Penyakit malas pun semakin bermaharaja lela dalam diri. hahaha. Teringat mak cakap, "bilik kau ni dah macam stor." haha. Habis nak buat macam mana, belum ada hati nak kemas. hikhik.
indahnya kalau dapat tukar bilik aku jadi macam ini.. kehkeh. 
 redup je warna lavender ni.. suke3..

Novel-novel yang aku beli guna baucer buku tu pon tak habis baca lagi. Bukan setakat tu je, ada beberapa lagi novel yang aku beli kat lecturer aku hari tu pun still tak habis baca. Elok je tersusun atas meja study ni ha.. aishh.. tah kenapa tah macam takde mood je. Nasib baik la aku tak habiskan baucer tu sampai RM200. So far, masih ada baki RM100. Yela,, berapa buah novel je yang aku beli. separuh daripada tu aku tumpangkan sekali untuk adik aku beli buku untuk dia. ( so sweetlah kakak ni..~~ *takde maknanya adik aku nak cakap macam ni okayy).


Tiba-tiba terhidu bau-bau pulau okayy. hehe. tak sabar pulak aku rasa nak pergi holiday bersama keluarga tercinta. Aduhaii.. cepatlah..cepatlahh.. dah tergiang-ngiang bunyi deru angin dan ombak memukul pantai. hehehe.. (agak-agak boleh jadi penulis tak??.. weeehihihi..)



last but not least
Ok, sekian saja.  thank you for reading.
pics: credit to google. :))

Sunday, January 15, 2012

Cerita hari pertama cuti semester

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. tamat juga semester pertama pengajian aku di UPM, Kampus Serdang. Rasa macam baru semalam aku daftar masuk kat Kolej 12. Masa mula-mula dapat tahu aku dapat masuk U dulu, syukur, gembira, riangnya tidak terkira. Siapa tak gembira selepas setahun setengah ulang-alik  dari Mambau ke Seremban, pakai baju sebijik macam budak sekolah rendah, mengadap buku tebal-tebal Isnin sampai Jumaat. Diuji begitu dan begini, akhirnya aku dapat jejakkan kaki ke menara gading. Segala persiapan dibuat dengan teratur sampailah aku didaftar masuk ke UPM-kampus yang menghijau itu.

Itu hanya gambaran semula peristiwa empat bulan yang lepas. Hari ini, saat ini aku sedang menikmati hari-hari cuti aku selama sebulan di rumah. Perancangan untuk ke sana, ke sini tu memang ada. tapi, bergantung pada keadaan juga. Almaklumlah, hampir semua pelajar IPTA menikmati cuti masing-masing. Jadi, bolehlah jumpa. * kari daging mak aku untuk kau Fitrina. haha*

Sekadar perkongsian.. sepanjang aku belajar kat sana alhamdulillah aku berjaya menyesuaikan diri dengan situasi yang macam itu, yang macam ini. Confident level dalam diri tu semakin meningkat kata orang.. hihi.
Macam-macam orang aku kenal. Sangat seronok. Walaupun pada mulanya, ya..aku akui pernah sekali aku menangis sorang-sorang dalam bilik. haha. Nak buat apa tipu kan, memang betul pun. Sebab masa tu aku rasa macam susah gila nak uruskan itu, nak uruskan ini. Kawan-kawan buat hal masing-masing. Roomates busy. Lagipun, malulah nangis depan orang. adoii.. Sampai mengadu kat BFF .( tengok betul-betul, ada dua F ye.)  haha. Hani, sorry kacau kau masa nak exam. ;p
 Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku dah jadi selesa melalui hari-hari aku sebagai mahasiswi. Macam-macam yang aku belajar kat sini dan entah macam mana dalam pada ramai-ramai kawan tu, aku boleh kamcing gile dengan awek klate cun nih..haha. tah macam mana tah. Sebab mula-mula aku tengok muka dia ni, aku teringat dekat sorang member kat fb. ada iras-iras sikit la diorang ni. lama-lama boleh masuk pulak kepala masing-masing, ha..layaaannnn~~ roomates aku pun dah macam roomate dia.

Bercerita soal rakan sebilik, aku bersyukur dan happy sangat sebab dapat roomates yang understanding, giler-giler, baik, so nice mereka tau. Kami dah macam adik beradik. Sebabnya Yin dan Lin ni duk panggil aku "kak ira, kak ira.." Den koba dah, bezo umo kito setahun je pun, tak usahlah berakak-akak bagai. Well, what to do.. memang diorang ni antara individu-individu yang terdidik dengan tatasusila. so, ikut jelah.
Kak Nisa.. sis yang sangatlah kekakaan. hehe. Kak nisa tua setahun dari aku, lagi dua orang tu muda setahun dari aku. maka, dengan itu aku di tengah-tengah. Aku ada kakak dan adik-adik sekali gus. Jadi tak timbul soal masam-masam muka, buli or apa-apa. Muka kami sentiasa manis. :)) Malah, kitorang siap tengok Kau Laksana Bulan sama-sama tau sampai ke pagi kat laptop sambil feeling-feeling Firas Ali dalam cerita tu. Hahahahaa... tak sangka aku, lin, kak nisa mempunyai taste yang sama. (Firas Ali) kehkeh.



