Tuesday, June 26, 2012

Bila kita yakin, insya-Allah, Allah permudahkan

Assalamualaikum

Setelah sekian lamanya aku ber'enjoy-enjoy' di waktu cuti, sekarang ini barulah semangat untuk aku bekerja muncul tiba-tiba. Mungkin bagi sesetengah individu ini adalah perkara biasa. " ek eleh.. kerja part time, aku dah berapa kali berhenti masuk balik jadi cashier kat Petronas. Pasal tu pun nak update ke? " Ini contoh bunyi-bunyi yang macam tak heran sangat aku kerja part time. Sebab korang dah biasa kerja kan. Aku mana pernah kerja sebelum ni beb. This is my first time okay. Setakat tolong mak abah basuh pinggan kat warung tu pernah la tapi itu aku tak rasa macam kerja pun sebenarnya sebab aku lebih banyak makan dan minum serta menyibuk je. Bos aku mak bapak kan. Itulah masalahnya. Susah nak mendisiplinkan diri. 

Selepas habis SPM, aku tak kerja sebab aku tak ada rasa nak kerja pun. haha. Yang aku tahu hanyalah  menikmati cuti dengan penuh seronoknya. (ibarat aku telah berusaha dengan segigihnya untuk SPM selama ini. wekk! haha) After SPM, aku sambung form6. Sementara tunggu result untuk buat degree pon aku duk membuang waktu di rumah. (aku lah tuan puteri, akulah anak raja kat rumah) Ketika itulah aku tahu blogspot wujud. Ketika itulah aku kenal fatin liyana dan irine nadia and siapa-siapalah blogger yang terkemuka di laman sosial. ( wah, terkemuka kott!) Tak cukup dengan itu, aku lah permaisuri facebook masa tu. (ketawa diva). Aku asyik mengulang rutin yang sama sampailah aku rasa bosan. Lepas tu, aku pun tergedik-gediklah nak ada blog jugak. (selepas baca blog kawan baik). Aku memang buta IT. Blog ni wujud pun atas bantuan cikgu GOOGLE yang banyak membantu. Explore itu ini akhirnya terhasillah blognuruladira.blogspot.com.


Itulah aku sebelum bekerja. Sekarang tidak lagi kerana saya sudah bekerja sebagai admin staff kat pusat jualan dan servis komputer di pusat bandar Seremban. (Wahh.. gituu.. ayat nak kelas je kan..) Padahal cakap macam ni pon boleh. "Aku kerja kerani cabuk je kat kedai komputer kat Semban tu ha.. " hahaahaha. Alhamdulillah, dah rezeki agaknya. Hari ni tanya, esoknya dah boleh mula kerja.


Sebagai admin bagaimanakah tugas saya? (ceh, budget wanita bekerjaya sangatlah) Maklumlah, pengalaman pertama ni selalunya buat kita rasa berkobar-kobar dan bersemangat. Nak nak pulak everything is going smooth kan. Rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri sebab dah berjaya keluar dari comfort zone. Shout hoorayy!! Sebelum ni aku pernah mintak kerja jadi cashier dekat Petronas tau.(after stpm) Sehari je aku pergi. Lepas tu, tak datang dah sebab aku rasa tak sesuai dengan akulah. Then, aku juga pernah pergi interview di  sebuah company perumahan. Sayangnya, masa tu mulut aku ni cepat sangat cakap aku ni nak kerja temporary je. Siapa nak ambik bai. Dia dah ajar aku macam-macam pastu aku nak blah macam tu je dan dia pulak susah-susah kena bukak interview lagi. So, aku di reject secara senyap. Entahlah, mungkin masa tu belum rezeki aku kan. That's why Allah tak gerakkan hati. Keyakinan diri tak cukup lagi masa tu. Well, korang tahu keadaan aku macam mana kan.


