Thursday, May 31, 2012

Pasir Gudang- Pembahagian Anak Angkat

Assalamualaikum

Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam untuk sampai. Sepatutnyalah. Itu tidak termasuk lagi bas yang aku naik tu sesat hingga ke sempadan Singapura. Ha.. kau. Tinggal lagi takda pastport je. Kalau tidak memang dah masuk Singapore dah. Bas mula bertolak dalam pukul 10 pagi. Hentian pertama di R & R Ayer Keroh. Berhenti kat sini pun tak lama. Tapi sempat la jugak aku nak menukar style anak tudung syria aku tu. Mana taknya, dalam bas duk asyik membelek-belek macam ada yang tak kena. At last, tukar supaya lebih selesa. After selesai makan dan membeli buah, pemandu bas pun tidak menunggu lama sebab perjalanan masih jauh. 


Adik ni namanya Syuhada. Dari awal aku duduk dia dok senyum-senyum simpul kat aku. So, aku pun sebagai kakak yang prihatin tanyalah nama, umur berapa, adik-beradik berapa.. Dah la baju pun sama dengan i..merah mak jemah. haaha. [perasan tak, anak tudung syria tu dah tukar layer, sebelum ni biru depan. sekarang merah.] haha. 
motifnya, saje nak bagi tahu.

Dalam bas, kepala aku terlentok kiri terlentok kanan. Bas tu sunyi gila.. hanya kedengaran bunyi enjinnya yang tiada tandingan dengan kereta sahaja. Sampaikan aku nak jawab telefon pon, macam dengar tak dengar. Kena ulang "apa..apa..apa.." Pasang mp3.. tapi separuh perjalanan dah mampus sebab tak cas. Nak cas kat mana.. laptop tinggal kan. So, aku pun lentoklah kepala ke kiri.. 'bila la bas ni nak sampai..'

Aku text Nur..
..dah sampai?..
reply
..dah. kat dewan ni..

#dah la aku terpisah dengan Nur. Kalau aku tahu bas ambik asing-asing, siang-siang aku ajak Nur datang Serumpun. Dapat naik bas sama.

'Awal gila bas diorang.' Aku ingatkan bas yang aku naik ni yang depan sekali tadi. Rupanya-rupanya bas dah sesat ke sempadan Singapore. Terpaksalah berpatah balik. Mengikut perancangan, kami sepatutnya sampai pukul 3 petang kat tapak perasmian. Disebabkan kesilapan yang tak dapat dielakkan, pukul 3.30 petang baru sampai kat tapak perasmian program di Taman Cendana, Pasir Gudang.

Taman Cendana ni penduduknya padat. That's why banyak flat. Selesai upacara perasmian dan minum petang, sesi pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat pun bermula. Sorang-sorang nama disebut. Sampai ke sudah nama aku takde gak. Aku harap dapat sama dengan Nur, tapi hampeh.. Nur partner dengan si syafika. Maka, tinggal aku sorang terkonteng-konteng. Kalau ikut senarai nama, aku sepatutnya dengan Jue, tapi Jue ikut trip petang dan belum sampai. Sudah..sejuk tangan dan kaki. dup dap dup dap.

Pengerusi majlis : Siapa nama yang tak dipanggil, sila datang ke depan.

Aku dan beberapa pelajar lain yang sumpah aku tak kenal berjalan ke depan. Ada tiga pelajar perempuan, campur aku jadi empat orang. Kalau nak diikutkan memang dah ngam-ngam la. 2 pasang kan. 2 pasang maknanya 2 keluarga. Tapi, aku taknak pasal aku tak kenal diorang. Plus, dah janji dengam Jue kitorang satu rumah dan dalam senarai nama pun macam tu. Cuma, petang tu agak serabut sikit  sebab senarai keluarga angkat bertambah, lepas tu ada yang dah bertukar-tukar anak angkat. Alang- alang dah ada masalah sikit tu, cepat-cepat aku bersuara kat mak cik Ita. Mak cik Ita antara orang kuat program anak angkat ni la.

Masa mak cik Ita duk padankan nama student dengan keluarga angkat, aku pun cakap.. "Sebenarnya, ada lagi satu trip belum sampai. Diorang baru bertolak petang tadi. Malam nanti baru sampai." 

Mak cik Ita : la.. yeke.. maksudnya ada lagi la ni ye.. ok ok. Nanti awak dengan kawan awak tu sekalilah ye.

