Friday, June 1, 2012

Pasir Gudang- Pengalaman pertama sebagai fasilitator

Assalamualaikum

Aktiviti pertama di sana ialah bertindak sebagai fasilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3. Ni nak cerita ni.. Tahu tak betapa berat dan mamainya aku nak bangun pukul 5.30 pagi semata-mata untuk menaiki bas ke sekolah tersebut. Sudahlah malam tu aku tidur pukul 2 pagi gara-gara sesi berborak bersama mak nani dan kak intan. Tergelak-gelak bercerita sampai kena halau 4 kali dengan mak nani barulah aku, Jue dan Kak Mizni masuk tidur. Mana taknya, mak nani cakap "eh, korang pergi tidur. esok nak bangun pagi. nanti intan hantar diorang esok ye intan. " Tapi, beberapa minit selepas tu, mulut mak nani bercerita lagi. Tak jadilah nak tidur. At last pukul dua pagi baru masuk bilik.

Lupa lak nak perkenalkan. Kak Mizni juga satu mak angkat dengan aku dan jue. Dia join program anak angkat ni secara sukarela. Dia naik satu bas dengan Jue. Disebabkan dia takde mak angkat lagi, maka joinlah kitorang. Sukalah Mak Nani walaupun tak dapat empat orang, dapat 3 orang pun dah riuh se-flat. haha.


kak Mizni (tudung grey). Yang belakang tu echa. Anak mak nani yang no.4

Sebelum keluar rumah, Mak Nani siap bekalkan kopi Mahkota Dewa kau.. haha. Fahamlah tu kitorang tak cukup tidur kan. Bukan itu je. kuih apam polkadot pun ada. Kalau korang nak tahu, mak nani ni merupakan peniaga kecil-kecilan under IKS. Beliau mempunyai dua buah rumah okay. Satu rumah lagi beliau sewa untuk dijadikan tempat operasi membuat kuih-muihnya. Dalam bilik tu aja ada berguni-guni popia serunding yang telah dihasilkan secara kerjasama bersama jiran-jiran lain. Pendek kata, mak nani buat bisness frozen food dan kuih raya.

credit pic from google. 
Tapi kan.. kitorang bertiga tak sempat nak bancuh pun kopi ni. Terlupa sangat-sangat. Bila lak masanya nak mencari air panas kat sekolah kan. apa-apa pun, thank you Mak Nani. So..caring tauu. ;D

Apam Polkadot google version. ( tak sempat nak capture yang Mak Nani punya) Rupanya seakan-akan sama je. Yang penting rasa tahu rasa. first class thumbs up!

Disebabkan beg yang aku bawa agak comel dan penuh selepas diisi telekung, beg sandang aku tu nampak membuncit bila aku isi kuih apam satu bekas kat dalamnya. Dan disebabkan tak nak nampak beg tu hodoh, aku pon jamah satu kuih apam tu dan selebihnya aku sedekahkan pada member-member seperjalanan dalam bas. Murah rezeki kan, pagi-pagi dah buat amal jariah.:)

Bas yang aku naiki adalah bas UPM warna biru yang menuju ke SMK Pasir Gudang 1 dan 3. Boleh tahan jauh jugak jarak sekolah tu dengan Taman Cendana. Kalau keluar lambat, tersangkut pulak dengan kesesakan, memang lambat la sampai sekolah. Waktu pagi kan waktu mega semua orang keluar pergi kerja. 

Sampai sahaja di PG3, kami (abang-abang dan kakak-kakak fasilitator) disambut oleh wakil Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan wakil daripada SMK PG3. Mula-mula je dah salah faham sebab kitorang ingatkan wakil MPPG tu kaunselor sekolah. haha. Kami disambut bagai cikgu-cikgu baharu di sekolah tu. Duduk atas stage lagi. Menghadap adik-adik. Perasaan aku dalam hati masa tu macam tak percaya.. yelah sebelum ni aku yang duduk menghadap muka cikgu kat atas stage kan. Tapi sekarang ni dah terbalik. Budak sekolah pulak duk menengok muka aku. Bangga wey bangga. ahaks.


from left - Nur (bakal cikgu Bahasa Melayu) kerana beliau mengambil jurusan ijazah sarjana muda pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. (panjang kau..letih nak menaip) haha. me, and sebelah aku tu lupalah nama awak. sorry.. Cuba tengok Nur senyum. macam gadis melayu terakhir kan. ehem-ehem.. ada yang berkenan tau kerana senyuman itu. tetttt....gosip sangat..

Kebetulan pagi tu adalah pagi Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan di SMK PG3 mengadakan bacaan Surah Yassin bersama-sama. Boleh dikatakan hampir semua sekolah menengah di Johor macam tu. Selesai bacaan Yassin, student form5 yang ada exam pagi tu diminta beredar ke dewan peperiksaan dan student yang tak terlibat pulang ke kelas masing-masing. Yang tinggal hanya student form2 dan form4. Tapi, rasa macam ramai student form 4 je hari tu.