Now, as an admin staff at boit s&s, my duty is to answer the call from customers. Its not from customers only actually, my big boss pun selalu call tau. So, aku ni macam orang tengah la. Dengan siapa customer nak cakap aku akan pass kan phone tu pada yang berkenaan. Kadang-kadang, bila barang dah siap repair, aku akan call customer to inform yang CPU (contoh) dia dah siap repair. And, bila technician dah check barang, tengok-tengok ada part lain pulak yang rosak. Contohnya laptop customer rosak. Berdasarkan apa yang customer terangkan awal-awal technician dapat agak la apa problemnya. Mungkin hard disk rosak.  Bila tukar hard disk still ada masalah, maybe sebab motherboard. So, bila technician dah check dan confirmkan masalah tu, dia akan terangkan kat aku dan aku akan call customer untuk mintak permission sama ada dia benarkan atau tak kalau technician  repair motherboard atau apa-apa yang rosak. Masa tu aku akan bagi tahu harganya sekali. Kalau setuju, technician will proceed, kalau tak, kau nak amik laptop ko balik pon boleh. ha.. faham tak macam mana kerja aku??


Selain menjawab call, "Hello, Boit Sales and Services. Yes miss..who's on the line? and bla bla bla.." Selalunya aku cakap melayu je. Kadang-kadang je guna broken english. Lidah makan belacan kan. nak buek camno. haha. Selain angkat call, aku juga akan tulis service report sekiranya customer hantar barang untuk repair. Service report ni lebih kurang macam resit jugak. Cuma, kalau resit biasa tu tak details sangat. Kat service report tu aku akan tulis no.siri komputer or laptop or netbook  dan seangkatan dengannyalah. What's the problem with all the laptop etc and the action taken. lepas tu sign. Simple je.

Aku kan budak baru belajar, so, Malini banyak bantu aku. Dia dah kerja kat situ setahun tau. Dia ajar aku macam mana nak handle photostate machine for black and white. Yang colour punya, wa dalam proses belajar lagi. Dan sekarang aku dah pandai . Hari tu masa customer nak fotostat, aku yang buat. yeayy! :) Kat kedai aku ni macam-macam perkhidmatan disediakan. Kau cuma siapkan duit je. haha. Well, nothing comes for free dear. We're providing services like typing, internet service, binding, photostating, computer repairing, and etc.

Cakap pasal typing ni kan, hari tu ada la seorang pakcik ni (berkemeja), dia mintak fotostat dokumen mahkamah yang bertimbun-timbun. Disebabkan masa tu,aku baru sangat kerja dan tangan pon masih terkial-kial lagi nak tekan photostate machine tu, maka..tugas tu diambil alih oleh Malini. Shes pro man.. haha. Dalam masa yang sama, pakcik tu nak suruh typing surat. So, aku pun taiplah. takkan Malini nak buat jugak yang tu, tangan dia dua je bai. So, Malini tanya aku " boleh taip tak?" Aku, "boleh-boleh". Walaupun aku ni buta IT, tapi taklah buta sangat..takat rabun jauh je. haha. So, aku pon taiplah surat tu sementara pakcik tu keluar pergi minum. Kau tahu surat apa yang aku taip? Surat saman bini 3 juta der. hahaa. Ngupo ey, pakcik tu Tan Sri. Pulak tu, sampai beliau terbayar lebih sebab nak rushing sangat. Alah.. orang dah nak saman 3 juta, tak heran kalau setakat terbayar lebih rm50 tu kan. Kak Uma cakap, uncle tu memang selalu menyaman orang dan selalu menang dalam kes. Itu Pasal la dia takda heran.




Kak Uma (anak boss) sangat fasih berbahasa melayu. Aku kagum dengan dia. Sampai customer bagi salam kat dia bila jawab phone. Aku selalu cakap kat dia "kak uma, kalau akak cakap melayu kat telefon mesti orang tu ingat akak ni melayu." Padahal dia selalu je cakap tamil dan memang indian asli. ok, lagi satu my boss is indian. tapi aku ok je sebab aku bekerja sebab nak timba pengalaman. Gaji aku tak kisah. Tapi, gaji yang big boss bagitahu hari tu dah cukup ok  untuk aku. Lagipun, masa mintak kerja hari tu memang dah cakap terang-terang aku temporary je. And boss pun tak kisah and he's so kind. Aku nak rasa macam mana berhadapan dengan orang. Cabar sikit diri sendiri walaupun taklah tercabar mana pun. Pengalaman tidak boleh dibeli dengan duit.

