Tuesday, April 9, 2013

Kembali menulis

Assalamualaikum

Setelah sekian lama menyepi, sekarang baru terasa nak update entri baharu dalam blog. Nak cerita apa ya? Macam-macam sebenarnya, pasalnya aku ni kalau dapat bercakap, tak renti-renti nak bercakap, dah kalau aku tak nak bercakap, tu.. aku akan diam..zip mulut rapat-rapat. ha, kan. Tapi, sekarang dah tak boleh dah nak zip-zip sangat, pasalnya, manusia kan. tak boleh la untuk tidak berkomunikasi. :D

Kalau semester tiga yang lepas, aku dah mula rasa tercabar dengan subjek-subjek yang aku ambil, semester ini apatah lagi sebab tu lah aku takde masa sangat nak kemas blog segala. Walaupun sekarang ni aku sedang cuti pertengahan semester, tapi assignment masih bersusun. Takpe, dira. Buat satu-satu. Jangan risau, dalam masa seminggu ni, kau tak yah fikir nak turun kafe untuk makan, tak payah fikir siapa nak teman kau makan, tak yah fikir nak basuh baju, tak yah fikir nak pakai baju apa pergi kelas and bla bla bla. Masa cuti ni, kau susun cantik-cantik jadual kau, belajar lah dengan tenangnya. Tak de siapa nak kacau. Wifi pun kencang kat rumah. Roomate pun takde nak ngendeng-ngendeng laptop. haha. So, inilah masa yang paling ideal untuk settle kan segala hutang yang berbaki. huhuhu. 

Semester ni, aku mula belajar bahasa mandarin. "Ni hao ma? Wo hen hao, xie-xie. " Lagi lah berlambak kerja aku. Walaupun agak penat sampai nak demam aku rasa sebelum balik cuti mid sem, tapi aku rasa seronok sebab dapat belajar benda baru. 

Tu jelah kot. aku takde masa lah nak menaip panjang-panjang. Siryes, banyak benda lain yang aku kena bereskan. Esei komunikasi politik lah, preparation untuk presentation lah. apa-apa lah..

Kalau ko nampak aku online facebook tu maknanya aku stress le tu, tak pun credit kong. so, bukak fb senang inbox member-member kalau ada benda penting.


wuhuu.. saya pelajar tahun dua bacelor komunikasi. Lagi setahun nak habis sebelum LI. Patutlah makin busy, pastu, suka curik-curik masa untuk dibuang begitu sahaja. Contohnya, macam update entri ni lah. kahkahkah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...