Sunday, January 29, 2012

Tips kecantikan : Petua menghilangkan jerawat

Assalamualaikum

Boleh dikatakan hampir semua perempuan atau wanita di dunia ini menginginkan wajah yang cantik, bersih, licin dan menawan. (wahh~~dah macam ayat pengasas produk kecantikan pulekk). Majoriti golongan Hawa pastinya ada rangkaian produk pencuci muka masing-masing. Tidak kisah la apa brand sekalipun yang pastinya mesti ada, kan? Tapi ada juga yang tak guna sebarang pencuci muka sebab katanya kulit tidak mendatangkan sebarang masalah langsung. Jadi, cuci guna air saja. Memang patut bersyukur siapa yang dikurniakan wajah sedemikian. Jimat duit. hehe. Tapi, untuk aku boleh dikatakan haruslah mencuci muka setiap hari. Sebab kalau tak buat, muka ni akan berminyak-minyak dan jerawat pun mulalah mencari port yang sesuai untuk menonjolkan diri. 
Selain mencuci muka dengan bermacam-macam jenis produk, ada juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk mencegah kulit muka kita daripada masalah jerawat. Salah satunya ialah petua tradisional. Petua ni diturunkan oleh mak aku sendiri kat aku sejak aku sekolah rendah lagi, Masa tu, muka memang banyak jerawat. Kat hidung pulak banyak bintik-bintik hitam. Sekarang pun masih ada, tapi dah kurang. :") , Masa aku masih sekolah rendah dulu, manalah ambil pusing  sangat tentang hal-hal penjagaan muka segala ni. Jadi,  mak lah yang memainkan peranan. Satu-satunya anak perempuanlah katakan. :) Sebenarnya, tak kira lelaki atau perempuan, dua-dua boleh cuba petua ni.

Petua menghilangkan/mengecutkan jerawat:
Ambil tepung beras dan asam jawa dalam dua sudu. (agak-agakla.. depends on berapa banyak pimples yang tumbuh di muka anda.) Campurkan kedua-duanya ( tepung beras dan asam jawa) dengan sedikit air. Jadikan seperti bedak sejuk. Kemudian, tepekkan kat muka ( kawasan yang berjerawat sahaja). Biarkan beberapa minit sampai kering. Selepas kering, bilas muka dengan air biasa. 
Langkah seterusnya, ambil air dalam cerek yang baru masak, letakkan di dalam besen kecil. ( agak-agak la.. dengan saiz muka. gayung pon bolehhh) . Tadahkan muka kat atas permukaan besen tadi. ( untuk wapkan muka) Tutup bahagian kepala dengan tuala. ( untuk elakkan wap tadi keluar) . Jangan angkat tuala selagi muka tak berpeluh-peluh. Dah settle part ni, baru boleh angkat muka. ( muka akan merah-merah sikit la. menahan bahang wap tu. Tapi..AWAS! Jangan sampai muka  termasuk kat dalam air panas tu, tu dah melecur namanya.  ( tak dapekk den nak nolong do.. haha) Ambil wap sahaja. Ala-ala macam buat facial treatment kat spa. Tapi yang ini buat kat rumah je. Tak luak duit pon. 
Langkah terakhir, cuci muka dengan air sejuk. (air dalam peti ais, ice cube pun ok..). Selepas itu, muka akan terasa segar-bugar.
Anda boleh cuba untuk tahu keberhasilan petua ini. Siapa yang mukanya memang betul-betul ada masalah jerawat kronik, disarankan mencuba. InsyaAllah.. bergantung pada kekerapan anda melakukannya, masalah jerawat kronik, tidak akan timbul lagi. -Selamat mencuba-


p/s : Kalau jerawat biasa-biasa pun boleh cuba. Petua selalunya tidak ada kesan sampingan. tidak perlu risau. Pernah jugak cuba petua ni, alhamdulillah, sampai sekarang masalah jerawat kronik ( besar-besar dan banyak di muka) ini tiada. Setakat jerawat kecik-kecik ( ada orang sebut jerawat nasik) tu biasalah kan..) I tak pernah buat facial treatment kat kedai pon. hehe.


-Tulisan Sekadar Perkongsian -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...