Tuesday, January 22, 2013

Chocolate cup cake

Assalamualaikum =)

Hai.. korang. Aku sure ramai antara korang di luar sana sudah terbiasa makan cup cake. Malah dah selalu menyantapnya lagi-lagi kalau perisa coklat kan. Perggghh.. terliur jugak wey.. walau sekadar melihat gambar di FB tanpa mampu merasainya. Ya, dah ramai sangat orang kat luar sana menjalankan online bisness dengan menjual cup cakes, cake, etc. Yelah, nak cari rezeki lebih kan, kos sara hidup sekarang makin lama makin meningkat. Takkan ekonomi nak duduk kat takuk tu je. Maka, bisness cup cake menjadi pilihan.  Dah lumrah rakyat Malaysia ni kan pencinta makanan, maka bisness yang paling mudah untuk meraih ramai pelanggan adalah bisness makanan apatah lagi kalau ianya sedap. Oleh yang demikian, tidak peliklah kalau  negara kita yang tercinta ni kaya dengan makanan. Ko sebut je nak makan apa, chinese food, korean food, japanese food, western food. Just mention it. Asalkan ianya HALAL.

Okay, sambung pasal cup cake tadi. Dah namanya pun cup cake, haruslah dipersembahkan dalam bentuk cup. Ini menjadikan ia satu dessert yang sangat comel, sedap (i love chocolate flavor), dan mudah dibawa ke mana-mana. Bila lapar, ngap terus dalam mulut kan. Syahdu gile rasanya. Tambah pulak, ada sudu comel dibekalkan. Tak yah kelam kabut cari sudu nak makan terutamanya kalau dah lambat nak pergi kelas. Maka, cup cake inilah penyelamat anda sebagai breakfast.




Ini betul-betu perisa coklat asli, sebab tu pembuat cup cake ini tidak meletakkan sebarang hiasan berupa cream berputar-putar atau sebagainya kerana beliau tidak mahu 'mencemarkan' (hehe) rasa chocolate yang begitu appetizing itu. :) Hah, apa lagi.. order lah.



Nampak tak gambar-gambar di atas ? Yes, i know and really really know yang aku tak boleh nak gambarkan rasa sebenar all the chocolate cuppies hanya dengan mempromosikannya bersama ayat-ayat manis di sini. Well, taste orang lain-lain kan, But.. i berani jamin yang korang takkan rugi  makan kek ni, nak tahu kenapa? Sebab, pembuat cup cake ini menggunakan Van Houten chocolate sebagai bahan utama.



Jadi, aku jaminlah keenakan rasanya cup cake ini. ( Eh, aku takkan jual kalau tak sedap tau! ) Jadi, untuk tidak memastikan bahawa aku 'menggebang' kat sini, sesiapa yang berminat boleh la order. Macam mana nak order, tu fb aku kan ada kat tepi tu, tak reti-reti nak pm. okay, sekian..

Rasa dulu, baru tahu
( Nah! tu dia siap ber-trademark kauu.. haha)

Lupa nak mention, satu cup cake tu dijual dengan harga RM 1.50 SAHAJA. Berbaloi tahu, dah lah pakai van houten pulak tu.. ko hengat murah ke ..haha.










p/s : Aku kan.. benda yang aku paling tak goma nak buek iolah menjadi promoter. hehe. Sebab aku paling tak suka promoter-promoter kat shopping complex yang suka sangat mempengaruhi aku untuk membeli barang-barang diorang. But now, i merelakannya sebab aku rasa rugile kalau tak nak share dengan korang benda yang sedap. Lagipun, kite tolong orang nak mulakan bisness. apa salahnya kan. Lepas ni, sesiapa yang nak mintak saya promotekan barang boleh le bagi tau. heheeh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...