Wednesday, February 6, 2013

Majlis perkahwinan

Assalamualaikum

Majlis perkahwinan. Dah tentulah nak bercerita pasal orang kahwin. Siapa yang kahwin? aku? Ohho.. masih belum layak. My kakak sepupulah yang berkahwin. Tanggal 29 Disember 2012 tahun lepas, tamatlah kehidupan Along Munie sebagai orang bujang kerana dia sudah bersuami. hihihi. Mereka selamat diijab qobul kan oleh imam di Masjid Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya. Dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah.




Mengenakan busana bertemakan silver ala grey, tudung tu elok terletak atas kepala kan. ;p

Psstt.. tudung tu actually i punya tau. Pengantin mintak pinjam sebab matching dengan bajunya, katanya lah. So, aku pun lek-lek jelah. Apa ada hal setakat bagi pinjam tudung je kan. Aku pon terus tanggalkan and bagi kat along. Disebabkan dah takde tudung instant nak pakai, aku telah menerjah masuk ke bilik Mak Lang dan mencapai tudung awning beliau yang berwarna kuning itu. Biasalah, mak-mak kan memang banyak koleksi tudung instant tu. Malas nak menggosoklah katakan. Amboi, mengata. padahal aku pon dua kali lima sepuluh wey.. haha.


A day before solemnization. Lanyak pelamin. yeay! I like this photo. Matching pulak baju we all. Both of us are sweet in black. hehe. Padahal main belasah je apa yang ada dalam almari masa tu. Tu tengok tudung aku tu. sama kan. Along Munie, kite takde apa hadiah nak bagi, tu kira hadiah sementara lah kan. kuikui.


Muka ni jelah yang macam orang tak pernah tengok pelamin. Nak melanyak dan berposing ala pengantin. Seriously, i love the blue and purple combination. :) Memang jarang orang pilih coz kalau mention about flowers je, warna yang akan terlintas is merah, putih, pink. Tapi kali ni, purple and blue. its sooo nice. Ditambah pula the main theme of the pelamin is putih. Bunga-bunga tu nampak menyerlah.   Lagipun, my along munie is brutal you know, tak main ar pink pink derr..hehehe.



Tengok, nak jugak tunjuk pose lagak brutal dia walaupun dah diayu-ayukan oleh mak andam. haishh.. haha. Pengantin perempuan tiba agak lewat sedikit kerana mak andamnya datang lambat untuk sesi make up. Ko bayangkanlah, pukul 10 pagi nak nikah, pukul 9 pon masih on the way. Janji Melayu. Nasib baik make up tu cantik. Kalau tak, mesti rasa tak berbaloi.

Oleh sebab tak nak bagi keluarga pihak pengantin lelaki menunggu, aku, mak aku, pak lang, mak lang and a few sedara with another car bertolak dahulu ke masjid. That was my first time been there. (Masjid Besi itu) Setibanya di sana, i was just.. Subhanallah. Cantiknya masjid ni. Siap ada escalator.  Sangat luas sampaikan masa nak balik aku tak ingat kat tangga sebelah mana aku letak kasut.


I am not her pengapit. tapi, sesuke hati menyelit. huhu. Along dan Along hehe. Cuma, status je berbeza 


from the left is Sabrina, me (AdiraTawfik), Eija, Wanie, and Arina. Thank you to pengantin perempuan kerana sponsor kain untuk kitorang sedondon during her ijab dan qobul. We all lagi menyerlah dari pengantin. Itulah, sapa suruh pilih warna ' mencemar duli'. hihi. By the way, thanks again Along. 


Diarahkan ketawa oleh photographer. Mula-mula macam terpaksa, lama-lama terkekeh-kekeh golak sampai cam tu ha goman memasing. haha.


My cousin cerita kat i " tadi masa kitorang kat luar, (otw nak masuk masjid) ada yang tegur. ( yang baju-baju kuning tu except me lah. Sebab i kan datang awal.) orang tu tegur, " Yang pakai baju-baju kuning ni, artis ke yang kawen? " hahaha.. Macam manalah tak kata macam tu, ko tengoklah cousins aku tu, handbag dah macam mak datin kau. Pulak tu, siap bercermin mata hitam pulekk kat luar masjid tu. hehe. Nasib baik takde paparazzi yang ikut. bhahaha.


Date : 2/2/2013 - Taman Kelab Tuanku Mambau

Dan ini juga my second along yang kawen. Kalau tadi Along Munie, yang ini ialah Along Cikin. Anak buah abah. Along Cikin bersama suaminya selamat diijab qobul kan di kediaman keluarga pengantin perempuan dengan dua ke tiga kali lafaz. ( i' m not sure. tak ingat.) Sobab ey, abah pengantin perempuan nervous nak nikahkan anak. hehe. Pertama kali menerima menantulah katakan. Memang lawak time tu. hihi. Apa-apa pun, majlis berjalan dengan lancar hingga selesai semuanya. Alhamdulillah. Suka sangat dengan tudung pengantin tu. cantek kan. =) 



My cousin ( Dania Amira).masa kekecik kitorang sekolah sama, kelas sama, ngaji sama, kafa sama. hehe. Selepas dia dan family pindah, dah lama tak jumpa. Kalau jumpa pon kejap-kejap je. Waktu kenduri kahwinlah, kenduri tu lah, kenduri ni lah, dan juga waktu raya. So, bila jumpa sekarang both of us dah remaja gitu, dah makin cun dia kan. Siap capture gambar sama-sama bagai. hehe. Dulu, kekecik gaduh. tak nak kawan kau, tak nak kawan aku. haha. it was a funny moment. budak-budak sangat masa tu. huhuhu. Now, she is continuing her study in engneering courses at UTHM. Congrates, Kak Yang =)


Cik Peplum Baby Blue and grey ;')


tukang jaga duit, tukang jaga present pengantin dan penyusun souvenirs serta selaku setiausaha-setiausaha pak mohsin. kehkehkeh.

okay, thats all. Along-along sekalian tahniah ler. Selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga bahagia sampai syurga. Ameen..

*along yang ni, dia kawen dengan buku je.. LoL. opsss!

p/s : floating advertisement kat blog ni menyemakkan. asyik kena tekan pangkah je. macam ne nak remove tah.  dah la tak diundang masuk ke blog langsung. huh!



















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...