Sunday, January 15, 2012

Cerita hari pertama cuti semester

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. tamat juga semester pertama pengajian aku di UPM, Kampus Serdang. Rasa macam baru semalam aku daftar masuk kat Kolej 12. Masa mula-mula dapat tahu aku dapat masuk U dulu, syukur, gembira, riangnya tidak terkira. Siapa tak gembira selepas setahun setengah ulang-alik  dari Mambau ke Seremban, pakai baju sebijik macam budak sekolah rendah, mengadap buku tebal-tebal Isnin sampai Jumaat. Diuji begitu dan begini, akhirnya aku dapat jejakkan kaki ke menara gading. Segala persiapan dibuat dengan teratur sampailah aku didaftar masuk ke UPM-kampus yang menghijau itu.

Itu hanya gambaran semula peristiwa empat bulan yang lepas. Hari ini, saat ini aku sedang menikmati hari-hari cuti aku selama sebulan di rumah. Perancangan untuk ke sana, ke sini tu memang ada. tapi, bergantung pada keadaan juga. Almaklumlah, hampir semua pelajar IPTA menikmati cuti masing-masing. Jadi, bolehlah jumpa. * kari daging mak aku untuk kau Fitrina. haha*

Sekadar perkongsian.. sepanjang aku belajar kat sana alhamdulillah aku berjaya menyesuaikan diri dengan situasi yang macam itu, yang macam ini. Confident level dalam diri tu semakin meningkat kata orang.. hihi.
Macam-macam orang aku kenal. Sangat seronok. Walaupun pada mulanya, ya..aku akui pernah sekali aku menangis sorang-sorang dalam bilik. haha. Nak buat apa tipu kan, memang betul pun. Sebab masa tu aku rasa macam susah gila nak uruskan itu, nak uruskan ini. Kawan-kawan buat hal masing-masing. Roomates busy. Lagipun, malulah nangis depan orang. adoii.. Sampai mengadu kat BFF .( tengok betul-betul, ada dua F ye.)  haha. Hani, sorry kacau kau masa nak exam. ;p
 Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku dah jadi selesa melalui hari-hari aku sebagai mahasiswi. Macam-macam yang aku belajar kat sini dan entah macam mana dalam pada ramai-ramai kawan tu, aku boleh kamcing gile dengan awek klate cun nih..haha. tah macam mana tah. Sebab mula-mula aku tengok muka dia ni, aku teringat dekat sorang member kat fb. ada iras-iras sikit la diorang ni. lama-lama boleh masuk pulak kepala masing-masing, ha..layaaannnn~~ roomates aku pun dah macam roomate dia.

Bercerita soal rakan sebilik, aku bersyukur dan happy sangat sebab dapat roomates yang understanding, giler-giler, baik, so nice mereka tau. Kami dah macam adik beradik. Sebabnya Yin dan Lin ni duk panggil aku "kak ira, kak ira.." Den koba dah, bezo umo kito setahun je pun, tak usahlah berakak-akak bagai. Well, what to do.. memang diorang ni antara individu-individu yang terdidik dengan tatasusila. so, ikut jelah.
Kak Nisa.. sis yang sangatlah kekakaan. hehe. Kak nisa tua setahun dari aku, lagi dua orang tu muda setahun dari aku. maka, dengan itu aku di tengah-tengah. Aku ada kakak dan adik-adik sekali gus. Jadi tak timbul soal masam-masam muka, buli or apa-apa. Muka kami sentiasa manis. :)) Malah, kitorang siap tengok Kau Laksana Bulan sama-sama tau sampai ke pagi kat laptop sambil feeling-feeling Firas Ali dalam cerita tu. Hahahahaa... tak sangka aku, lin, kak nisa mempunyai taste yang sama. (Firas Ali) kehkeh.



