Thursday, February 16, 2012

Personaliti Diri Kamu

Assalamualaikum :)

Lately ni.. tangan ni suka google macam- macam info yang boleh dikatakan sebagai sesuatu yang berguna untuk dikongsikan di dalam blog sendiri. Bercakap mengenai personaliti diri, rasanya majoriti daripada kamu sudah sedia maklum tentang kajian personaliti diri berdasarkan bulan kelahiran oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Aku sendiri dah tahu benda ni lama dah. Tapi, baru sekarang terasa nak copy and paste dalam entri.



MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros 

Check personaliti korang pulak

Info
Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.















my birthday coming soon on 7th of May. :))
"hah?? dah 21 dah aku.."
deep in my heart " alahhh.. ada tu dah 30 pon relakss je.." hehehehe..






-Tulisan Sekadar Perkongsian-
Yang baik dijadikan amalan, Yang buruk dijadikan sempadan

Wednesday, February 15, 2012

Inspirasi & Motivasi



Antara novel yang sudah selesai ditelaah. :D 
Voucher masih berbaki. :)




Mak : Dah kemas barang-barang nak balik?
Me : 'kejapnya rasa'. belum. hari Jumaat. 

hehehehehehe...


 
-Tulisan Sekadar Perkongsian-


Friday, February 10, 2012

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian..

Assalamualaikum

Bersua kembali kita dalam entri yang seterusnya. aha, seperti rancangan bual bicara sendiri pula. Ok, straight to the point. Hari ini keputusan peperiksaan akhir semester pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM) diumumkan. Dan aku awal-awal pukul 12 malam tadi lagi dah laju-laju bukak esmp. Nasib baik internet laju. Semuanya berjalan lancar. 

Apabila sesuatu yang kita nanti-nantikan telah pun diketahui, sudah tentulah ramai yang ingin tahu apa perasaan bila dah tahu result dan yang paling penting sekali kalau boleh mesti kita nak tahu berapa pointer kawan kita kan?? Nak banding-bandingkan lah konon. Pointer si A dengan si B, si B dengan si C. Lepas tu, si C dengan si A. Macam-macam. Sekadar untuk pengetahuan kita sahaja takpelah. Aku pon duk tanya jugak pointer kawan-kawan. Bila dapat tahu ada yang dapat lebih tinggi daripada kita tu, tipulah kalau tak rasa tercabar. 'asal lah rendah aku punya pointer' Tapi, dah jadi lumrah, belajar memang ada persaingan. Barulah ada perasaan berlumba-lumba untuk cemerlang. Rasa tercabar yang ada aku simpan kemas-kemas, rapi-rapi, cantik-cantik dalam hati supaya boleh dijadikan alat pembakar semangat untuk berusaha lebih lagi. Daripada aku duduk untuk peperiksaan SPM, STPM, dan sekarang peperiksaan akhir semester pertama di universiti, aku selalu bandingkan keputusan aku dengan usaha aku sendiri. Maksudnya, setakat mana usaha dan kemampuan aku, dan kemudian itulah hasilnya. Jadi, aku berpuas hati walaupun ada yang lebih bagus dari aku. Selama aku belajar di sekolah memang aku dikelilingi oleh sahabat handai yang pandai-pandai. Kadang-kadang pernah juga aku tertanya-tanya...
 
'kenapalah aku tak boleh jadi pandai macam dia tu, macam dia ni.' Kenapa dia tu rajin sangat..lepas tu aku ni rajin last minute je.' dan pernah juga aku terfikir ' Dia study relaks je kot.. tapi result gempak habis. meletop kebabomm.. yang aku ni bagai nak rak study, biasa je result aku' .

