Friday, February 10, 2012

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian..

Assalamualaikum

Bersua kembali kita dalam entri yang seterusnya. aha, seperti rancangan bual bicara sendiri pula. Ok, straight to the point. Hari ini keputusan peperiksaan akhir semester pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM) diumumkan. Dan aku awal-awal pukul 12 malam tadi lagi dah laju-laju bukak esmp. Nasib baik internet laju. Semuanya berjalan lancar. 

Apabila sesuatu yang kita nanti-nantikan telah pun diketahui, sudah tentulah ramai yang ingin tahu apa perasaan bila dah tahu result dan yang paling penting sekali kalau boleh mesti kita nak tahu berapa pointer kawan kita kan?? Nak banding-bandingkan lah konon. Pointer si A dengan si B, si B dengan si C. Lepas tu, si C dengan si A. Macam-macam. Sekadar untuk pengetahuan kita sahaja takpelah. Aku pon duk tanya jugak pointer kawan-kawan. Bila dapat tahu ada yang dapat lebih tinggi daripada kita tu, tipulah kalau tak rasa tercabar. 'asal lah rendah aku punya pointer' Tapi, dah jadi lumrah, belajar memang ada persaingan. Barulah ada perasaan berlumba-lumba untuk cemerlang. Rasa tercabar yang ada aku simpan kemas-kemas, rapi-rapi, cantik-cantik dalam hati supaya boleh dijadikan alat pembakar semangat untuk berusaha lebih lagi. Daripada aku duduk untuk peperiksaan SPM, STPM, dan sekarang peperiksaan akhir semester pertama di universiti, aku selalu bandingkan keputusan aku dengan usaha aku sendiri. Maksudnya, setakat mana usaha dan kemampuan aku, dan kemudian itulah hasilnya. Jadi, aku berpuas hati walaupun ada yang lebih bagus dari aku. Selama aku belajar di sekolah memang aku dikelilingi oleh sahabat handai yang pandai-pandai. Kadang-kadang pernah juga aku tertanya-tanya...
 
'kenapalah aku tak boleh jadi pandai macam dia tu, macam dia ni.' Kenapa dia tu rajin sangat..lepas tu aku ni rajin last minute je.' dan pernah juga aku terfikir ' Dia study relaks je kot.. tapi result gempak habis. meletop kebabomm.. yang aku ni bagai nak rak study, biasa je result aku' .

Biasalah..benak masing-masing, fikiran masing-masing, macam-macam perasaan boleh terlintas. Sekarang ni aku tahu, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tapi, macam aku ni.. aku memang kena push diri aku sendiri ( extra push) kalau bab-bab belajar ni. Sebab aku ni mula daripada bawah. Tak pernah dapat top student pun. Memang lah dari darjah 3 aku kelas pertama je sampai habis form 5. Tapi, tak pernah  top 5 even top 10 pun. Main-main je lebih. Kan dah bagi tahu tadi, aku memang dikelilingi oleh kawan-kawan yang pandai, tapi aku tak pandai. Kalau aku sempoi-sempoi sangat.. bersantai-santai sangat belajar, memang terus tersadailah. Tinggallah aku oleh mereka yang memang senantiasa ke hadapan. Jadi, kenalah usaha lebih sikit untuk setanding dengan mereka yang hebat.

Keputusan peperiksaan akhir semester pertama buat pertama kalinya dalam hidup aku so far.. alhamdulillah. Melepasi target aku walaupun tidak sampai dekan. Ni nak tahu tak pointer dekan untuk Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi berapa? 3.75 ok. Tak mainlah 3.5. (yang semputnya kami nak mengejar. ranking punya pasal)  Bukan setakat fakulti aku je rasanya ini memang pointer dekan keseluruhan fakulti. ( Kalau tersalah info, maaf siap-siap) Memang agak tinggi la untuk dicapai tapi tak mustahil. Maka, dengan itu pointer aku tidak tersenarai pon dalam anugerah dekan. Ketepikan nada-nada sumbang dan kecewa. Takpe. Ini baru semester pertama. Untuk permulaan sebagai mahasiswi yang mula-mula memang kosong ting tong tentang selok belok belajar di U, aku rasa pencapaian ni okey..and i'm happy for it. Syukur.. :) Keputusan ini buat aku realize kekurangan yang wajib diperbaiki dan kelebihan yang wajib dikekalkan supaya boleh dapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang insyAllah.

Tak best la kan kalau kita asyik compare dengan result orang. *walaupun hakikatnya kita memang tak dapat lari daripada berbuat begitu* Adalah lebih baik kita compare dengan usaha sendiri supaya hasilnya lebih memuaskan. Kita akan lebih puas hati. * peringatan untuk diri sendiri juga* Sebab manusia ni tahap kemampuan untuk berfikir yang ada pada kita berbeza-beza. Ada yang jenis ajar sekali, oo ok dah faham dan boleh ingat. Tapi, macam aku ni kadang-kadang ajar sekali dah boleh faham, kadang-kadang tak. Lepas tu, kena ulang banyak kali baru boleh melekat kat otak. Kan lain tu. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang telah Dia beri. Dia tidak beri kejayaan serta-merta kepada hamba-Nya sebab Dia menggalakkan hamba-Nya berusaha. Nilai usaha= Nilai kejayaan.

p/s : Tahniah buat sahabat handai yang layak mendapat anugerah dekan. Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang setimpal dengan usaha masing-masing. :))
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah menyumbang dan berkongsi ilmu sepanjang saya berada dalam semester pertama. :) Tanpa anda, siapalah kami.

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255


 "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269







 Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Teruskan berusaha dahulu,
InsyaAllah akan datang kejayaan.







 -Tulisan Sekadar Perkongsian-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...