 'Firas Ali' :)

Boleh kata kitorang sentiasa happening. Aku ni kalau sehari tak ketawa dalam bilik tu, tak sah. Ada je something yang buat aku nak tergelak bila tengok diorang bertiga. Paling lawak bila aku teringat Kak Nisa tiru abang kat kafe tu sebut nama aku. wahahaha..lawak betul. Ada ke patut abang kat kafe tu kata muka aku macam Elfira Loy. Adoii bang, rabunkah??? tang mano ey Elfira tu.. salah orang gaso den tu.

Brother kafe: Ada tak orang kata muka awak macam Elfira Loy?
Aku : Senyum. tak.
Brother kafe: eii.. tak tengok tv ke diorang ni..
Aku (dalam hati) : ' elfira loy takde. tiz zaqyah ada la.(lalala..)

*tak sanggup nak cakap depan-depan, nanti dia kata aku perasan pulak. kang tak pasal-pasal ada yang mencebik aku. so, dalam hati cukup*


???? comel budak ni pakai tudung.



Next, let me talk about my course. Ya, seperti yang sudah sedia maklum aku mengambil kursus Sarjana Muda Komunikasi (major Komunikasi Kemanusiaan) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , UPM.
Ramai orang anggap, course ni adalah course yang cikai-cikai, yang nak kejar glamor semata-mata. Ohoo.. kalau anda salah seorang daripadanya, anda salah sama sekali. Semua course yang ditawarkan di IPT ada kekuatan dan kelebihan untuk pelajar-pelajar terokai bidang-bidang tersebut. Aku masih ingat lagi bila aku cakap aku dapat course ni (B.Comm) majoriti tanya nak jadi wartawan ke.. hello, ingat student comm ni semua jadi wartawan ke?? ingat semua kerja yang angkat camera besar-besar tu ke?? bukanlah. Sebenarnya, itu semua bergantung kepada major yang dipilih. Siapa pilih journalism, kemungkinan besar jadi wartawan. Siapa pilih penyiaran, kemungkinan besar akan melalui sesi angkat mengangkat camera besar-besar tu. Yang corporat comm biasanya menghala kepada perhubungan awam ( public relation). Yang Human comm pulak boleh jadi PTD. (pegawai tadbir diplomatik). Human comm ni lebih kepada pentadbiran la senang cerita. atau boleh juga jadi seperti Dato Dr. Fadzillah Kamsah. (contoh).

 Dato' Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah

Sengaja aku highlight kan kemungkinan besar tu  sebab keempat-empat major yg jabatan komunikasi FBMK tawarkan ni is related each other. So, cabang kerjaya budak comm ni lebih luas sebenarnya. Apa salahnya jadi wartawan, ( motivasi untuk diah.haha) sampaikan berita kepada public. contohnya macam Karam Singh Walia tu. Betapa beraninya beliau membongkar isu-isu alam sekitar walaupun dikecam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. tabikkk,, :D


 hebat tak hebat uncle ni.. hihi.

Berbalik kepada soal glamor, bukan tujuan sebenar kami student komunikasi mencari glamor tapi sudah jadi tugas dan tanggungjawab untuk tampil bercakap di depan, menjaga penampilan (epecially corporat comm), menjadi mc majlis dan sebagainya. Maka secara tak langsung orang selalu la nampak muka kita. padahal itu semua tugas. Yang betul-betul glamor tu Aaron Aziz dan Maya Karin. (contoh).


Maya & Aaron dalam Ombak Rindu yang melatooppp

Kesimpulannya, percaya pada kemampuan diri, yakin dan setiap bidang yang diceburi tu ada kelebihan tersendiri. Macam aku, even i am communication course student, almost everyday i heard my roomates discuss about chemistry organic and inorganic, calculus, physics, biology, static (for engineering) and so on. This is because the three of them study for science field. Diorang belajar pasal benda,tumbuhan, dll. aku pulak belajar tentang manusia. kemanusiaan. kan seimbang tu.:))  

Itu sahajalah aku nak kongsi untuk kali ni. Tentang hari-hari aku di semester satu dan sedikit tentang pelajaran aku. Perjalanan aku masih jauh. Harap-harap segalanya dipermudahkan. Amin..



my classmate, Sera.

Klate mari wey.. hahahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...