Friday, May 4, 2012

Selamat Hari Lahir, Adik

Assalamualaikum



4 Mei 1998  merupakan tarikh bersejarah buat adikku, Mohd Hakimie kerana pada hari tersebut dia selamat dilahirkan ke dunia. Pada waktu itu, aku baru berusia tujuh tahun. Perasaanku sebagai seorang kakak hanya biasa-biasa sahaja ketika itu. Maklumlah hampir tujuh tahun aku memegang gelaran anak tunggal. Aku sering diutamakan dalam segala hal walaupun tidak terlalu dimanjakan. Aku juga tidak pasti perasaan aku ketika itu. Kanak-kanak tidak pandai feeling sangat.

Ketika adikku masih kecil, dia adalah kanak-kanak yang sangat comel. Teringat aku pada arwah wan yang memanggil adikku dengan panggilan 'boboi'. Kulitnya putih seperti anak orang bosnia. Comel sungguh terutamanya apabila dia senyum sambil menampakkan gusi yang baru hendak tumbuh gigi susunya. hehe. Dia adalah kanak-kanak yang paling susah untuk diberi makan ubat apabila sakit. Mak dan abah terpaksa berganding bahu ketika mahu menyuakan ubat ke dalam mulutnya. Terpaksa kepit tangan dan kakinya. Dahulu dia tidak kuat makan seperti sekarang. Tapi sekejapan merengek-rengek meminta diberikan susu. Kadang-kadang mak bersuara, "Along, buatkan susu adik." Aku pun bangun melaksanakan arahan. Setiap kali tidur, buaian perlu dihenjut. Kalau tidak, mulalah kakinya menendang-nendang  tanda protes. Sabar jelah. adik kan..:)



Adikku adalah penghidap asma sejak kecil. Oleh sebab itu, lantai di rumah tidak dialaskan dengan karpet. Kucing pun sentiasa dielakkan daripada hampir dengannya. Dan, sesiapa yang ingin merokok diarahkan  untuk berbuat demikian di luar rumah termasuklah abah sendiri. *tuan rumah pun terpaksa. hehe* Hampir setiap bulan mak, abah, dan aku akan berulang-alik ke hospital. Ais terpaksa dielakkan. Ais krim juga begitu. Kasihannya adikku. 

Kesihatan adikku semakin pulih dan sembuh sepenuhnya setelah kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan pada tahun 2001. Besar sungguh hikmah Allah SWT di atas peristiwa tersebut. Pada hari kejadian, adikku telah mengalami kecederaan yang paling teruk. Dadanya terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan darah beku dalam paru-parunya. Ketika proses menyedut keluar darah beku itulah segala lendir yang menyebabkan asma telah dikeluarkan. Sejak itu, adik bebas menikmati ais krim dan minuman sejuk. Aku dan keluarga sangat bersyukur dengan hikmah tersebut. Selepas itu, dialah hero dalam rumah ini.

Kini, adikku sudah berusia 14 tahun dan sedang meniti zaman awal remajanya. Sifat nakalnya tidak pernah lekang dalam diri. Aku hanya ada dia. Dialah teman untuk bergaduh, dia jugalah teman untuk aku ketawa. Sekali-sekala dia mendengar kesedihanku. Sebenarnya, hubungan kami tidaklah begitu rapat kerana aku lebih akrab bersama emak. Namun, semenjak aku menuntut ilmu di universiti, perasaan berjauhan dengan keluarga begitu terkesan pada diriku. Jika ada masa terluang, aku akan menghubungi mereka. Jika ada masalah yang tidak perlu diceritakan pada mak dan abah, maka dia yang aku cari. Tapi, aku akui agak sukar sebenarnya untuk mewujudkan komunikasi yang sangat-sangat harmoni antara aku dan dia sebab jurang umur kami berbeza tujuh  tahun. Pemikiran kami berbeza. Kadang-kadang disebabkan isu kecil dan remeh pun kami boleh bergaduh. Apa boleh buat, dia satu-satunya adik yang aku ada. ;p

Hari-berganti hari, masing-masing akan menuju ke alam dewasa juga. Pemikiran juga berubah berdasarkan pengalaman dan persekitaran di sekeliling kita. Adikku semakin aktif dengan aktiviti sukan yang disertainya. Perkara yang merisaukan aku  ialah dia terlalu fokus kepada aktiviti sukan berbanding pelajaran. (Mengeluh) Aku dan mak sudah tiada nasihat untuk diberikan. Harapanku.. Semoga dia mampu membuatkan aku tersenyum dengan pencapaiannya suatu hari nanti. Tanpa mengambil kira  bidang yang  dipilih aku tetap menyokongnya. Sesuatu yang agak berbeza tentang dirinya ialah dia minat memasak. Ketuk-ketuk Ramadhan, dan Master Chef merupakan rancangan pilihannya sebelum ini. Tercabarkah aku?? ^ ^

Walau apa pun yang telah terjadi, yang sedang terjadi dan akan terjadi, dia satu-satunya adik kandungku yang masih ada. Adanya dia bermakna aku masih ada teman walaupun selalu sangat dimarahi sebab asyik bertekak sesama sendiri. Hakimie merupakan individu yang kurang bercakap. Dia lebih cool sampaikan bab-bab study nak exam pon, dia sentiasa cool. grr.. Aku pula seorang yang banyak cakap  sebenarnya. Tambah-tambah lagi apabila hati berapi. Minta maaflah ye. Itulah..siapa suruh mencurah minyak pada ugun api. Orang bagi nasihat buat-buat tak dengar.Tak pasal-pasal membara. haha. *ni sebab banyak cakap la, entri meleret-leret begini* :D kbai.




Adik, Selamat hari lahir yang ke-14 tahun. Terima kasih kerana menjadi teman mak dan abah sepanjang along takde. Macam along selalu pesan, belajar rajin-rajin walaupun along tahu kau lebih pentingkan bola daripada nasihat ni.=) Takpe. Suatu hari nanti kau mesti faham. Jaga diri, jaga kesihatan supaya boleh jaga mak dan abah. Walaupun kita ni selalu bergaduh,tapi along tau kau sayang along kan? Pasal along kakak kau dan kau adik aku. Sedekahkan Al -Fatihah buat arwah angah. Al-Fatihah.
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...