Friday, January 18, 2013

semester break! Jom membaca


Assalamualaikum =)

Seperti biasa cuti semester menjelma lagi, aku mestilah mengambil kesempatan ini untuk update entri baru. Walaupun blog aku ni, berapa kerat je manusia yang baca entrinya, tapi aku tetap nak tulis jugak. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada beberapa buah entri aku yang aku dah tulis, tapi aku peram buat perkasam hehehehee.. sebab rasa malu lah pulak kalau si tu si ni baca. kehkehkeh. Lagi-lagi si rumate. (Apa kena-mengena???) Nanti tak pasal-pasal jadi 'bahan' bila naik sem. hihihi Bukan i tak tahu korang. wee~~ So, apa yang aku buat ialah save it as a draft. Tapi macam tak jadi diri sendiri la pulak bila difikir-fikirkan, habis, nak buat mcam mana, biar jelah. Hal aku, suka hati aku lah nak simpan ke, nak bagi tahu ke.. wahahaha..

ok, lets back to the main topic. Semester break! yeahh.. inilah masanya aku merehat-rehatkan kepala otak sambil melayan drama bersiri melayu di tv. Untuk pengetahuan semua, sejak aku mula berikrar dalam diri untuk belajar rajin-rajin, aku adalah manusia yang jarang sekali menonton rancangan di tv, mahupun movie yang di download ataupun yang ditayang di pawagam. Kalau aku tengok pun, tunggu cerita tu dah lama keluar, then barulah aku tengok. Ya, memang agak ketinggalan sikit. Tapi takpelah kan, setakat movie je pun. Entah kenapa aku rasa macam bosan gile semua benda tu. Macam takde benda pun yang aku akan dapat melainkan hanya hiburan semata-mata yang tidak membawa ke mana-mana. Maka, sejak aku berfikiran begitu, aku  telah menjadi seseorang yang selektif dalam menonton cerita-cerita di tv. Contohnya, kalau drama berepisod aku hanya akan tonton drama yang betul-betul aku teringin nak tonton seperti Adam dan Hawa gituuu.. haha. Itu pun, aku baru je habis tengok lagi sampai ending, kemudian, mood dah beralih kepada drama setia hujung nyawa lah pulak.

So, tv tv tv lama-lama pengsannn.. Entahlah, cerita melayu ke, cerita korea ke.. kalau asyik diulang-ulang muak jugak. Habis-habis seronok pun sebab tengok hero hensem, lepas tu, jumpa hero lain yang lebih hensem and lebih sweet mueeiitt jalan ceritanya, terus diri beralih arah pada cerita lain. Gitu lah gamaknya sampai aku rasa 'muntah' ;p

Aku pun dah tak tahu apa nak buat. Tiba-tiba aku terpandang buku-buku yang bersusun kat meja dalam bilik. Hati terdetik 'bakponyo lah beli kalau mengelat nak habis baco' hihihi. Boleh pulak hati terdetik dengan loghat kelantan kan. haha. Sesekali merapu is fine. =)

Maka, aku pun mulakan pembacaan terhadap buku yang dulunya dibeli menggunakan voucher kerajaan. hehee.. tengok, betapa takde masanya aku sebelum ni, hihihi.. Bukan apa, aku tak sukalah baca lelaju semata-mata nak habis cepat or main skip- skip muka surat. Tak suka-tak suka. Yang penting pemahaman kita pada mesej yang cuba disampaikan melalui buku tersebut. Barulah dikategorikan pembaca kelas A. huahuahua. (kelas A lah sangat..) Dan sekarang, bukan novel yang aku duk habiskan tapi lebih kepada buku motivasi gituuu.. Something yang boleh bagi kita semangat yang luar biasa yang orang lain tak tahu melainkan kalau orang tu baca sendiri. Setidak-tidaknya takdelah aku terlalu buang masa mengadap tv atau online kosong je kan.