Mula-mula aku masuk kerja, aku terus terfikir kat mana aku nak solat nanti ye? Sebab kat area tu takde petronas ke shell ke..Masa aku dalam dilema tu, aku pon fikir..kat situ toilet ada,maknanya sumber air ada. kedai tu pun bersih sebab guna karpet. Then, customer dengan staff kena bukak kasut. Cuma, arah kiblat je aku tak tahu. Dengan siapa aku nak tanya. Masih terfiki-fikir ni, aku pon teringat kat kak ina. kak ina ni staff kat klinik gigi sebaris dengan kedai tempat aku kerja. Aku nak jumpa dia, tapi tak boleh keluar sesuka hati di waktu kerja. Kang tetiba boss dengan boss kecik tanya, tak ke aku terkulat-kulat nanti. Maka, aku mencari inisiatif lain, aku google klinik gigi tu.  (sampai macam tu sekali kan) Lepas dah dapat no. klinik tu. dapat cakap dengan kak ina. Dia pon bagi tau arah kiblat lurus menghadap cimb.

Bila kak uma dapat tahu, " la..kenapa tak cakap nak sembahyang. boleh sembahyang kat bilik belakang. Nanti saya bersihkan itu tempat". (Padahal memang dah bersih pon) Bilik tu sebenarnya tempat kitorang rehat dan makan. kecik je ruang tapi bersih dan muat untuk solat bersendirian. Syukur, Alhamdulillah. Bila niat kita baik, jalan penyelesaian setiap masalah pasti ada. :)


p/s : hari ni pon aku kena retype 8 essay muet kau tahu. Boss sampai tutup kedai lambat sebab tunggu aku. Naik kematu jari jemari. haha. satu page charge for rm10. hamik kau.


Kadang-kadang, kita nak cuba sesuatu yang  baru dalam hidup kita (sesuatu yang lebih baik dan positif) tapi kita tak cukup yakin dengan diri sendiri. Apabila keyakinan itu ada, peluang pulak tak muncul. Dari situ, ikhtiar diperlukan. Jangan sesekali putus asa. Versi cerita kita mungkin berbeza-beza.


Thank you uncle sebab bagi saya peluang :)





entri terpanjang. terima kasih sebab halakan mata pada setiap perkataan yang terpampang.

Sunday, June 17, 2012

Sepetang bersama roomates

Assalamualaikum..

Oh yeah! Tangan sangat bersemangat untuk menaip. Nak tahu sebab apa ? Sebab aku dah mula cuti sem dan aku antara yang terawal dalam kalangan kawan-kawanku yang telah selamat pulang ke rumah. Ohho, roomates sangatlah cemburu apabila diorang tahu aku punya paper habis awal. (gelak besar). Aku pun tak duga tau kepulangan awal ni. Tapi, disebabkan paper aku straight je daripada 11 hari bulan sampai 15 hari bulan, maka ada can la wa pulang awal beb. (sekali lagi gelak besar). :P

Okay, aku ni sebenarnya banyak habiskan masa dengan roomates aku dalam bilik je. Dah namanya pun roomate kan. Dah tentu-tentulah masa banyak dihabiskan di room sahaja. :) Dalam erti kata lain masing-masing sibuk senantiasa. Ada je urusan masing-masing. Kelas, lab, study group, discussion etc. Student life lah katakan. Jadinya, kitorang ni jarang dapat spend time masa sama-sama kat luar. Kesian..

Nak dijadikan cerita,, oih nak cerita jugak ni.. hari tu roomate aku sorang ni ajak makan chicken chop. Dah mengidam sangatlah tu kan. haha. Tapi, syaratnya mesti keempat-empat orang join sekali. tak boleh ada yang cicir. Plan punya plan, akhirnya hari ni (petang tadi) kitorang decide pergi try chicken chop kat area luar UPM tu.

Kitorang pergi berempat dengan kereta sewa yang dipandu oleh Kak Icak. Naik keretalah senang sebab kalau bas kan macam leceh je. Turun kat bus stop lepas tu nak kena jalan kaki lagi. Aku jalan kaki? Faham-faham jelah. Lagipun, linda dah call abang kereta sewa tu untuk sewa kereta sementara. Senang sikit.  rasa macam drive kereta sendiri walaupun hakikatnya hanyalah sewa. kehkeh. Minyak kereta tong-tonglah. Alah setakat minyak kereta je pon.