Kebetulan masa tu Mak Nani datang kat mak cik ita sebab dari awal dia tunggu masih tak dapat-dapat angkat. Akhirnya, mak cik Ita decide letak aku dengan Jue jadi anak angkat mak Nani. See.. itu pentingnya komunikasi.. Cewaaahhh...cuba kalau aku diam je tadi, mesti tah dengan sapa la aku duduk kan. (ok, bangga jap pasal saya budak comm.) :D Then, mak Nani nak anak angkat sampai 4 orang dan semua geng aku kalau boleh.hahaha.. rezeki. Cepat-cepat aku call Jue mintak nama lagi dua orang. Salha dengan Ita. Tapi, last minute sampai diorang dapat mak angkat lain. Thank you jue,, semangat gila jue bertahan sebab dah janji satu rumah.


lebih kurang macam ni flat kitorang duduk. Tapi mak nani tinggal kat blok 39.

Berhujan basah kuyup aku pergi ambik Jue kat Blok 43. Nasib baik naik kereta dengan Kak Intan. Malangnya , payung takde. terpaksa meredah. Kak Intan merupakan anak  Mak Nani yang ketiga. Mak Nani ada 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Kak Intan adalah kakak angkat yang sangat sporting dan best..Nak tahu apa yang bestnya.. see you for the next entry.

bersambung :))











Tuesday, May 29, 2012

Pasir Gudang- Program Anak Angkat 2012

Assalamualaikum

Tak tahu nak letak mukadimah apa. Tapi aku nak jugak bercerita. Semalam tak dapat nak menaip kerana kepala masih kebengongan kesan daripada tidur terhenjut-henjut dalam bas. Pilih seat belakang. Konon nak selesa lah dapat dua-dua seat. Nasib baik tak melambung macam orang kat seat sebelah. haha. Ok, itu cerita masa perjalanan nak balik.-hold dulu-

_______________________________________________________

Inilah pertama kali dalam hidup aku join program anak angkat. Perasaannya rasa macam excited gila. Sebab tak pernah ada pengalaman tu kan. Sampai aku tersalah tengok date untuk pergi. Bila mak call..

Mak : Kau pergi Pasir Gudang tu bila?

dengan confident nya aku menjawab..

Aku : emm.. 27 hari bulan. ( see.. 27 mei adalah tarikh aku sudah balik ke upm semula)

Aku pun mula resah tak tentu arah. terfikir itu dan ini. Sebabnya..kalau bertolak 27 Mei, aku akan balik upm semula pada 30 mei. (tempoh 4 hari 3 malam aku ingat, tapi tarikh tu dah confirm-confirm silap.malunya). Aku pandang kalender. 'Alamak! 28 Mei aku ada test 3 subjek pertanian' Macam mana erk??' Terus jadi risau gile.  Tapi tidak pula aku melihat tentatif program yang dah dibagi. (hadoii..) 

Aku dah siap call lecturer untuk mintak dia awalkan aku punya test. Aku dah habis study satu bab, baru aku perasan tarikh sebenar. Malunya...terus call lecturer mintak cancel. Alasan, tarikh untuk pergi ke Pasir Gudang tu dah diawalkan. Jadi, saya sempat ambil test lepas balik upm. ( tak boleh blah alasan aku kan.. padahal diri sendiri yang buta tak nampak tarikh yang duk terpampang kat tentatif program tu) Terus gelakkan diri sendiri.

Barang-barang keperluan semua dah siap dikemas dalam beg roda persis beg ketika penyingkiran pelajar Akademi Fantasia.  Aku paling tak suka dan paling tidak bijak bila tiba bab packing baju. Sebab apa aku rasa macam semua benda aku nak bawak. Even nak balik kampung sehari je pun, tapi beg aku macam-macam ada. Selalu kena bebel dengan mak. haha. Masa pergi Pangkor 3 hari 2 malam pon aku bawak beg roda. So, untuk trip Pasir Gudang ni bawak beg yang sama jugaklah. Senang sikit tak payah  nak pikul sangat. Tarik aje. Tak perlu bawak banyak beg. Dua beg cukup. Satu untuk pakaian segala bagai. Satu beg silang untuk isi telekung,kunci bilik, purse,compact powder, tisu,mp3 etc. (memang perempuan..)

10 minit sebelum pukul 7 baru aku turun kat bus stop Serumpun. Mengikut sumber, bas akan tiba pada jam 7 pagi. Tapi, biasalah janji melayu bab kata Huda... takde maknanya pukul 7 tu. hahahaahaha. Dah dekat nak pukul 8 baru bas sampai. Perut dah bernyanyi-nyanyi sebab tak breakfast.

