Sunday, January 27, 2013

Memori-Seloka Kelas 6R Hishamuddin 2009

Assalamualaikum

Taraaa... ini adalah seloka kelas aku semasa aku menuntut ilmu di tingkatan 6 Rendah di SMK KGV. Sedar tak sedar, dah dua tahun aku meninggalkan zaman muda-mudi di tingkatan 6. Kemain kau, muda-mudi ye, abih sekarang ni tua sangat ke.. eheh. takde lah tua, cuma, sudah ke arah dewasa. wah gituu tau aku punya ayat. haha. Sebelum tu, aku nak beritahu siap-siap, seloka ni bukan aku yang karang ye. Ini adalah hasil nukilan my bff, Hani. wuuu... give her claps! give her claps! hihi. Aku masih simpan rupanya. Ha, comel tak, touching tak. brhhhh..  Siryes, aku gelak sorang-sorang masa baca benda alah ni. Mana taknya, dalam exam pun sempat lagi Hani nilai karakter kitorang dan pindahkan dalam seloka. =) Geng, ce korang baca balik.

Manis sungguh ais krim strawberi,
Diberi orang kepada Mimi,
Si comel KAVI nama diberi,
Pengawas skema di kelas kami.

Kereta jiran Kembara dan Kenari,
Kereta aku cikai je.. Myvi,
ROSLYN namanya Sarawak mari,
Poyo tu takde la, just skema macam Kavi.

Ini kisah ADIRA mari,
Mulut leh tahan bising macam kenduri,
Comel lote boleh tahan la berseri,
Tapi bila dia excited, jawablah sendiri.

Si tudung biru berkaca mata,
Dengar kata dari Melaka,
Namanya TEHA kuat jugak mengata,
Kalau bab maki-maki, lagi dia suka.

Belakang Teha ada dak SYIDA,
Dulu duduk asrama, sekarang dah keluar,
Dia kuat tidur tapi dulu la,
Cuba ajak pergi karaoke, confirm nak punya la.

FAFAU miss chubby amoi kelas kami,
Riang gembira setiap hari,
Suka gak makan, maybe kot suka mi,
Tidur sesekali, kot tak datang hilang seri.

Mula la kisah heroin Hindi,
Ada THANUSHA, mesti ada SHAMINI,
Sorang kecik, sorang lagi chubby,
Kalau bergosip boleh tahan diorang ni.

Meh dengar story NIRO dan KRISHANTINI,
Dua gadis India di kelas kami,
Si Niro ni confirm tak cantik kalau pakai bikini,
Krishan miss seksi penyeri deepavali.

Tiga batu dah boleh dengar suara dia,
Kekadang ceria, kekadang moody,
Kalau story meletop-letop confirm dia ada,
Itulah FITRINA our sweet buddy.

Badan je kecik, suara tak sekali,
Marketing agent untuk kelas kami,
Datang je bawak katalog "meh beli-beli",
Rajin gak bawak makanan ASIAH ni.

Jangan lupa SHASHA si budak speaky,
Phone tak tinggal ada je sekali,
Berjimat-cermat coz nak call laki,
Tapi tu dulu la sekarang tak lagi.

Eh, lupa pulak putera kami,
Namanya ISKANDAR duduk kat tepi,
Kejap-kejap hilang, surau mari,
Sekali dia shuffle, tak dapat diselamatkan lagi.

Seloka simple je coz time exam ni,
Takde jawapan nak bagi CIKGU RAHIMIE,
Confirm-confirm aku kena sound jap lagi,
So, aku HANI mengundur diri.

Haishh..rindulah pulak. Kenangan manis kau dan aku... eh silap! kenangan manis kita bersama takkan terluput. hakha..Dah mula la aku meraban ni. Ehem, dulu Cikgu Rahimie ada cadangkan untuk masukkan dalam majalah sekolah. Tapi, tak sempat. Alahh, takpelah. Masuk kat blog aku pun okay apa. Bila teringat, boleh baca. :)

Walaupun kita dah ada perjalanan masing-masing, aku tetap ingat kawan-kawan aku. Walaupun aku ni senyap je tanpa khabar berita kekadang, korang mesej jelah aku. Hallooo.. aku tak pernah tukar nombor telefon okay. 

FYI, Kavi sekarang satu universiti dengan aku, UPM. Cuma, dia study course Bacelor TESL under fakulti pendidikan. Cik V, tak sangka kita satu U kan. Ingat lagi masa mula-mula terserempak dengan ko kat Kafe Serumpun tu, terlompat-lompat hati aku. hahaha. Excited lah katakan. kehkeh.

Hani pulak study Diploma Nursing kat Kolej Kesihatan Bersekutu Ipoh. erk?? ha, yelah. betullah. Walaupun kita sempat together-gether tak sampai setahun, tapi sempatlah angkat darjat jadi BFF bagai segala, aku tetap appreciate tau. Sayang ko. aik, tak rock ar cen ni babe. haha. Sekarang ni, Hani dah berjaya menamatkan pengajian diplomanya.yeayy! Tak tahulah dia dapat posting ke mana. hey, cik nie. aku tahu la ko sibuk belajar driving sekarang, ni aku nak tanya.. bila nak kahwin??? kuangkuangkuang. Tiap kali rayo, muko den jo kono poie monoman kan ekau berayo kek umah bakal mentuo ekau. Tapi kan, aku tak kisah pun sebenarnya, sebab selalunya time tu mesti ada orang belanja. huhuhu.