Inilah ghuper restoran yang diberi nama Chop N Steak. Kalau anda pelajar UPM, keluar simpang Fakulti Kejuruteraan tu, jalan terus je sampailah anda nampak roundaboard, mata tu pandang ke arah kanan, akan jumpa kedai makan yang penuh klasik ini. Decoration klasik, tapi makanan western. lain daripada biasa.

Kitorang bertolak selepas Asar. Senang sikit nanti takdelah terbabas solat kan. Di bawah adalah gambar suasana di dalam kedai. suasana??


Nampak, boleh kata semua perabot kat dalam ini berasaskan kayu. Lampu pulak samar-samar gitu. Menyuntik elemen romantik sungguh. ahak.



Kak Icak begitu terpesona melihat lamb chop yang di order nya. Linda tersenyum menikmati chicken chop. Shahzrin leka menjawab panggilan dengan perasaan tidak sabar untuk menikmati grill chicken. Aku, duk asyiq mengunyah chicken chop dengan begitu syahdu.



chicken chop linda, omelette kak icak, again my chicken chop, sebelah tu sausage apa ke benda tah nama dak yin punya. fyp, aku sorang je yang order satu hidangan. Yang lain semua dua hidangan. *siapa yang pelahap sekarang? ( bergema ketawa) *

linda-chicken chop + mushroom soup + bun + honeydew juice (konon-konon nak la rasa garlic bread, sekali abang waiter tu kata garlic bread takde pulak. So, linda mintak la bun tu supaya boleh dikawankan dengan mushroom soup)

Yin-chicken grill + sausage kebenda tah nama + teo ais. (punyalah western punya makan, sekali air kedai mamak gak punya. hahahahaah. )

Cakap orang padahal  aku pon bantai order Neslo ais. (mamak ke tak mamak) *gelakkan diri sendiri* Bukan apa, aku dah tak reti nak order apa, main pakai sebut jelah kan. Ngidam nak makan chicken chop je pun, air wa tak kisah. air mineral pon bolehh.. ok, menu aku pulak

chicken cop + neslo ais

kak icak- lamb chop +omelette + barli ais (baik untuk kesihatan wanita) hahahah.. Setahu akulah kan, omelette tu biasanya orang akan order masa breakfast time or paling tidak pon brunch time (breakfast + lunch). Tapi, akak aku sorang ni selera dia pelik sikit. makan omelette ketika petang sekali cover untuk makan malam.

Sanggup tak turun makan tengah hari kat kafe semata-mata nak isi perut dengan western meal punya pasal. Memang kenyang tak boleh nak cakap. Orang nogori kato hongeh tahu hongeh?? Hongeh tu perut terlampau kenyang.


Tengok gelagat aku makan. Ni kira senonoh jugak la  ni. wahaha.. Ada la gambar candid aku duk mengunyah tak hengat dunia, tapi takyah la publish kan. * sogan den* Actually, payah gak aku nak makan mula-mula. Aku kan kidal. Setiap hidangan dibekalkan sudu dan pisau sahaja. Mula-mula, aku guna pisau kat tangan kiri untuk memudahkan proses pemotongan isi ayam, then, aku cucuk dengan garfu guna tangan kanan untuk masukkan ke dalam mulut. Tu pon aku rasa kekok je. Kekok-kekok pun, licin gak aku makan. haha. Tisu wajib ada, bila dah kekok nak menyuap tu, yang comot-comot tu kenalah cover kan. 

Pergi makan pon nak pakai eyeliner ke? Dah lama tak pakai sebenarnya. Kalau pakai setiap masa, leceh pulak bila nak solat kan. Kena cuci dulu. Jadi, i guna pada 'waktu-waktu tertentu' je.


Macam biasalah kan, masa makan pon sempat capture pelbagai aksi di hadapan camera. Gambar pecah-pecah kerana kekurangan pixels ( sejak masuk kelas Dr. Megat ni tahulah sikit-sikit. haha) Lagipun, dalam restoran tu kurang cahaya. terpaksa mengharapkan flash memantulkan cahaya sampai silau mataku. huhu.


