Sunday, July 15, 2012

Gaji pertama

Assalamualaikum

Esok aku cuti. Yeyy! (macamlah tak pernah cuti sebelum ni kan) Hari Ahad aku memang cutilah. Cukuplah enam hari bekerja, satu hari diberi cuti. Aku masih ingat lagi masa pertama kali aku cuti weekend. Rasa bosan teramat sangat. Aku jadi sangat pemalas. Suka melengah-lengah nak buat itu dan ini. Aku cakap kat mak, " Mak, bosanlah cuti ni. Kalau kat kedai boleh tengok ramai orang. Kalau macam ni, baik kerja je hari Ahad." Itu masa minggu pertama cutilah. Sekarang ni tak ada maknanya. Aku akan bekerja dengan bersemangatnya pada hari Sabtu sebab tak sabar nak menikmati hari cuti pada hari Ahad. Alah, sama macam zaman aku sekolah dulu. Hari Jumaat je aku jadi tak sabar nak balik, kat dalam kelas pun rasa relaks je walaupun nota berlambak nak kena buat dan buku seperti tak cukup hari untuk dibaca.haha. Tapi, aku boleh senyum-senyum, cool sebab apa, sebab hari Sabtu dan Ahad cuti. Perasaan seronok nak cuti tetap ada walaupun sekarang  aku bekerja.

Untuk pengetahuan semua..(ceh, untuk pengetahuan semua. Padahal siapa jela yang nak ambil tahu pasal aku. bhahaha. ) Ok, sekadar perkongsian.. aku dah dapat gaji pertama. Hoorayy! Akhirnya, merasa juga aku pegang duit hasil titik peluh aku sendiri. Alhamdulillah. =) Kebetulan masa tu hari lahir mak. Jadi, aku belanja makanlah. Malam tu mak tak payah masak. Kitorang makan berjemaah  kat luar. Gaji permulaan dapat separuh je sebab aku start kerja 19 jun. Jadinya sampai habis jun tu aku baru kerja 11 hari. So, dapatlah pendapatan pertama.hee. Sempatlah jugak aku buat persiapan raya sikit-sikit. Rupa-rupanya macam tu perasaan orang bila dapat gaji. Bila nak beli apa-apa aku rasa tak nak habiskan semua duit dalam tangan sebab sayang sangat duit hasil usaha sendiri. Sebelum dapat gaji pulak, tak sudah-sudah duk countdown hari. Siapa tak nak duit kan. Nothing comes for free ok. Bulan ni insya-Allah gaji penuh. :)

Dah hampir sebulan aku kerja, macam-macam yang aku belajar. Macam mana nak handle situasi dengan customer, dengan staff lain dan jugak bos. Kerja kat situ ok. Bagi aku, setiap hari adalah hari untuk aku belajar sesuatu yang baru. Mana yang kurang, aku terima semua teguran. Adat bekerja dengan orang. Kau janganlah banyak songeh. tak gituu kan. haha.


menipulah kan kalau gaji aku banyak macam ni

Oh ya, aku jumpa bekas cikgu disiplin aku. Beliau masih kenal aku. hehe. Laptop beliau rosak, jadi beliau hantar di boit. Kebetulan salah seorang technician kat situ juga bekas anak murid beliau. Aku takde la nervous ke apa ke, biasa je. Cuma, bila vijay minta aku call cikgu suruh inform pasal laptop beliau, aku jadi segan gile. Padahal nak cakap kat telefon je pun. Bukan nampak muka pun. Aku punyalah tarik nafas dalam-dalam sebelum dail nombor beliau. Sebelum ni aku relaks je call customer sebab semua tu aku tak kenal. So, pi lantaklah kan. Bila orang tu kita kenal, tambah pulak dah lama sangat tak bercakap, tiba-tiba kena cakap dalam nada yang selalu aku guna kat customer lain, so,aku rasa macam tak ok. Tapi, lepas dah cakap tu, ok je pun sebenarnya. Aku je yang awal-awal menggelabah tak tentu pasal. dira oh adira,,,






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...