Sebaik-baik teman dan pendamping ialah buku yang bermanfaat. Ingat tu adik-adik, kawan-kawan, novel tu boleh baca, tapi pastikan ia bukan picisan. Akak kau ni dah berpuluh novel dia khatam, yang dah jadi drama kat tv pun ada, tapi semua tu biasa-biasa je. Langsung tak boleh jadi bahan motivasi. Nak baca boleh, tapi seimbangkan dengan bahan bacaan lain. (Tengok, aku dah pandai beri nasihat sekarang. Dah rajin baca buku le tuu.. hehe)


Okay, mari kita teruskan dengan nasihat seterusnya. =) Budaya membaca ni elok kita semaikan dalam diri sebab itu adalah kunci ilmu pengtahuan. Memang diakui agak susah untuk kita mula membaca terutamanya apabila kita tiada minat langsung. Tambahan pula, ada sesetengah individu berpendapat bahawa kalau sesuatu tu kita tak minat, kita payah nak laksanakan. Ya, memang tidak dinafikan itu benar. Tapi.. pada pendapat aku tidak semua benda yang kita nak lakukan, kita perlu dahulukan dengan minat kita. Kadang-kala, kita terpaksa melakukan sesuatu atas dasar tanggungjawab, lama-kelamaan perbuatan kita tu akan memupuk minat dengan sendirinya.


Macam aku dulu, aku mana suka baca buku tebal-tebal. Masa sekolah rendah dulu, kalau pergi library seboleh-bolehnya aku akan cari buku cerita yang nipis-nipis lepas tu tulisan dia besar-besar supaya boleh habis baca dengan cepat. Macam buku cerita Burung Gagak dengan kendi, Si Pengembala dengan Keldai. hehehe.. Pendek kata, dulu aku malas membaca. Ko tengok la buku jenis apa pulak yang menjadi pilihan kan, haha. Tahap malas dan tak minat aku tu telah menyebabkan aku ketandusan idea untuk buat karangan BM. Siryes.. tandus, kering, dan kontang.

Minat membaca mula timbul bila aku mula membaca novel. Nak tahu novel apa? Ombak Rindu. hahahaha.. Itulah novel pertama aku baca dalam hidup.  ( itu pun pinjam je, bukan beli ) Sejak dari tu, minat membaca semakin bercambah. Dari satu novel ke satu novel aku beralih. Ha.. kemudian, barulah aku mendapat 'rentak' untuk menulis karangan. Walaupun taklah sehebat manuskrip skrip novel itu, tapi bolehlah. Kira mudahlah nak menyusun ayat. Dapat la jugak A dalam peksa. hehe.



Tapi adik-adikku sayang yang masih bersekolah, (tetiba tujukan kat budak-budak sekolah pulak. Alah.. sekadar peringatan) bukanlah maksud akak ni nak menggalakkan korang membaca novel semata-mata. Maksudnya, korang kena pandai-pandai pupuk minat membaca tu. Ada orang minat membacanya muncul bila baca novel, ada orang tak suka baca novel. Dia suka bahan bacaan jenis lain macam magazine berunsurkan sains ke.. Ikut masing-masinglah. Asalkan kita membaca dan faham apa yang dibaca.

Selagi kita bergelar pelajar, kita takkan dapat lari daripada buku. Lebih baik kita jadikan buku sebagai kawan. Caranya, kita mesti faham apa yang kita baca. (Sekali lagi, kena fahamkan. Tak kisahlah berapa kali pun kita baca, yang penting kena faham) Apa isi yang cuba disampaikan. Dulu, akulah peminat nombor satu novel-novel picisan. (Yang duk berebut-rebut siar kat tv tu) Makin lama tah apa-apa tah aku rasa. Jalan cerita sama je.. tak pun lebih kurang je. Bosanlah senang cakap. Kalau baca pun, sekadar nak santai-santai. Tu pun, kalau tak habis baca, aku dah tak heran.


Dengar tu, apa abang tu cakap.. ;-)

Kesimpulannya, jadikanlah buku yang bermanfaat sebagai teman setia anda. Di negara-negara maju, rakyatnya memang rajin membaca dan tabiat itu telah dipupuk sejak kecil lagi. So, walaupun negara kita ni negara yang sedang membangun, apa salahnya kita jadikan yang baik itu sebagai contoh. :)


Ikut (heehe) macam akak tu, sampai kat kafe dia belajar. Pung pang pung pang.. kat situ. dengan tokey kedai jerit-jerit bagi tahu order dah siap segala. nasib baik tak pekak telinga dia. hahaha (dan dan tu lah nak amik diri sendiri sebagai teladan, kau tak tengok lagi kalau time aku malas camane. ) ha.. :D

**Setiap insan ada kelemahan masing-masing, Namun, kelebihan yang ada usah disia-siakan **
YER dok..



p/s : kecik-kecik dulu malas, nasib baik dah besar ubah sikit ( sikit jelah) ;) perangai. Kalau tak buat malu kat adik-adik.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...