Macam-macam gelagat. tak mahu kalah dengan moment. Bukan selalu dapat spend time makan-makan macam ni. Pernah la tapi tu pun kat kafe je. Dan ini first time outing sama-sama. Yin, malu-malu kucing sebab linda paut tangan dia. Yin ni payah gile nak mintak dia masuk dalam gambar. Ini pon nasib baik sempat capture. Apo kono kau dik???

Lepas sesi makan-makan ni, ingatkan nak pergi ladang Lagenda Budak Setan tu tapi tak sempat pulak sebab dah pukul 6 lebih. Selalunya, waktu-waktu macam tu ladang dah tutup. Lagipun, tempoh sewa kereta sampai pukul 7 je. Maka, sempat singgah di Sri Serdang jela. Beli barang sikit. Then, balik kolej. Lepas maghrib, mak aku pon datang  angkut aku bawak balik Seremban.

Oh ya, lupa pulak nak bagitahu you all, makanan kat chop n steak ni sedap dan berbaloi. Herganya pun (ha.. tengok sampai tersalah eja aku nak bagitahu harga punya pasal) hahaha.. Harganya berpatutan. Tak mahal sangat, dan tak murah sangat. Alah..aku pon student. Takkanlah aku tak consider harga makanan before planning nak makan. we all pun student mey. so, boleh je try kalau teringin. Nafsu makan ni kalau korang tahan, korang yang rugi. hhahaa. Kalau time puasa takpe. :) Dan, nasihat aku, kosongkan betul-betul perut korang sebelum datang. Baru terasa nikmat setiap hidangan pilihan. Selamat mencuba.

p/s : kak icak, lin, yin..next time kita berjimba-jimba lagi okay. plan lagi cantik punya. :))






fyp itu singkatan kepada for your information. (kepada sesiapa yang masih tidak tahu) *bapak poyo aku ni* hahaha..

Friday, June 1, 2012

Pasir Gudang- Pengalaman pertama sebagai fasilitator

Assalamualaikum

Aktiviti pertama di sana ialah bertindak sebagai fasilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3. Ni nak cerita ni.. Tahu tak betapa berat dan mamainya aku nak bangun pukul 5.30 pagi semata-mata untuk menaiki bas ke sekolah tersebut. Sudahlah malam tu aku tidur pukul 2 pagi gara-gara sesi berborak bersama mak nani dan kak intan. Tergelak-gelak bercerita sampai kena halau 4 kali dengan mak nani barulah aku, Jue dan Kak Mizni masuk tidur. Mana taknya, mak nani cakap "eh, korang pergi tidur. esok nak bangun pagi. nanti intan hantar diorang esok ye intan. " Tapi, beberapa minit selepas tu, mulut mak nani bercerita lagi. Tak jadilah nak tidur. At last pukul dua pagi baru masuk bilik.

Lupa lak nak perkenalkan. Kak Mizni juga satu mak angkat dengan aku dan jue. Dia join program anak angkat ni secara sukarela. Dia naik satu bas dengan Jue. Disebabkan dia takde mak angkat lagi, maka joinlah kitorang. Sukalah Mak Nani walaupun tak dapat empat orang, dapat 3 orang pun dah riuh se-flat. haha.


kak Mizni (tudung grey). Yang belakang tu echa. Anak mak nani yang no.4

Sebelum keluar rumah, Mak Nani siap bekalkan kopi Mahkota Dewa kau.. haha. Fahamlah tu kitorang tak cukup tidur kan. Bukan itu je. kuih apam polkadot pun ada. Kalau korang nak tahu, mak nani ni merupakan peniaga kecil-kecilan under IKS. Beliau mempunyai dua buah rumah okay. Satu rumah lagi beliau sewa untuk dijadikan tempat operasi membuat kuih-muihnya. Dalam bilik tu aja ada berguni-guni popia serunding yang telah dihasilkan secara kerjasama bersama jiran-jiran lain. Pendek kata, mak nani buat bisness frozen food dan kuih raya.

credit pic from google. 
Tapi kan.. kitorang bertiga tak sempat nak bancuh pun kopi ni. Terlupa sangat-sangat. Bila lak masanya nak mencari air panas kat sekolah kan. apa-apa pun, thank you Mak Nani. So..caring tauu. ;D

Apam Polkadot google version. ( tak sempat nak capture yang Mak Nani punya) Rupanya seakan-akan sama je. Yang penting rasa tahu rasa. first class thumbs up!

