Wednesday, April 25, 2012

How to hide my nervousness

Assalamualaikum

Fuhh, leganya rasa apabila presentation untuk TITAS sudah selesai. Padahal kalau nak tahu, kumpulan kami lah yang agak carca-marba sedikit. Mana taknya, pilih tajuk macam ye dengan tak je confident nya, proposal hantar last minute. Betul-betul hari last day yang lecturer mintak tu, then finally baru kitorang submit. Bagus tak bagus tak ?? *errr ????* 

Ketika melakukan pembentangan di hadapan lecturer dan classmate sebentar tadi, tahap gementar aku, masyaAllah. Walau apa pun, aku try to control  that situation. (berlagak cool gitu) tapi.. tetap, terasa pernafasan aku ni kencang. uncomfortable. Then, suara mulalah macam orang menggigil. Maybe audiens rasa aku okay, tapi kita mana boleh tipu diri sendiri kan. Siryes, i really feel uncomfortable. 

Padahal, before the presentation, semangat berkobar-kobar, (beriya-iya mengurangkan rasa gementar dengan memikirkan perkara-perkara yang positif) Dah plan apa yang aku nak sampaikan, apa yang nak di elobarate kan, guna ayat sendiri. Alih-alih bila sampai ke depan, hampeh. Mula-mula okay, lama-lama  level of confident semakin low. Low and low. Rasa nervous memuncak gila, (dalam hati kata..bila la nak habis ayat ni berulang-ulang kali) Sudahnya, points yang aku nak mention pon hilang entah ke mana.



Puas aku fikir apakah puncanya aku mengalami situasi begitu. Ya, gementar apabila berhadapan dengan audiens tu biasa dialami oleh kebanyakan orang. Dalam statistik juga ada menyatakan bahawa sememangnya ramai manusia di dalam dunia ini  takut untuk berucap di hadapan orang ramai. Situasi aku ni boleh dikatakan normal. Cumanya, nervousness sometimes buat aku rasa aku terhalang untuk  mengeluarkan apa yang ada dalam diri aku yang sebenar. Tambah-tambah lagi pendapat.  Tahu tak yang aku ni budak komunikasi. Buat malu diri je. ( masih menuntut ilmu) Bila dengan family dan orang-orang terdekat, takde pulak nak nervous bagai kan. Aku juga pernah terfikir, mungkin disebabkan rasa rendah diri dalam diri aku masih menebal, ya..aku sedar kat mana-mana pun aku pergi aku pasti dan tak syak lagi akan menjadi perhatian orang. Paling tidak pon orang akan kerling sekilas. Mestilah kita rasa kecilnya diriku yang kekurangan ini.. kan gitu. Daripada situ, timbul rasa tak selesa kerana diperhatikan.

Aku pernah dan selalu juga persetankan pandangan-pandangan manusia ni. (tak ambil kisah apa orang nak cakap ke pandang ke..dah memang aku macam ni. Kun Faya Kun. ) Namun, rasa rendah diri tu masih dalam lagi la. To be honest, aku suka sangat bila tengok kawan-kawan aku dapat perform dan present dengan penuh confident. Aku pon mahu jadi seperti depa. Hari-hari aku cuba positifkan diri. Aku rasa simptom nervous yang aku alami semakin hebat disebabkan hyperhidrosis. Plus, kekurangan aku yang tak boleh nak stand lama-lama kat depan tu yang menyebabkan nervous aku lagi bertambah-tambah. Eh, tapi hari tu aku duduk sambil cerita kat depan pon, nervous jugak. Practice make perfect. Belum cukup latihan dan pengalaman aku rasa. Habis macam mana ? Nama pun masih menuntut ilmu, memang kita takkan dapat 100 % but at least we try.. okayy,, senyum bersama-sama sebelum menamatkan entri. bye.

hiperhidrosis : keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif. (biasanya kerap berpeluh pada tapak tangan dan tapak kaki. )

p/s : memanglah lega sebab tugasan dah settle satu demi satu, tapi ralat sikit pasal masih belum boleh all out. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menuntut ilmu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...