10 minit nak pukul sepuluh barulah perjalanan ke Pasir Gudang bermula. Sebelum tu, kitorang berkumpul beramai-ramai di Fakulti Perubatan UPM untuk diberi breakfast, lunch dan sedikit breefing. Kelas kau..nak ambik breakfast dengan lunch pon kena sign macam amik  attendent tau. Oh ya, lupa nak mention. Trip ini disertai oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus (kokurikulum) Bakti Siswa Kumpulan 13 dan 24. Tapi, last minute program ini dibuka untuk semua student UPM yang berminat. Katanya keluarga angkat semakin bertambah. Perjalanan melibatkan 2 trip. 3 bas trip pagi (kalau tak silap lah) satu lagi trip bertolak sebelah petang.


Kak Reza, Huda, and me menikmati breakfast free dengan rasa yang no bad lah..


Kina yang baru sampai dan tiba-tiba nak menyelit. ok, aku sorang je yang 'senyum tiga'



bersambung..:))



Tuesday, May 22, 2012

Eh, aku ke tu ??

Assalamualaikum

Tiba-tiba hari ni aku pergi kelas dengan gaya ala-ala Diana Amir okay. Entah apa mimpi tah. Ni semua gara-gara roomates la duk sibuk tengok tutorial shawl, maka aku pon terpengaruh. Siap awal pulak tu. Padahal kelas pukul 2. Kalau gerak dari bilik pon pukul 1.30 la paling awal. Ni sebelum pukul 1 aku dah siap kau tahu.Punya lah nak bergaya.haha.


Pose bahagia sebab lecturer takde. Hari ni ramai pulak yang pakai pink. Macam berjanji. Aku main sarung je apa yang ada sebabnya aku malas nak pakai jeans. Separuh daripada pakaian aku dah packing untuk pergi Pasir Gudang hari Khamis ni. Nak senang aku pakai maxi skirt grey padankan dengan cardigan pink ini. Cardigan pink ni agak labuh. Jadi kelihatan sopan dipakai bersama maxi skirt. Ditambah pula dengan lilitan shawl inspired by Diana Amir. ouchh.. perasan ayu gituu~ Kau tak tau bila aku ketawa macam mana lagi,, musnah ketatasusilaan. kahkahkahkah..


Aku kalau senyum mesti menampakkan gigi kapak tu. Tak payah nak cover-cover sangat la kan. Sebab aku senyum macam tulah orang kata muka aku macam TIZ ZAQYAH. Betul tak korang...(menggedik betul kau ni Dyra) errr...fullstop.

FYI (for your information), pasal FYI ni pon aku diketawakan oleh rumate kerana tersasul sebut FYP. FYP tu final year project. lidah bergulung-gulung, terus tersalah sebut. Okay, FYI, aku memang takkan melilit-lilit shawl macam ni everyday untuk pergi kelas. Aku lebih senang bungkus rambut aku dengan tudung syria je. Sebabnya syria ni mudah nak jaga. Tak perlu digosok. Selungkup je, terus pergi kelas. But sekali sekala aku nak jugak try berfesyen-fesyen ni. Tak salah kan..

p/s : Kalau aku selalu nak pakai macam ni,, memang kene tinggallah jawabnya. Tapi apa nak buat, perempuan kan memang suka berfesyen.peace.. :)










Friday, May 4, 2012

Selamat Hari Lahir, Adik

Assalamualaikum



4 Mei 1998  merupakan tarikh bersejarah buat adikku, Mohd Hakimie kerana pada hari tersebut dia selamat dilahirkan ke dunia. Pada waktu itu, aku baru berusia tujuh tahun. Perasaanku sebagai seorang kakak hanya biasa-biasa sahaja ketika itu. Maklumlah hampir tujuh tahun aku memegang gelaran anak tunggal. Aku sering diutamakan dalam segala hal walaupun tidak terlalu dimanjakan. Aku juga tidak pasti perasaan aku ketika itu. Kanak-kanak tidak pandai feeling sangat.

Ketika adikku masih kecil, dia adalah kanak-kanak yang sangat comel. Teringat aku pada arwah wan yang memanggil adikku dengan panggilan 'boboi'. Kulitnya putih seperti anak orang bosnia. Comel sungguh terutamanya apabila dia senyum sambil menampakkan gusi yang baru hendak tumbuh gigi susunya. hehe. Dia adalah kanak-kanak yang paling susah untuk diberi makan ubat apabila sakit. Mak dan abah terpaksa berganding bahu ketika mahu menyuakan ubat ke dalam mulutnya. Terpaksa kepit tangan dan kakinya. Dahulu dia tidak kuat makan seperti sekarang. Tapi sekejapan merengek-rengek meminta diberikan susu. Kadang-kadang mak bersuara, "Along, buatkan susu adik." Aku pun bangun melaksanakan arahan. Setiap kali tidur, buaian perlu dihenjut. Kalau tidak, mulalah kakinya menendang-nendang  tanda protes. Sabar jelah. adik kan..:)



Adikku adalah penghidap asma sejak kecil. Oleh sebab itu, lantai di rumah tidak dialaskan dengan karpet. Kucing pun sentiasa dielakkan daripada hampir dengannya. Dan, sesiapa yang ingin merokok diarahkan  untuk berbuat demikian di luar rumah termasuklah abah sendiri. *tuan rumah pun terpaksa. hehe* Hampir setiap bulan mak, abah, dan aku akan berulang-alik ke hospital. Ais terpaksa dielakkan. Ais krim juga begitu. Kasihannya adikku. 

