Wednesday, December 26, 2012

Renungkan sejenak


Sabda Rasulullah SAW, " Jadilah mualim (guru yang mengajar ilmu) atau penuntut ilmu ( yang berpandukan kitab atau mencatat) atau pendengar ilmu atau kasih kepada ilmu (kasih kepada ketiga-tiga golongan itu) dan jangan jadi orang kelima ( tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengar, tidak kasih kepada ilmuan) maka binasalah (orang kelima itu)."

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkannya jalan ke syurga." (Riwayat MUSLIM)

Sufyan as- Tsauri pernah berkata, " Sesiapa menginginkan dunia dan akhirat, hendaklah ia mencari ilmu."

Syair Arab " Ilmu adalah kekayaan simpanan yang tidak pernah habis. Ilmu adalah sebaik-baik kawan jika tidak ada kawan yang menemani. Bisa jadi seseorang mampu mengumpulkan harta kemudian ia diharamkan; daripadanya hingga ia mendapatkan kehinaan; sedangkan pengumpul ilmu, ia berbahagia dengannya selama-lamanya. Ia tidak khuatir ilmunya hilang atau tercabut. Wahai pengumpul ilmu, sebaik-baik kekayaan ialah apa yang engkau kumpulkan; Engkau jangan menyamakannya dengan mutiara atau emas. "

Kata-kata pujangga: " Bukannya pada kebisingan di jalan yang riuh, bukannya di tengah teriakan dan sorakan orang ramai, melainkan pada diri kita sendirilah terdapat kemenangan dan kekalahan."

" Tiada manusia yang berjaya dalam semua perkara yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat. " - JOSEPH CONRAD

Surah al-Imran, ayat 138 berbunyi: " Jangan berasa lemah dan jangan berasa susah kerana kamu akan menang jika kamu sungguh-sungguh Mukmin."

Surah al- Baqarah ayat 286 yang bermaksud, " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Kata pujangga, " Tertawalah pada segala cubaan dan terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan."

" Hindarilah olehmu sifat malas dan mudah bosan, kerana kedua-duanya merupakan sumber daripada kejahatan. Sebab apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah  dalam menegakkan kebenaran."- IMAM MUHAMMAD AL-BAQIR

Surah Al- Kahfi ayat 109 yang bermaksud: " Katakan kalau kiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, nescaya lautan itu menjadi kering sebelum habis perkataan-perkataan Tuhanku (dituliskan), biarpun Kami datangkan sebanyak itu pula tambahnya."



Menurut buku siri Tokoh Cendekiawan Islam karya Sulaiman Fayyad yang diterjemah oleh Abdul Karim Mustafa "... Al-Farabi membaca De Animus (Darihal Roh) oleh Aristotle. Pada kitab itu dicatatnya 'telah kubaca kitab ini seratus kali.' Dia juga telah membaca Pengajaran Fizik juga oleh Aristotle. Di atas kitab ini dia tulis ' telah kubaca kitab ini 40 kali.' Dia begitu berkorban demi mendapatkan ilmu dan menyelami dasar makrifat dengan sabar dan ikhlas, Oleh itu, diulangi bacaan sesebuah kitab itu berkali-kali. Setiap kali ulangan dia akan menemui makrifat dan hakikat yang baru ..."

                          

Sekarang tengah study week. Biasalah, mood study turun naik- turun naik. Jadi, bila kita baca sesuatu yang bermanfaat dan boleh meningkatkan motivasi, maka, kita akan lebih bersemangat. Dan apabila kita tahu sesuatu yang bermanfaat, lebih baik kita berkongsi supaya orang lain juga dapat manfaat. In Shaa ALLAH. =)

Sumber : Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH. Penulis : Dr. Kamariah Kamaruddin. Pensyarahku sewaktu semester pertama di UPM untuk subjek Perlahiran Bakat Kreatif



Saturday, December 15, 2012

Alhamdulillah ;')

Assalamualaikum


Ada sesuatu yang aku nak kongsikan dengan anda. Aku sendiri tak boleh nak simpan rasa gembira ini. (Bersama senyuman yang paling manis) Gembira kenapa? Sebenarnya macam ni, ketika aku agak rushing bersiap untuk menghadirkan diri ke kelas debat yang pertama hari tu, tiba-tiba aku terima panggilan daripada JPA.