Disebabkan beg yang aku bawa agak comel dan penuh selepas diisi telekung, beg sandang aku tu nampak membuncit bila aku isi kuih apam satu bekas kat dalamnya. Dan disebabkan tak nak nampak beg tu hodoh, aku pon jamah satu kuih apam tu dan selebihnya aku sedekahkan pada member-member seperjalanan dalam bas. Murah rezeki kan, pagi-pagi dah buat amal jariah.:)

Bas yang aku naiki adalah bas UPM warna biru yang menuju ke SMK Pasir Gudang 1 dan 3. Boleh tahan jauh jugak jarak sekolah tu dengan Taman Cendana. Kalau keluar lambat, tersangkut pulak dengan kesesakan, memang lambat la sampai sekolah. Waktu pagi kan waktu mega semua orang keluar pergi kerja. 

Sampai sahaja di PG3, kami (abang-abang dan kakak-kakak fasilitator) disambut oleh wakil Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan wakil daripada SMK PG3. Mula-mula je dah salah faham sebab kitorang ingatkan wakil MPPG tu kaunselor sekolah. haha. Kami disambut bagai cikgu-cikgu baharu di sekolah tu. Duduk atas stage lagi. Menghadap adik-adik. Perasaan aku dalam hati masa tu macam tak percaya.. yelah sebelum ni aku yang duduk menghadap muka cikgu kat atas stage kan. Tapi sekarang ni dah terbalik. Budak sekolah pulak duk menengok muka aku. Bangga wey bangga. ahaks.


from left - Nur (bakal cikgu Bahasa Melayu) kerana beliau mengambil jurusan ijazah sarjana muda pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. (panjang kau..letih nak menaip) haha. me, and sebelah aku tu lupalah nama awak. sorry.. Cuba tengok Nur senyum. macam gadis melayu terakhir kan. ehem-ehem.. ada yang berkenan tau kerana senyuman itu. tetttt....gosip sangat..

Kebetulan pagi tu adalah pagi Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan di SMK PG3 mengadakan bacaan Surah Yassin bersama-sama. Boleh dikatakan hampir semua sekolah menengah di Johor macam tu. Selesai bacaan Yassin, student form5 yang ada exam pagi tu diminta beredar ke dewan peperiksaan dan student yang tak terlibat pulang ke kelas masing-masing. Yang tinggal hanya student form2 dan form4. Tapi, rasa macam ramai student form 4 je hari tu.

Ini adalah pengalaman pertama aku seumur hidup menjadi facy di sekolah. Kawan-kawan aku yang lain pun sama. Cuma, si khairul dan naim je yang agak dah terbiasa handle program macam ni. Aku bersyukur sangat diorang ada. Kalau tak mesti hambar program tu. Thank you korang. :) Pada asalnya diorang join program ni sebab nak bantu kitorang masa aktiviti sukaneka nanti, tapi tak pasal-pasal kena jadi facy jugak. Nak dijadikan cerita, pada mulanya kami (group baksis 13) ingatkan program anak angkat ni setakat handle silaturrahim dengan keluarga angkat aja. Tak tahu pulak kena jadi facy dan conduct aktiviti berdasarkan modul yang telah ditetapkan. Memang ada sesi breefing seminggu sebelum pergi. Ada jugak lah buat demo sekali. Tapi, bila tiba hari nak bertolak, tentatif program, kertas modul semua aku tak bawak. Hamek kau. Lupa punya pasal. apa pon tak boleh. 

