Thursday, February 2, 2012

Halakan Matamu Ke atas dan Lupakan yang Lain

Assalamualaikum

 SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!


Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada buat silap atau dosa. Sama ada kecil atau besar. Dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. Perjalanan hidup tetap kita teruskan kerana kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi-Nya ini. Melaksanakan perubahan tidak semudah seperti menuturkannya. Tidak kira walau dalam aspek apa sekalipun. Tanpa kesungguhan, kekuatan dan tekad dalam diri, akhirnya pasti tersungkur juga. Semua orang inginkan yang terbaik dalam kehidupan masing-masing. Berkali-kali mencuba, kadang-kadang kita tersungkur semula.

Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it

Merangkak-rangkak dahulu. Kemudian, belajar berdiri. Perlahan-lahan bertatih sehinggalah anda mampu berlari. Jangan terus berlari. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebab, bila kita berlari kadang-kadang boleh tersungkur juga. Jadi, berjalanlah bersama perubahan dengan hati-hati supaya langkah kita tidak pincang.



Entri kali ini dipetik daripada sebuah buku yang sedang dibaca. Untuk peringatan bersama, saya tertarik untuk memuatkannya di sini.

................................

Tetapkanlah cita-cita kamu setinggi mungkin. Dan saya (penulis buku tersebut) sentiasa berdoa dan mengharap semoga kamu sentiasa meningkat dan menjadi yang terbaik secara berterusan. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dan jangan sampai tercampak ke dalam kehinaan.


Ingatlah bahawa peluang dan kesempatan itu terkadang hanya muncul beberapa minit atau beberapa saat. Justeru, jadilah kamu seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan teruslah mencuba. Bertaubatlah jika anda kembali melakukan dosa dan kembalilah anda kepada pintu taubat. Hafazlah semula Al-Quran jika anda telah lupa. Kembalilah kamu untuk mengingatnya buat kali kedua dan ketiga bahkan untuk yang kesepuluh kalinya. Yang terpenting adalah kamu tidak merasa gagal dan putus asa, kerana sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir, akal tidak mengenal kata selesai, kerana ia selalu punya cara dan inisiatif.


Ketahuilah bahawa umur itu sendiri tidak ubah seperti tubuh yang mungkin boleh dipercantik dengan mekap dan pembedahan. Sesungguhnya, umur seperti bangunan: masih memungkinkan untuk diubah suai dan dirombak dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak. Jauhilah sekolah bernama kemalasan dan kegagalan. Hilangkanlah helah dan alasan sakit sakit, bencana, musibah, kesusahan dari hati anda. Allah S.W.T berfirman :  " Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah Al-Maidah:23)

Pedoman Hidup
Meninggalkan dosa adalah satu perjuangan, sedangkan melakukannya adalah penderhakaan.
" Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. "


p/s : Hasil daripada pembacaan.
tak manis pulak nak beraku-aku untuk entri kali ni :)



-Tulisan Sekadar Perkongsian-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...