Thursday, March 1, 2012

Kesedihan..usah keterlaluan

Assalamualaikum :)

Blog sebagai medan untuk mencurahkan segala perasaan? Mungkin ya bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi saya. Saya ? Eh, macam pelik je bunyinya. Sebelum ni guna 'aku'. Entahlah, tak kisahlah aku ataupun saya, yang penting tuan empunya diri yang menekan-nekan papan kekunci laptop ni tetap orang yang sama. :)

Mengapa saya menolak kenyataan blog sebagai medan untuk mencurahkan segala perasaan? Jawapannya ialah saya sendiri tidak meluahkan kesemua perasaan saya atau kisah-kisah yang saya rasakan terlalu peribadi di dalam blog sendiri. Bukan bermakna saya hipokrit tetapi lumrah hidup manusia,, bagi saya tidak semua peristiwa yang berlaku dalam hari-hari yang kita lalui itu perlu dikongsi dengan semua orang. Ada perkara yang saya rasakan perlu dikongsi, maka entri baharu dikemas kini. Jika tiada, blog dibiarkan sepi.


Beralih kepada tajuk entri. Usah bersedih apabila diuji. Saya sendiri menangis apabila dicubit sewaktu kecil dahulu. Inikan pula apabila diberi ujian yang hebat. Takkan mahu ketawa hahaha.. tidak logik pula. Maksud saya begini, sewaktu kita kecil, kita masih lagi kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan yang sebenar. Apabila jatuh dan luka sedikit, kita pasti menangis. Waktu itu istilah ujian dalam hidup belum kita fahami sepenuhnya. Apabila usia semakin bertambah, kematangan mula manghiasi ruang fikiran. Cara kita berfikir juga sudah berbeza berdasarkan fasa-fasa kehidupan baharu yang ditempuhi sepanjang perjalanan hidup. 

Istilah ujian mula difahami. Dalam hidup ini, kalau kita tidak diuji,, serasa saya tidak ada indahnya kehidupan kerana manusia tidak akan berusaha memperbaiki kehidupan masing-masing. Susah dan senang perjalanan hidup seseorang itu bergantung pada usahanya. Jika dia rajin. maka ada ganjarannya. jika sebaliknya pun ada bahagian untuknya. Semua itu telah  ditentukan. 

Tidak perlu terlalu bersedih apabila kamu rasa kehidupan kamu terhimpit. Segala yang berlaku pada kamu sekarang hanyalah kehidupan  atas dunia sahaja. Kembali semula pada yang asal. Sudah menjadi lumrah manusia apabila senang lupa..apabila susah ingat.. Maka, sebab itulah manusia ini sentiasa diingatkan oleh penciptanya. Bagaimana diingatkan? Ujian itulah jawapannya. Tidak kira dalam aspek apa sekalipun. Terima dengan redha. Belum tentu kesenangan yang kita miliki dan ketawa yang menghiasi itu kekal selama-lamanya. Semua yang ada bukan milik manusia sepenuhnya. Bersyukur dan terima seadanya. Andai ada peluang mengubah nasib kehidupan dan betul landasannya, maka pilihlah itu. Insya-Allah.. insan yang berusaha ada ganjarannya. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Setiap permasalahan juga ada jalan penyelesaian.


Lupakan kesedihan, hiasi diri dengan senyuman walau sepahit mana pun ujian, mohon dipasakkan kekuatan agar tidak tersasar dari landasan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...