Ini adalah pengalaman pertama aku seumur hidup menjadi facy di sekolah. Kawan-kawan aku yang lain pun sama. Cuma, si khairul dan naim je yang agak dah terbiasa handle program macam ni. Aku bersyukur sangat diorang ada. Kalau tak mesti hambar program tu. Thank you korang. :) Pada asalnya diorang join program ni sebab nak bantu kitorang masa aktiviti sukaneka nanti, tapi tak pasal-pasal kena jadi facy jugak. Nak dijadikan cerita, pada mulanya kami (group baksis 13) ingatkan program anak angkat ni setakat handle silaturrahim dengan keluarga angkat aja. Tak tahu pulak kena jadi facy dan conduct aktiviti berdasarkan modul yang telah ditetapkan. Memang ada sesi breefing seminggu sebelum pergi. Ada jugak lah buat demo sekali. Tapi, bila tiba hari nak bertolak, tentatif program, kertas modul semua aku tak bawak. Hamek kau. Lupa punya pasal. apa pon tak boleh. 

Nasib baiklah ada kawan yang dah siap print out awal-awal. So, kitorang fotostat beramai-ramai dan disponsor oleh sapa tah, aku pun tak ingat. Dan nasib baik juga ada ketua facy (ketua kepada kami yang 10 orang facy ni) iaitu wakil daripada pihak kaunseling yang turut serta untuk pantau dan bantu apa yang patut. Bagi breefing pon secara santai je kat atas stage. Selepas tu, barulah sesi perkenalan fasilitator dibuat. Lepas sorang,sorang pegang microphone okay tanpa terkecuali..nervous tau i. haha.

Aku : Assalamualaikum..nama akak Adira.
Students : ha?? tak dengar tak dengar..
Aku : Adira. A..DIRA.
Students : Ohh,, ombak rindu.. (ketawa)
Aku : (senyum). ni bukan ombak rindu punya. Akak ambik course bla..bla.bla.. harap semua boleh bagi kerjasamalah. (kelihatan serius di situ sebab nervous. Tah pape aku merapu.)




Sesi pembahagian pelajar kepada 10 kumpulan dilakukan. Satu facy handle 10 pelajar. Dan Alhamdulillah.. group yang aku handle baik-baik belaka budaknya. Seperti biasa lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki. Ada dua orang student form 5. Katanya, saja-saja diorang join sebab nak cukupkan jumlah pelajar. Boleh kata semua aktiviti dilakukan bersama antara satu sama lain. Dan facy-facy lain juga banyak membantu. Ada jugak sesi yang aku agak kekok sikit. Almaklumlah kemunculan pertama. Tapi atas bantuan kaunselor yang mencelah-celah, semuanya berjalan lancar. Sesi yang aku paling suka adalah bila aku boleh share pengalaman dengan adik-adik tentang situasi belajar di universiti, macam mana boleh masuk U padahal sebelum ni masa sekolah macam tak nampak hala-tuju sangat. Alhamdulillah, diorang nampak berminat dengan topik yang dibualkan. Dan aku rasa sangat santai bila bercakap dengan diorang. Rasa macam adik sendiri. Ada satu slot yang aku kena explain kat diorang tentang Kristal Air. Oleh sebab aku telah menghadiri sesi TOT (taklimat sebelum program berlangsung), jadi sedikit sebanyak ilmu tentang kristal air tu masih berbekas dalam ingatan dan kami, fasilitator yang terlibat kongsi ilmu tersebut bersama adik-adik. Insya-Allah, aku akan kongsikan bersama korang for the next-next entry.



Perhatikan insan disebelah aku itu. Adakah korang mengenalinya? Tahukah korang siapa beliau? Pernahkah korang mendengar nama Amy Suraya??

Gadis yang cute sebelah aku ini merupakan seorang pelakon drama. (Gitu tau..sampai ke blog aku promote) Actually, bukan nak promote la. Just to inform. Dia pun sangat low profile okay. Kawan dia yang bagi tahu aku bahawa dia adalah pelakon. Tapi dia senyap aja. Beliau pernah membintangi drama Seputeh Qaseh Ramadhan. Wataknya sebagai anak perempuan bongsu Eja. Drama lain, Kerana Cintaku Saerah dan yang latest drama Antara Garisan di Astro Ria. Episod mana satu aku pun tak pasti. Tak sempat nak tanya details. Padahal dia duduk sebelah aku je pon. Akulah facy group dia. Ada la jugak aku tanya soalan itu ini. Tapi i keep it as a secret lah.haaha. Beliau merupakan sepupu kepada Shahrulezad Mohameddin, penerbit drama yang sangat kreatif dan merupakan pemilik syarikat penerbitan Radius One. Radius One pernah menerbitkan drama Tari Tirana, Ramadhan Terakhir and etc. Sekarang ini beliau kurangkan berlakon sebab masih bersekolah. Nasihat aku kepada Amy.. " Career..career jugak ye. Belajar rajin-rajin tau "


Tu..nampak tak yang ( ada tuala atas kepala) itu wan maimunah. Sebelah wan maimunah itulah dia Amy Suraya. Masa tu dia kecik lagi. Sekarang dah 16 tahun. Makin cun pulak aku rasa. Yelah, dulu budak-budak kan.