Si tudung purple- Hani. 

Fitrina- Dia ni bijak berkata-kata. Aku suka dengar dia cakap.Sekarang pelajar jurusan perhubungan antarabangsa apatah gitulah kalau tak silap. Lupalah fit. sorry. Kat UUM. Nun ke utagha tu perginya, adakah anda berjumpa jodoh di sana???? kahkahkah. Hey, pitina. Dah lama la tak dengar ko potpetpotpet kat aku pasal itu ini. eh, jiran apa khabar??? tetttt.... hihihihihi..


 Hari Sukan kat KGV- duduk saje sambil pose konon lawa tanda sokongan padu. hehe.

Syida- Sebenarnya, aku kenal syida ni dah lama sangat. Since kitorang darjah 3. (tahun 2000). Biasalah zaman budak-budak, kejap kawan dengan yang ni, kejap kawan dengan yang tu. Then, kitorang rapat semula masa darjah 6. Dah plan dah nak register sekolah menengah sama-sama, tiba-tiba aku dapat tahu dia pindah kelantan. Perghhh.. sentap. hehe. Kemudian, aku berjaya dapatkan nombor telefon dia daripada kawan kitorang jugak. Dapatlah jumpa sekejap kat rumah aku. Syida datang rumah aku. Masa tu kitorang form 3. Then, lost contact tetiba. again. Aku pun dah tak ingat sangat pasal dia masa tu. Yelah, masing-masing sibuk dengan SPM. Dah takdir Allah SWT, kitorang jumpa semula sewaktu aku form 6 di KGV.  Keciknya dunia. Memang aku tak sangka langsung yang kitorang akan jumpa balik. Dapat belajar sama-sama balik. duduk sebelah-sebelah lagi.


Dak Asiah selalu panggil Syida ni Syiduutt ( baju putih), sebelah dia itu, Roslyn. Aku pernah kot tulis entri pasal dia. ce korang carik yang lepas-lepas. Apa yang bestnya pasal Roslyn ni  adalah dia selalu cover line untuk kitorang setiap kali ada spotcheck handset. Siap remind kitorang awal-awal mintak kitorang sorokkan supaya tak kena rampas. cayalah babe. Kitorang tak rasuah dia tau. dia yang rela. bhahahahaaha.

Shasha- Dan, yang paling aku tak sangka aku boleh berjumpa semula dengan Shasharina Mohammad. Aku tak tahulah budak-budak sekolah rendah Mambau ingat lagi ke tak kat dia ni. Tapi, aku siryes ingat. Dia ni dulu pengawas masa darjah 3. Kawan-kawan selalu panggil dia Kak Shasha sebab keadaan fizikal yang tinggi ditambah pula dia merupakan  prefect suatu ketika dahulu. Nak tahu kenapa aku ingat dia ni, sebab nama adik-beradik perempuan dia sume capital S. Kakaknya, Suriati. (pun dulu pengawas masa sekolah rendah) Adiknya, Shashanamira. Sorry, sha. Tu je yang aku ingat. hehe. Tapi betullah. Aku siryes tek expect boleh jumpa kau balik. hihi. Tapi  tak lama la kita belajar sama-sama sebab Shasha  amik keputusan untuk sambung diploma apatah (lebih kurang macam architecture) gak la kat UiTM, Perak selepas tu. Dah selamat dah menamatkan pengajiannya. Sedang bekerja rasanya sekarang. Puas la aku carik gambo si shasha ni tapi tak banyak. Yang ada pun, dua-dua tu cenonet je saiznya. Bila enlarge, gambar jadi pecah-pecah. Nak amik kat FB, tak sampai hati. =) tuan punya badan lama dah tak online. nak mintak izin pun payoh. hek.

Teha- Dia ni kalau nak sempoi panggil Teha, kalau nak lembut-lembut muslimah, ce sebut Fa-ti-hah. hehe. Ha, ni lagi sorang. Bila tah nak kahwin! Dah siap terbang ke Korea bagai.haha. Habis belajar, kerja, dah jangan tunggu lagi.. (ceh, aku lak memandai kan. pap kang.) Fatihah ni budak UiTM study course BM sebagai bahasa pertama. Aku tak leh bla bila teringat perangai dia yang suka na skype dalam kelas masa cikgu takde. Nak lepas rindu dendam kat orang Korea lah katakan. Fatihah, awak ni kan dah macam Farah Lee dengan Ally Iskandar versi terbalik. hehe. ( Kalau sebut Fatihah, kena guna kata ganti nama diri awak, kalau sebut teha, hah tak payah. kau aku je cukup.) haha.


Teha, aku tahu muka ko tetap comel tanpa perlu mengembungkan pipi seperti aku.


Gini lah gaya budak sekolah naik bas. Masa ni nak ke UPSI. Siap dengan bekal nasi kau.. haha
Budak sekolah sangat kan.