Pegawai JPA : hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nurul Adira Binti Mohd Tawfik?
Aku : ye, saya. ada apa ye?
Pegawai JPA : saya dari JPA. Boleh cik bagi tahu cik belajar di institusi mana dan ambil kursus apa?
Aku : (duduk kat tepi katil bilik) Saya belajar kat Universiti Putra Malaysia. Saya ambil kursus komunikasi (major kemanusiaan). Kenapa ye?
Pegawai JPA : oh, UPM. Pihak kami nak tawarkan biasiswa kepada cik. Nanti cik boleh print out borang di laman web jpa di esilav2 blablabla..
Aku : Saya sebenarnya ada kelas ni. Boleh tak emelkan. (suka hati aku je kan, nak suruh emel. haha)
Pegawai JPA : err...boleh tak cik ambil pen dan kertas, takpe saya tunggu. (serba salah pegawai tu dibuatnya. hehe)

Aku pun catat la laman web yang dimaksudkan. Menggelabah kau mintak pen kat roomate. Lepas tu, main rembat je apa kertas yang ada. huhu. Berdebar-debar sebab macam tak percaya sangat. Memang aku pernah apply JPA. Tapi, belum ada rezeki agaknya. Maka, tak dapat. Then, tiba-tiba dapat perkhabaran gembira macam ni, mahunya tak terlonjak-lonjak gembira hati aku. Dapat scholarship kot...  Yang mana sebelum ini memang aku idam-idamkan sejak aku habis STPM lagi. Memandangkan result STPM tidak mencapai target untuk memperoleh biasiswa, maka, aku biarkan je harapan aku tu tinggal harapan. Aku lalui kehidupan sebagai mahasiswa dengan PTPTN saje. lebih baik ada daripada takde, maka, perlukah ia dimansuhkan?? haha *tetiba*

Pegawai JPA tu maklumkan pada aku, surat tawaran dan dokumen boleh print out di laman web sekian sekian pada hari Rabu, which means Rabu lepas lah kan. Perasaan aku masa nak tunggu hari Rabu tu Oh, my... tak sabarnya. hehe.. Dah mula over excited aku ni. *malu malu*


ic dan alamat tak payahlah nak publish untuk semua orang kan =)

Moral of the story is jangan putus asa kalau percubaan pertama kurang berhasil. Selagi kita berusaha untuk cuba memperbaiki, Allah akan permudahkan segalanya. In Shaa ALLAH. Macam kes aku, result semester pertama memang biasa-biasa je. Tidak mencapai dekan pun. Tapi, alhamdulillah, semester kedua aku cuba lagi, aku cuba untuk dapatkan result yang baik supaya aku boleh dapat biasiswa. And, Alhamdulillah pointer cecah dekan. Seperti yang telah aku nyatakan, permohonan sulung aku tidak berpihak pada rezeki aku. Bohonglah kalau aku katakan, tiada sekelumit perasaan hampa. Tapi, i just fikir that, maybe Allah ada perancangan yang lebih baik yang aku sendiri tak tahu. At that time, terlintas juga dalam benak fikiran bahawasanya aku ni perlu berusaha lebih dari yang lain. Kalau tak dapat biasiswa pun, PTPTN akan dijadikan biasiswa dengan syarat pointer grad mesti 1st class degree. Maknanya, aku masih berpeluang. Hanya nak dengan tak nak je.

Setelah aku bermuhasabah begitu, tiba-tiba rezeki Allah datang tanpa diduga. Benarlah, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah DIA. Aku sangat bersyukur dan gembira. Semoga rezeki dan peluang ini dapat aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aku harap sangat, perkhabaran gembira ini tidak melalaikan aku daripada tanggungjawab sebagai hambaNYA, anak, dan juga pelajar. Terima kasih Allah.

p/s : Semester ni, aku tak berani nak komen. haha. padahal setiap sem pun macam tu. huhu. Alah.. kita ni usaha je, ada rezeki, Allah permudahkan. In Shaa ALLAH. Menuntut ilmu itu kan jihad.
Hasbunallah wanik mal wakeel.. (teringat ayat ini masa baca blog Fatin Liyana)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...