Biasalah..benak masing-masing, fikiran masing-masing, macam-macam perasaan boleh terlintas. Sekarang ni aku tahu, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tapi, macam aku ni.. aku memang kena push diri aku sendiri ( extra push) kalau bab-bab belajar ni. Sebab aku ni mula daripada bawah. Tak pernah dapat top student pun. Memang lah dari darjah 3 aku kelas pertama je sampai habis form 5. Tapi, tak pernah  top 5 even top 10 pun. Main-main je lebih. Kan dah bagi tahu tadi, aku memang dikelilingi oleh kawan-kawan yang pandai, tapi aku tak pandai. Kalau aku sempoi-sempoi sangat.. bersantai-santai sangat belajar, memang terus tersadailah. Tinggallah aku oleh mereka yang memang senantiasa ke hadapan. Jadi, kenalah usaha lebih sikit untuk setanding dengan mereka yang hebat.

Keputusan peperiksaan akhir semester pertama buat pertama kalinya dalam hidup aku so far.. alhamdulillah. Melepasi target aku walaupun tidak sampai dekan. Ni nak tahu tak pointer dekan untuk Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi berapa? 3.75 ok. Tak mainlah 3.5. (yang semputnya kami nak mengejar. ranking punya pasal)  Bukan setakat fakulti aku je rasanya ini memang pointer dekan keseluruhan fakulti. ( Kalau tersalah info, maaf siap-siap) Memang agak tinggi la untuk dicapai tapi tak mustahil. Maka, dengan itu pointer aku tidak tersenarai pon dalam anugerah dekan. Ketepikan nada-nada sumbang dan kecewa. Takpe. Ini baru semester pertama. Untuk permulaan sebagai mahasiswi yang mula-mula memang kosong ting tong tentang selok belok belajar di U, aku rasa pencapaian ni okey..and i'm happy for it. Syukur.. :) Keputusan ini buat aku realize kekurangan yang wajib diperbaiki dan kelebihan yang wajib dikekalkan supaya boleh dapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang insyAllah.

Tak best la kan kalau kita asyik compare dengan result orang. *walaupun hakikatnya kita memang tak dapat lari daripada berbuat begitu* Adalah lebih baik kita compare dengan usaha sendiri supaya hasilnya lebih memuaskan. Kita akan lebih puas hati. * peringatan untuk diri sendiri juga* Sebab manusia ni tahap kemampuan untuk berfikir yang ada pada kita berbeza-beza. Ada yang jenis ajar sekali, oo ok dah faham dan boleh ingat. Tapi, macam aku ni kadang-kadang ajar sekali dah boleh faham, kadang-kadang tak. Lepas tu, kena ulang banyak kali baru boleh melekat kat otak. Kan lain tu. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang telah Dia beri. Dia tidak beri kejayaan serta-merta kepada hamba-Nya sebab Dia menggalakkan hamba-Nya berusaha. Nilai usaha= Nilai kejayaan.

p/s : Tahniah buat sahabat handai yang layak mendapat anugerah dekan. Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang setimpal dengan usaha masing-masing. :))
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah menyumbang dan berkongsi ilmu sepanjang saya berada dalam semester pertama. :) Tanpa anda, siapalah kami.

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255


 "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269







 Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Teruskan berusaha dahulu,
InsyaAllah akan datang kejayaan.







 -Tulisan Sekadar Perkongsian-

Wednesday, February 8, 2012

BAIK

Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul :)
Masih lagi dalam mood cuti. Aku dan keluarga besar (sebelah mak) pergi makan angin ke Pulau Pangkor. Pangkor je? Iye.. dalam Malaysia juga. Tunggulah kalau rezeki melimpah-ruah bolehla pergi travel abroad pulekk. huhuhu. InsyaAllah. Dapat bercuti around Malaysia ni pun dah kira ok and bersyukur.
Sebut pasal syukur ni, aku terasa nak share something. Pada hari kedua kami di sana, taxi driver selaku tourist guide kami di situ bawa kami berjalan-jalan ke sana-sini, di mana-mana tempat yang dirasakan menarik untuk dikunjungi. Satu insiden telah berlaku apabila cermin mata belalang (pernah dengar orang sebut macam ni.hehe.) aku tertinggal kat Galeri Pangkor. :"(  Memang nak menangis jugak bila tersedar cermin mata tu tertinggal. Nak berpatah balik, memang ada plan nak buat macam tu. Tapi, macam keterlaluan sangat pulak kan permintaan tu. Lagipun, driver tu kata balik nanti tak lalu kawasan yang sama. Jadi, cara paling baik adalah pujuk hati sendiri. *ingat, ada share ke main sesuke hati mintak taxi driver tu patah balik.* Lain la kalau kereta sendiri.