 'Firas Ali' :)

Boleh kata kitorang sentiasa happening. Aku ni kalau sehari tak ketawa dalam bilik tu, tak sah. Ada je something yang buat aku nak tergelak bila tengok diorang bertiga. Paling lawak bila aku teringat Kak Nisa tiru abang kat kafe tu sebut nama aku. wahahaha..lawak betul. Ada ke patut abang kat kafe tu kata muka aku macam Elfira Loy. Adoii bang, rabunkah??? tang mano ey Elfira tu.. salah orang gaso den tu.

Brother kafe: Ada tak orang kata muka awak macam Elfira Loy?
Aku : Senyum. tak.
Brother kafe: eii.. tak tengok tv ke diorang ni..
Aku (dalam hati) : ' elfira loy takde. tiz zaqyah ada la.(lalala..)

*tak sanggup nak cakap depan-depan, nanti dia kata aku perasan pulak. kang tak pasal-pasal ada yang mencebik aku. so, dalam hati cukup*


???? comel budak ni pakai tudung.



Next, let me talk about my course. Ya, seperti yang sudah sedia maklum aku mengambil kursus Sarjana Muda Komunikasi (major Komunikasi Kemanusiaan) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , UPM.
Ramai orang anggap, course ni adalah course yang cikai-cikai, yang nak kejar glamor semata-mata. Ohoo.. kalau anda salah seorang daripadanya, anda salah sama sekali. Semua course yang ditawarkan di IPT ada kekuatan dan kelebihan untuk pelajar-pelajar terokai bidang-bidang tersebut. Aku masih ingat lagi bila aku cakap aku dapat course ni (B.Comm) majoriti tanya nak jadi wartawan ke.. hello, ingat student comm ni semua jadi wartawan ke?? ingat semua kerja yang angkat camera besar-besar tu ke?? bukanlah. Sebenarnya, itu semua bergantung kepada major yang dipilih. Siapa pilih journalism, kemungkinan besar jadi wartawan. Siapa pilih penyiaran, kemungkinan besar akan melalui sesi angkat mengangkat camera besar-besar tu. Yang corporat comm biasanya menghala kepada perhubungan awam ( public relation). Yang Human comm pulak boleh jadi PTD. (pegawai tadbir diplomatik). Human comm ni lebih kepada pentadbiran la senang cerita. atau boleh juga jadi seperti Dato Dr. Fadzillah Kamsah. (contoh).

 Dato' Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah

Sengaja aku highlight kan kemungkinan besar tu  sebab keempat-empat major yg jabatan komunikasi FBMK tawarkan ni is related each other. So, cabang kerjaya budak comm ni lebih luas sebenarnya. Apa salahnya jadi wartawan, ( motivasi untuk diah.haha) sampaikan berita kepada public. contohnya macam Karam Singh Walia tu. Betapa beraninya beliau membongkar isu-isu alam sekitar walaupun dikecam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. tabikkk,, :D


 hebat tak hebat uncle ni.. hihi.

Berbalik kepada soal glamor, bukan tujuan sebenar kami student komunikasi mencari glamor tapi sudah jadi tugas dan tanggungjawab untuk tampil bercakap di depan, menjaga penampilan (epecially corporat comm), menjadi mc majlis dan sebagainya. Maka secara tak langsung orang selalu la nampak muka kita. padahal itu semua tugas. Yang betul-betul glamor tu Aaron Aziz dan Maya Karin. (contoh).


Maya & Aaron dalam Ombak Rindu yang melatooppp

Kesimpulannya, percaya pada kemampuan diri, yakin dan setiap bidang yang diceburi tu ada kelebihan tersendiri. Macam aku, even i am communication course student, almost everyday i heard my roomates discuss about chemistry organic and inorganic, calculus, physics, biology, static (for engineering) and so on. This is because the three of them study for science field. Diorang belajar pasal benda,tumbuhan, dll. aku pulak belajar tentang manusia. kemanusiaan. kan seimbang tu.:))  

Itu sahajalah aku nak kongsi untuk kali ni. Tentang hari-hari aku di semester satu dan sedikit tentang pelajaran aku. Perjalanan aku masih jauh. Harap-harap segalanya dipermudahkan. Amin..



my classmate, Sera.

Klate mari wey.. hahahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...