Kesihatan adikku semakin pulih dan sembuh sepenuhnya setelah kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan pada tahun 2001. Besar sungguh hikmah Allah SWT di atas peristiwa tersebut. Pada hari kejadian, adikku telah mengalami kecederaan yang paling teruk. Dadanya terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan darah beku dalam paru-parunya. Ketika proses menyedut keluar darah beku itulah segala lendir yang menyebabkan asma telah dikeluarkan. Sejak itu, adik bebas menikmati ais krim dan minuman sejuk. Aku dan keluarga sangat bersyukur dengan hikmah tersebut. Selepas itu, dialah hero dalam rumah ini.

Kini, adikku sudah berusia 14 tahun dan sedang meniti zaman awal remajanya. Sifat nakalnya tidak pernah lekang dalam diri. Aku hanya ada dia. Dialah teman untuk bergaduh, dia jugalah teman untuk aku ketawa. Sekali-sekala dia mendengar kesedihanku. Sebenarnya, hubungan kami tidaklah begitu rapat kerana aku lebih akrab bersama emak. Namun, semenjak aku menuntut ilmu di universiti, perasaan berjauhan dengan keluarga begitu terkesan pada diriku. Jika ada masa terluang, aku akan menghubungi mereka. Jika ada masalah yang tidak perlu diceritakan pada mak dan abah, maka dia yang aku cari. Tapi, aku akui agak sukar sebenarnya untuk mewujudkan komunikasi yang sangat-sangat harmoni antara aku dan dia sebab jurang umur kami berbeza tujuh  tahun. Pemikiran kami berbeza. Kadang-kadang disebabkan isu kecil dan remeh pun kami boleh bergaduh. Apa boleh buat, dia satu-satunya adik yang aku ada. ;p

Hari-berganti hari, masing-masing akan menuju ke alam dewasa juga. Pemikiran juga berubah berdasarkan pengalaman dan persekitaran di sekeliling kita. Adikku semakin aktif dengan aktiviti sukan yang disertainya. Perkara yang merisaukan aku  ialah dia terlalu fokus kepada aktiviti sukan berbanding pelajaran. (Mengeluh) Aku dan mak sudah tiada nasihat untuk diberikan. Harapanku.. Semoga dia mampu membuatkan aku tersenyum dengan pencapaiannya suatu hari nanti. Tanpa mengambil kira  bidang yang  dipilih aku tetap menyokongnya. Sesuatu yang agak berbeza tentang dirinya ialah dia minat memasak. Ketuk-ketuk Ramadhan, dan Master Chef merupakan rancangan pilihannya sebelum ini. Tercabarkah aku?? ^ ^

Walau apa pun yang telah terjadi, yang sedang terjadi dan akan terjadi, dia satu-satunya adik kandungku yang masih ada. Adanya dia bermakna aku masih ada teman walaupun selalu sangat dimarahi sebab asyik bertekak sesama sendiri. Hakimie merupakan individu yang kurang bercakap. Dia lebih cool sampaikan bab-bab study nak exam pon, dia sentiasa cool. grr.. Aku pula seorang yang banyak cakap  sebenarnya. Tambah-tambah lagi apabila hati berapi. Minta maaflah ye. Itulah..siapa suruh mencurah minyak pada ugun api. Orang bagi nasihat buat-buat tak dengar.Tak pasal-pasal membara. haha. *ni sebab banyak cakap la, entri meleret-leret begini* :D kbai.




Adik, Selamat hari lahir yang ke-14 tahun. Terima kasih kerana menjadi teman mak dan abah sepanjang along takde. Macam along selalu pesan, belajar rajin-rajin walaupun along tahu kau lebih pentingkan bola daripada nasihat ni.=) Takpe. Suatu hari nanti kau mesti faham. Jaga diri, jaga kesihatan supaya boleh jaga mak dan abah. Walaupun kita ni selalu bergaduh,tapi along tau kau sayang along kan? Pasal along kakak kau dan kau adik aku. Sedekahkan Al -Fatihah buat arwah angah. Al-Fatihah.
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...