Maka, dalam perjalanan ke destinasi seterusnya aku senyap je. Mood hilang tetiba sebab kecuaian sendiri. Tapi, dalam perjalanan tu aku terfikir-fikir.. apalah aku ni macam budak-budak. Tak ubah-ubah. Pasal spect je pun. hahaha..kelakar pulak bila aku kenang-kenangkan. 

Tiba-tiba, aku teringat tarikh hari  kejadian berlaku tu (5 Feb 2012) = 12 Rabiul Awal 1433H : Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. On the spot aku terfikir, apa lah sangat cermin mata tu yang aku boleh dapat bila-bila je kat shopping mall.. Terus niat dalam hati, aku sedekahkan jelah cermin mata tu pada sesiapa yang jumpa. Itu rezeki sesiapa yang jumpa. Bila aku dah niat macam tu, aku rasa tenang sangat sepanjang perjalanan. Terus senyum-senyum tepi tingkap teksi tu.  Hari yang baik, permulaan yang baik. Aku pernah dengar satu ayat ni ' apabila kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik terjadi pada kita, kita juga harus berikan yang terbaik' dan ' kalau kita sedekahkan barang yang kita sayang (ikhlas), insyaAllah kita juga tidak terkecuali daripada kasih sayang-Nya.' :") 

Tiba-tiba je Si Adira ni boleh fikir sampai tahap tu. hehe.. Tidak dinafikan adakalanya diri ini berperangai tidak ubah seperti budak-budak juga. Semua orang  melalui proses memperbaiki diri. Nak jadi lebih baik, perlu ada keyakinan dan bimbingan. *ayat skema* Tapi, memang betul pun. Tak semestinya orang yang kena bimbing kita. Yang paling penting kita percaya pada diri sendiri dan mampu guide ourselves. Dah kenapa aku seakan-akan ustazah pulak ye? Yang tu aku tak tahu kenapa. Penangan daripada buku yang aku baca tu agaknya. Dah itu yang aku rasa nak bagi tau, aku bagi tau lah.

Kesimpulannya, tidak semestinya kita perlu tunggu hari yang baik untuk kita jadi baik. Dan, bila tibanya hari yang baik itu, jangan pulak kita persia-siakan. Takut nanti, hari yang baik itu, tak tiba lagi dah. Jangan pulak diperlekehkan orang yang nak jadi baik. Sebaik-baiknya, doakan untuk dia yang baik-baik. Dengan itu, kamu akan dapat pahala free of charge. Jangan pula kita beranggapan orang yang baik itu perfect dalam serba-serbi. Kalau ada terkurang di mana-mana tu, itulah manusia namanya. Setidak-tidaknya dia mencuba. Percubaan tidak semestinya terus berakhir dengan kejayaan.

p/s : diri ni pun tak la baik sesangat der,, tapi bila tulis macam ni terasa diri seperti ustazah tak bertauliah. kihkih..


Info
Maulidur Rasul : dalam bahasa Arab yang bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ( juga digelar Rasulullah S.A.W) Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal  Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T







-Tulisan Sekadar Perkongsian-




Let's join Selawat :)



Friday, February 3, 2012

8 Amalan yang Boleh Merosakkan Otak

Assalamualaikum (:

1. Terlebih makan- membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa minda untuk berfikir.
Langkah paling mudah " makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang " Makan ketika lapar, semua orang akan buat termasuklah aku. hehe. Tapi, nak berhenti sebelum kenyang tu.. bersama-samalah kita berusaha. INGAT! pembuluh darah otak tak boleh terbeban. :)
 
2. Tutup muka ketika tidur- mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan boleh membawa kerosakan kepada otak.

3. Kurang berimaginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita supaya sentiasa aktif.  Kurang berimaginasi  boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.

