Tuesday, August 21, 2012

Bersyukur Di Hari Raya


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah.. hari ini masuk hari ketiga kita berhari raya. Aku masih berada di Kampung Labohan Dagang. First raya pun beraya kat sini dulu. Diimbas kembali memori raya pertama. Selepas abah, ayah, atok, ucu, dan adik-adik lelaki balik sembahyang raya, sesi bermaaf-maafan pun bermula. Sesi bermaaf-maafan ni dah memang satu kelaziman dalam family sebelah mak. Kita bukan setakat salam cium tangan untuk ucap  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN je, tapi kita akan mintak maaf sungguh-sungguh sampai meleleh air mata. (ouch..habis make up i..)-over tau- ketawa ala-ala mak datin. Biasalah.. bila dah mintak ampun segala tu, mana taknya air mata ni tak menitis. Lagi-lagi bila salam dan peluk cium mak. Sobsob. Sebenarnya, masa salam abah dan mintak ampun kat abah, aku dah mula rasa sebak. Tapi..aku buat-buat cool. Relaks. Bila sampai kat mak, memang tidak dapat aku nak tahan-tahan lagi. ;(

Entah kenapa aku rasa lebaran tahun ni adalah lebaran yang sangat sederhana dan sangat bermakna buat aku. Tahun ini aku rasa macam aku dah besar gilee.. Sebabnya apa tau, aku dah boleh bagi ‘sesuatu’ pada orang-orang yang aku sayang. Rasa macam aku dah memasuki alam pekerjaan rasmi tau. Padahal kerja part time je pon..tu pun dah nak berhenti. Kalau ikutkan hati, memang aku rasa berat hati sangat nak berhenti. Sebabnya, nanti aku akan rindu kat semua staff dan ............. (berhati-hati membuat kenyataan. Tak pasal-pasal nanti jadi kontroversi. Huhuhu. Bahaya woo) Takpe, kita hold dulu. Kalau ada kesempatan, aku akan cerita. (eceh, yoyo o kau dira)

Berbalik kepada rasa syukur aku di Aidilfitri ni, hal ni aku tak dapat sembunyikan lagi. Aku rasa gembira dengan keputusan peperiksaan akhir semester kedua aku yang lepas. Rasa macam tak percaya gile. Memanglah sejak sem 1 aku ada target macam tu, tapi bila buat assignment dan duduk final exam hari tu, aku rasa tak confident. Macam sap sap soi je performance aku. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Tak la gempak macam budak medik dapat 4 flat kan. Tapi, apabila kita berjaya capai target dan kita cuba mendalami bidang yang kita suka, perasaannya sukar untuk digambarkan. Tiz zaqyah celup kau ni asyik tersenyum je sampai nampak gigi kapak dia semua. Hahahaha.

Dan perkara yang paling buat aku terharu apabila abah adalah orang pertama yang salam dan ucap tahniah kat aku bila aku beritahu result aku hari tu. Masa tu, kitorang dalam kereta. Abah on the way nak hantar aku pergi kerja. So, masa tu aku memang rasa sangat terharu. Aku harap usaha aku akan berterusan. Aku hargai sangat kenangan-kenangan indah sepanjang bulan yang mulia ni. Especially memori sepanjang aku bekerja. Speechless! Rasa nak terbang macam butterfly.. :)

Oh, yeah..kitorang memang suka part bergambar ni. Tak lengkap rasanya kalau tidak bergambar di pagi raya. lepas sesi maaf-bermaafan selesai, kami, cucu long chik yang ada tidak melepaskan peluang untuk beraksi di hadapan iPad. (cousin punya) maceh angah.  hahaha.. ini lah hasilnya.





Kemesraan yang sempat diciptakan. kehkeh. Cuba kalau masing-masing hangin, tak gini ghupenye.




Sangat susah nak ajak Kimie bergambar sama. Ini aku kira bernasib baik lah ni. :)



Tak lengkap rasanya kalau tidak bergambar di pagi raya. Terasa sugul gitu..hahaha..



Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca entri ini, kawan-kawan, kenalan, saudara-mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan semua.




Monday, August 6, 2012

Enam Tips Mendidik Diri Menjadi Insan yang BIJAKSANA

Assalamualaikum

Semalam duduk selak- menyelak surat khabar Mingguan Malaysia sisipan Pancawarna. Dalam segmen motivasi terjumpalah artikel "Jadilah insan bijaksana" oleh Pakar Motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad. Dalam segmen ni, Dr menjawab soalan salah seorang mahasiswa. Kat bahagian bawah sekali ada colum tentang tips tu. Jadi, rasa rugi pulak kalau tak share sebab diri ni bukanlah boleh ingat semua benda kan. Walaupun copy and paste setidak-tidaknya mudah sikit bila nak baca semula. Tak payah duk google sana sini. tak gitu.. :)

1. Tingkatkan ilmu dengan banyak membaca dan belajar.

2. Banyak bergaul dan rajin bertanya dengan mereka yang berjaya, para ilmuan dan ahli agama.

3. Latih diri untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

4. Bersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji seperti dengki, tamak, rakus, gelojoh, sombong, ego dan buruk sangka.

5. Luruskan niat serta ikhlaskan hati dalam sebarang tindakan dan perlakuan.

6. Dekatkan hati dengan Allah SWT dan sentiasa solat istikharah dalam mencari jawapan.

Insya-Allah :)

Sunday, August 5, 2012

Senyuman :)

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

3. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

5. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 9. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

12. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

14. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhwah.

15. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).



    tak kira siapa paling comel, yang penting senyum itu satu sedekah.=)

Perbanyakkan senyuman, tak rugi apa-apa pun.. :) :) :)


Credit to Pen Patah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...