Mentang-mentang curik-curik bawak henset, bergambar sakan ko kan.


This is Fauzianna Lim atau kitorang panggil dia fafau saje. Dia ni berdarah mix. Chinese + Siammese. Tu yang comel sesangat tu. piweeet.. nak nombor telefon. hekhe.. Kini, dia meneruskan pengajian di UNISZA. Course English. (kalau tak silap i lah ye fau) hehe. Dengan dia ni, kitorang memang bahasakan diri I and U. Tah tahulah kenapa. dah lidah ni tergeliat nak nyebut aku kau agaknya. Lagipun, I and U tu kan sweet. se sweet orangnya. wah, mengampu je keje kau dira!



Ini pula Asiah. Semanis orangnya, secantik maksud namanya :)
Nama FB dia Iman Tasnim. Sweet je kan. (terfikir nak letak nama ni kat anak) Nah kau! tetiba. Hah, yang tak kenal tu mula la nak add dia tu, eh aku tak suruh korang add dia tau. Nasib lah kalau dia tak approve. muahhahahaha.. Marah boyfriend dia kang, padan muka ko. kihkihkih. Dia ni on the way menjadi wanita bekerjaya. In Shaa ALLAH, berjaya hendaknya. Ameen..





Seronok meniaga masa ni. Yele.. budak sekolah lah katakan. Pegang duit banyak-banyak tu rasa jakun gile tau tak. hahahaha.. Masa ni Hari Koperasi sekolah.






Dan ini...jengjengjeng. Yang ni bukan jakun lagi, tapi batak tahu tak. kehkehkeh. Farid Kamil datang shooting kat sekolah. Ko hengat sesenang tu je aku nak lupa walaupun dia telah memilih Diana Danielle sebagai permaisuri hidupnya ?? over tak dialog lakonan aku.huuhuahua.


Ni ha, aku dah jumpa gambar shasha. hehe. Masih ada dalam simpanan. tapi kat folder lain.


Ketika majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang di KGV. Malu den nak kobar an sobonar ey sobab apo den dapek anugerah untuk Bahaso Melayu jo. Jadik la an. Daripada UPSR, PMR, SPM, dan STPM aku dapat A untuk BM, akhirnya time STPM baru merasa diri dianugerahkan awards. awards lah sangat, hengat kau retis ke.. duishh! Krishan ni kau jangan cakap lah, best student STPM ni. Result dia sikit lagi nak cecah 4 flat. Sekarang meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di UKM. Cayalah Krishan, i tahu yang one day u akan jadi lawyer like your father right?? :)



Thanusha, Niro (tepi sekali dari kiri), dan Iskandar pulak aku tak tahu sekarang diorang buat apa. Means aku tak tahulah sama ada diorang sambung study ke atau masing-masing dah kerja ke sebab memang lost contact terus. Dulu ada la aku nampak si thanusha ni online, tapi tak terfikir pulak nak tanya. hehe. Shamini sekarang sama universiti dengan aku. Satu fakulti lagi, ambik course Bahasa Melayu kau, kalah aku tau. hehe. Mana tahu nanti boleh jadi macam Cikgu Rahman. hehe. Sama jugak dengan si Danamn. (eh, fitrina, ko ingat tak si danamn? Yang ko selalu kacau sebut nama dia dalam kelas sejarah tu. Hari tu dia tanya aku pasal ko) 

Ha, itulah serba sikit kenangan dan perkembangan teman-teman seperjuangan yang aku tahu. Tak sangka masing-masing dah sampai ke menara gading. Dulu, dalam kelas suka nau memain, citer-citer pastu gelak-gelak sampai pecah perut. Makan berjemaah, tidur berjemaah. haha. ( itu diorang okay, aku tak) Eh, korang! Sila ingat balik macam mana tupai masuk kelas kita masa pnp MUET. Bukan main menjerit-jerit, naik atas kerusi, naik atas meja. Nasib baik teacher tak naik sekali atas meja. huhu. Ku sangkakan ular atau tikus, rupanya tupai. hee~ terus melekat, mama tupai. mama apa, mama tupai, mama apa, mama tupai. heheheheeh.








Tu nampak tak Cikgu Rahman yang hensem tu. :) Dulu, masa sampai sini selalu dengar orang kata yang kita dah selangkah ke menara gading, nah sekarang dah dua-dua langkah kau. Dah tak terlangkah-langkah dah bila assignment datang bertimbun. kehkehkeh. Takpe, jalan perlahan-lahan, kalau penat, rehat. tapi jangan berhenti atau patah balik. Sebab jalan dah terbentang depan mata, kita bukan sesat. Ingat tu. =)

Nampak tak, hanya dengan membaca rangkap-rangkap seloka tu je, memori lama datang silih berganti. Sampai aku dah tak larat nak menaip dah. Buat kawan-kawan aku (especially yang tertera namanya di atas) aku doakan korang berjaya hendaknya. Tak nak buat reunion ke, mak cik mak cik oi.


Sekian saje dari,                           



nampak na nipuu nye. Aku grad nanti jubah warna maroon lah. bhahaha..












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...