4. Kurang berfikir- juga boleh menyebabkan otak kita menjadi kurang aktif. Jadi, lakukanlah perbincangan yang membina supaya boleh  menambah keberkesanan kepada kecerdasan kepada otak.

5. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila individu tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Oleh itu, kekurangan bekalan nutrisi pada  otak boleh menjadikannya kurang aktif. Bijirin sarapan adalah makanan terbaik dan segera untuk memulakan hari anda.Pengambilannya cukup mudah dan khasiat yang dimiliki adalah lengkap bagi memberitenaga dan mampu meningkatkan fungsi otak.

paling mudah untuk disediakan. Jadi, tiada alasan. :")

 6. Pencemaran udara- Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar di dalam badan manusia. Udara yang tercemar boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

7. Banyak tidur- Tidur bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

8. Merokok- Asap rokok boleh mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


Info
Alzheimer : digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Ia juga menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya.

p/s : tak hisap rokok, barulah macho. hohooo ;")

 -Tulisan Sekadar Perkongsian-










Sumber : Dara.com Edisi 116 Feb 12. (diolah semula)



Thursday, February 2, 2012

Halakan Matamu Ke atas dan Lupakan yang Lain

Assalamualaikum

 SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!


Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada buat silap atau dosa. Sama ada kecil atau besar. Dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. Perjalanan hidup tetap kita teruskan kerana kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi-Nya ini. Melaksanakan perubahan tidak semudah seperti menuturkannya. Tidak kira walau dalam aspek apa sekalipun. Tanpa kesungguhan, kekuatan dan tekad dalam diri, akhirnya pasti tersungkur juga. Semua orang inginkan yang terbaik dalam kehidupan masing-masing. Berkali-kali mencuba, kadang-kadang kita tersungkur semula.

Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it

Merangkak-rangkak dahulu. Kemudian, belajar berdiri. Perlahan-lahan bertatih sehinggalah anda mampu berlari. Jangan terus berlari. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebab, bila kita berlari kadang-kadang boleh tersungkur juga. Jadi, berjalanlah bersama perubahan dengan hati-hati supaya langkah kita tidak pincang.



Entri kali ini dipetik daripada sebuah buku yang sedang dibaca. Untuk peringatan bersama, saya tertarik untuk memuatkannya di sini.

................................

Tetapkanlah cita-cita kamu setinggi mungkin. Dan saya (penulis buku tersebut) sentiasa berdoa dan mengharap semoga kamu sentiasa meningkat dan menjadi yang terbaik secara berterusan. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dan jangan sampai tercampak ke dalam kehinaan.


Ingatlah bahawa peluang dan kesempatan itu terkadang hanya muncul beberapa minit atau beberapa saat. Justeru, jadilah kamu seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan teruslah mencuba. Bertaubatlah jika anda kembali melakukan dosa dan kembalilah anda kepada pintu taubat. Hafazlah semula Al-Quran jika anda telah lupa. Kembalilah kamu untuk mengingatnya buat kali kedua dan ketiga bahkan untuk yang kesepuluh kalinya. Yang terpenting adalah kamu tidak merasa gagal dan putus asa, kerana sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir, akal tidak mengenal kata selesai, kerana ia selalu punya cara dan inisiatif.


Ketahuilah bahawa umur itu sendiri tidak ubah seperti tubuh yang mungkin boleh dipercantik dengan mekap dan pembedahan. Sesungguhnya, umur seperti bangunan: masih memungkinkan untuk diubah suai dan dirombak dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak. Jauhilah sekolah bernama kemalasan dan kegagalan. Hilangkanlah helah dan alasan sakit sakit, bencana, musibah, kesusahan dari hati anda. Allah S.W.T berfirman :  " Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah Al-Maidah:23)

Pedoman Hidup
Meninggalkan dosa adalah satu perjuangan, sedangkan melakukannya adalah penderhakaan.
" Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. "


p/s : Hasil daripada pembacaan.
tak manis pulak nak beraku-aku untuk entri kali ni :)



-Tulisan Sekadar Perkongsian-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...