Friday, February 1, 2013

Semangat juang hindari virus M

Assalamualaikum

Petang-petang macam ni di rumah, sangatlah membosankan. Apa lagi aku nak buat? Inilah rutin manusia yang sedang menikmati cuti semester. Pernah suatu ketika aku chat dengan roomate. Dia bertanya, " Kak Ira, cuti macam mana? ". Jawabku, " Macam ni lah ada masa best, ada masa bosan, ada masa rajin, dan ada masa malas." Sekarang mood malas aku semakin menjadi-jadi. Tidur lewat tu so far sekarang ni dah takde la sampai pukul 2 atau 3 pagi, pukul 12 je aku dah mula tak larat dah sekarang. Bagi aku, pukul 12 tu kira awal lah tu aku tidur. Ditambah pulak waktu cuti macam ni. Okay tidur awal dah tak jadi masalah. Masalah aku sekarang ialah mata aku ni berat semacam nak bangun pagi. Tah apa kena tah. Kalau dulu, okay je. 

Aku perasan sejak akhir-akhir ni, aku dah 2 ke tiga hari Solat Subuh di akhir waktu. Dekat-dekat nak pukul 7 macam tu. Tu pun tiba-tiba tersedar sendiri. Nasib baik sempat lagi. Waktu Syuruk kat sini sekarang dalam 7.15 ke 7.20 macam tu. Lepas Solat Subuh, mata ni pulak dah tak boleh dah nak berjaga  menghadap laptop ke, baca buku apa yang patut ke macam sebelum ni, terus nak lelap semula. Mana la rezeki nak murah. Exercise kaki pun dah lama aku tak buat. Aishh,, apa nak jadi ni..

Aku terfikir jugak, apa lah yaang tak kena dengan diri aku ni, mungkin ada kureng kat mana-mana. Nak kata tak baca doa sebelum tidur, siap dah. (Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul, doa tidur, selawat 3 kali) , tepuk bantal, set alarm sume, tapi masih berat lagi. Aku rasa ini mesti disebabkan kesungguhan dalam diri aku dah berkurang. Tu yang jadi pemalas semacam tu. Dah la iman pun tak sekuat mana, syaiton ni rojimm bersepah je kat sekeliling. tu yang menjadi-jadi tu.

Tak boleh jadi ni, kena 'fight' ni, rasa malas ni kalau kita ikutkan, memang tak boleh jadi apa la wey. Kena kuatkan semangat ni, lebih kurang dua minggu je lagi aku akan balik semula ke kampus. Ko gila, aku dah set azam baru aku tau, takkan ku biarkan virus M ini merosakkan segala-galanya. Tidak sama sekali.

" Hindarilah olehmu sifat malas dan mudah bosan, kerana kedua-duanya merupakan sumber daripada kejahatan. Sebab apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah  dalam menegakkan kebenaran."- IMAM MUHAMMAD AL-BAQIR



Okay, ni je yang sempat. dah masuk waktu Asar. =) 

p/s: tolonglah jangan ikut sisi malasku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...