Nasib baiklah ada kawan yang dah siap print out awal-awal. So, kitorang fotostat beramai-ramai dan disponsor oleh sapa tah, aku pun tak ingat. Dan nasib baik juga ada ketua facy (ketua kepada kami yang 10 orang facy ni) iaitu wakil daripada pihak kaunseling yang turut serta untuk pantau dan bantu apa yang patut. Bagi breefing pon secara santai je kat atas stage. Selepas tu, barulah sesi perkenalan fasilitator dibuat. Lepas sorang,sorang pegang microphone okay tanpa terkecuali..nervous tau i. haha.

Aku : Assalamualaikum..nama akak Adira.
Students : ha?? tak dengar tak dengar..
Aku : Adira. A..DIRA.
Students : Ohh,, ombak rindu.. (ketawa)
Aku : (senyum). ni bukan ombak rindu punya. Akak ambik course bla..bla.bla.. harap semua boleh bagi kerjasamalah. (kelihatan serius di situ sebab nervous. Tah pape aku merapu.)




Sesi pembahagian pelajar kepada 10 kumpulan dilakukan. Satu facy handle 10 pelajar. Dan Alhamdulillah.. group yang aku handle baik-baik belaka budaknya. Seperti biasa lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki. Ada dua orang student form 5. Katanya, saja-saja diorang join sebab nak cukupkan jumlah pelajar. Boleh kata semua aktiviti dilakukan bersama antara satu sama lain. Dan facy-facy lain juga banyak membantu. Ada jugak sesi yang aku agak kekok sikit. Almaklumlah kemunculan pertama. Tapi atas bantuan kaunselor yang mencelah-celah, semuanya berjalan lancar. Sesi yang aku paling suka adalah bila aku boleh share pengalaman dengan adik-adik tentang situasi belajar di universiti, macam mana boleh masuk U padahal sebelum ni masa sekolah macam tak nampak hala-tuju sangat. Alhamdulillah, diorang nampak berminat dengan topik yang dibualkan. Dan aku rasa sangat santai bila bercakap dengan diorang. Rasa macam adik sendiri. Ada satu slot yang aku kena explain kat diorang tentang Kristal Air. Oleh sebab aku telah menghadiri sesi TOT (taklimat sebelum program berlangsung), jadi sedikit sebanyak ilmu tentang kristal air tu masih berbekas dalam ingatan dan kami, fasilitator yang terlibat kongsi ilmu tersebut bersama adik-adik. Insya-Allah, aku akan kongsikan bersama korang for the next-next entry.



Perhatikan insan disebelah aku itu. Adakah korang mengenalinya? Tahukah korang siapa beliau? Pernahkah korang mendengar nama Amy Suraya??

Gadis yang cute sebelah aku ini merupakan seorang pelakon drama. (Gitu tau..sampai ke blog aku promote) Actually, bukan nak promote la. Just to inform. Dia pun sangat low profile okay. Kawan dia yang bagi tahu aku bahawa dia adalah pelakon. Tapi dia senyap aja. Beliau pernah membintangi drama Seputeh Qaseh Ramadhan. Wataknya sebagai anak perempuan bongsu Eja. Drama lain, Kerana Cintaku Saerah dan yang latest drama Antara Garisan di Astro Ria. Episod mana satu aku pun tak pasti. Tak sempat nak tanya details. Padahal dia duduk sebelah aku je pon. Akulah facy group dia. Ada la jugak aku tanya soalan itu ini. Tapi i keep it as a secret lah.haaha. Beliau merupakan sepupu kepada Shahrulezad Mohameddin, penerbit drama yang sangat kreatif dan merupakan pemilik syarikat penerbitan Radius One. Radius One pernah menerbitkan drama Tari Tirana, Ramadhan Terakhir and etc. Sekarang ini beliau kurangkan berlakon sebab masih bersekolah. Nasihat aku kepada Amy.. " Career..career jugak ye. Belajar rajin-rajin tau "


Tu..nampak tak yang ( ada tuala atas kepala) itu wan maimunah. Sebelah wan maimunah itulah dia Amy Suraya. Masa tu dia kecik lagi. Sekarang dah 16 tahun. Makin cun pulak aku rasa. Yelah, dulu budak-budak kan.