Overall, aku rasa happy sangat sebab berjaya laksanakan task menjadi facy di sekolah. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, for the first experience i think no bad lah. Paling best bila dikelilingi adik-adik yang sangat nice. Masa jumpa kat stadium untuk majlis penutup, aku rasa terharu sangat bila diorang panggil "akak..akak..akak.." Then, berebut-rebut hulur tangan nak salam. (terasa diri ada peminat cilik. ngeehee)


Kepada pihak sekolah SMK PG3, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas layanan yang diberikan kepada kami, warga UPM yang hadir. Siap bagi breakfast, lunch, and high tea. Tempat makan ala-ala VIP tau. Tak boleh blah si krol siap mintak ais lagi sebab cuaca panas gila. Tak lalu minum air panas. Aku pun tumpang sekaki. Terima kasih acik kantin sebab melayan kerenah kami. haha. Pihak PG3 juga ada bagi cenderahati kepada kami iaitu goody bag warna pink. Dalamnya ada notebook dan beg yang bolehla kalau nak isi barang-barang make-up wanita. :) yang lelaki, lantak hang la nak isi apa pun. Tapi, ada cop SMK Pasir Gudang 3 lah. haha.


Aku : Pink nya beg ni.. (sambil pegang goody bag)
Student : Ha'ah.. sebab pengetua sekolah ni suka warna pink kak.




SMK PG3 ni ada dua sesi. Pagi dan petang. Jadi, masa kitorang conduct aktiviti pada sebelah petang, agak riuh sikit sebab student sesi petang baru nak masuk kelas kan. But its okay.. Seriously said korang memang super duper best.~~   









Insya-Allah, ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi. Thank you to any of you yang add akak kat fb. Keep in touch ya :)

Hampir seharian berada di sekolah. Penat jangan sebutlah kan. Mahu kau tak penat. Dalam bas pon dah rasa macam nak pengsan. Dah separuh perjalanan tiba-tiba Naim bagi tahu ada dua orang students tertinggal kat PG3. Tak pasal-pasal bas kena berpatah balik. Sampai kat Taman Cendana. Tunggu pulak kat bus stop. keseorangan. Tangan duk text kak intan, tanya dia dah sampai mana.
Tiba-tiba aku ditegur oleh sorang mak cik.

Mak cik : Dik, kau letak beg kat atas lantai tadi tu kotorlah. Orang ludah-ludah kat situ.
Aku pon cepat-cepat tengok beg. dua-dua beg aku tengok. takde kesan ludah atau kotor pun. 
Mak cik : Mak cik nampak kau letak kat situ tadi. Lain kali nak letak tengok dulu, budak-budak sini bukan kira ni kawasan awam ke.. diorang main ludah je. Tak tahu hormat.
Aku : (dalam hati) yelah makcik. aih..makcik ni masa ni pulak dia nak bukak kitab.
Tangan duk balas text kak intan..
Mak cik : Awak dari mana ni ? Kenapa duduk dalam gelap ni sorang-sorang. Bahaya tau. Sini ramai budak jahat. Nanti dia curik awak punya beg, habis nanti.
Aku : Saya dari sekolah. Nak balik rumah mak angkat. (saje aku tekankan perkataan mak angkat tu. Sebenarnya, dah takde mood nak berbual pasal letih sangat)
Mak cik : oh, awak dari universiti ke ? ( kat Taman Cendana ni dah selalu buat program anak angkat. so, no wonder lah mak cik tu boleh agak. )
Aku : Ya.
Mak cik : Dari mana?
Aku : Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mak cik : Mak angkat duduk blok mana?
Aku : blok 39. ni saya tengah tunggu anak dia datang ambik la ni. Mak cik tinggal mana?
Makcik : Mak cik tinggal kat depan ni ha (sambil menjuihkan bibirnya ke depan). Nak lintas jalan, banyak pulak kereta. Tunggulah sini dulu.
Kereta kak Intan pun sampai.
Aku : Saya balik dulu la makcik ye.

Terus angkat kaki dan blah..

Moral of the story, jangan tunggu sorang-sorang kat bus stop waktu malam. terima kasih atas keprihatinan mak cik. Saya hadam jugak apa yang makcik cakap walaupun saya penat sangat nak dengar. Saya juga sedia maklum kadar jenayah paling tinggi di Malaysia adalah di Johor.

bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...