Overall, aku rasa happy sangat sebab berjaya laksanakan task menjadi facy di sekolah. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, for the first experience i think no bad lah. Paling best bila dikelilingi adik-adik yang sangat nice. Masa jumpa kat stadium untuk majlis penutup, aku rasa terharu sangat bila diorang panggil "akak..akak..akak.." Then, berebut-rebut hulur tangan nak salam. (terasa diri ada peminat cilik. ngeehee)


Kepada pihak sekolah SMK PG3, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas layanan yang diberikan kepada kami, warga UPM yang hadir. Siap bagi breakfast, lunch, and high tea. Tempat makan ala-ala VIP tau. Tak boleh blah si krol siap mintak ais lagi sebab cuaca panas gila. Tak lalu minum air panas. Aku pun tumpang sekaki. Terima kasih acik kantin sebab melayan kerenah kami. haha. Pihak PG3 juga ada bagi cenderahati kepada kami iaitu goody bag warna pink. Dalamnya ada notebook dan beg yang bolehla kalau nak isi barang-barang make-up wanita. :) yang lelaki, lantak hang la nak isi apa pun. Tapi, ada cop SMK Pasir Gudang 3 lah. haha.


Aku : Pink nya beg ni.. (sambil pegang goody bag)
Student : Ha'ah.. sebab pengetua sekolah ni suka warna pink kak.




SMK PG3 ni ada dua sesi. Pagi dan petang. Jadi, masa kitorang conduct aktiviti pada sebelah petang, agak riuh sikit sebab student sesi petang baru nak masuk kelas kan. But its okay.. Seriously said korang memang super duper best.~~   









Insya-Allah, ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi. Thank you to any of you yang add akak kat fb. Keep in touch ya :)

Hampir seharian berada di sekolah. Penat jangan sebutlah kan. Mahu kau tak penat. Dalam bas pon dah rasa macam nak pengsan. Dah separuh perjalanan tiba-tiba Naim bagi tahu ada dua orang students tertinggal kat PG3. Tak pasal-pasal bas kena berpatah balik. Sampai kat Taman Cendana. Tunggu pulak kat bus stop. keseorangan. Tangan duk text kak intan, tanya dia dah sampai mana.
Tiba-tiba aku ditegur oleh sorang mak cik.

Mak cik : Dik, kau letak beg kat atas lantai tadi tu kotorlah. Orang ludah-ludah kat situ.
Aku pon cepat-cepat tengok beg. dua-dua beg aku tengok. takde kesan ludah atau kotor pun. 
Mak cik : Mak cik nampak kau letak kat situ tadi. Lain kali nak letak tengok dulu, budak-budak sini bukan kira ni kawasan awam ke.. diorang main ludah je. Tak tahu hormat.
Aku : (dalam hati) yelah makcik. aih..makcik ni masa ni pulak dia nak bukak kitab.
Tangan duk balas text kak intan..
Mak cik : Awak dari mana ni ? Kenapa duduk dalam gelap ni sorang-sorang. Bahaya tau. Sini ramai budak jahat. Nanti dia curik awak punya beg, habis nanti.
Aku : Saya dari sekolah. Nak balik rumah mak angkat. (saje aku tekankan perkataan mak angkat tu. Sebenarnya, dah takde mood nak berbual pasal letih sangat)
Mak cik : oh, awak dari universiti ke ? ( kat Taman Cendana ni dah selalu buat program anak angkat. so, no wonder lah mak cik tu boleh agak. )
Aku : Ya.
Mak cik : Dari mana?
Aku : Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mak cik : Mak angkat duduk blok mana?
Aku : blok 39. ni saya tengah tunggu anak dia datang ambik la ni. Mak cik tinggal mana?
Makcik : Mak cik tinggal kat depan ni ha (sambil menjuihkan bibirnya ke depan). Nak lintas jalan, banyak pulak kereta. Tunggulah sini dulu.
Kereta kak Intan pun sampai.
Aku : Saya balik dulu la makcik ye.

Terus angkat kaki dan blah..

Moral of the story, jangan tunggu sorang-sorang kat bus stop waktu malam. terima kasih atas keprihatinan mak cik. Saya hadam jugak apa yang makcik cakap walaupun saya penat sangat nak dengar. Saya juga sedia maklum kadar jenayah paling tinggi di Malaysia adalah di Johor.

bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...