Friday, February 15, 2013

Azam

Assalamualaikum

Sebelum semester baru membuka tirai 3 hari lagi, harus untuk aku menulis satu entri baru. Atas sebab apa aku berbuat demikian ? Kerana apabila semester baru mula, mungkin aku tiada masa sangat untuk menulis blog. Ya, memang tiada. Kalau ada pun mesti ketika itu idea datang tiba-tiba, dan aku telah mencuri masa belajar aku, masa senggang aku di sana. Aku memang jarang update blog apabila di kolej melainkan kalau aku pulang ke rumah. Kebiasaannya, apabila tiba sahaja cuti weekend, aku akan call mak untuk beritahu yang aku nak balik. hihi. Untunglah dekat. Serdang to Seremban. Seremban and reach to Mambau. wee! 

Semester lepas merupakan semester yang paling kerap aku pulang ke rumah. Kenduri itulah, kenduri inilah. Makan-makan di situlah, di sinilah. Kebetulan pula ketika itu pengangan Adam dan Hawa tersangatlah hebat dalam kalangan pembaca-pembaca novelis terkenal Aisya Sofea itu, maka aku akan curi masa untuk balik ke Mambau untuk download episode by episode supaya mudah untuk ditonton apabila pulang ke kolej. Dekat UPM tidak dapat berbuat sedemikian kerana wifi UPM (uspot) telah mem block link berkenaan. Bila balik kolej, roomate pun mula mengendeng-ngendeng mintak transfer new episode kat thumbdrive. Begitu juga kengkawan. Sampai begitu sekali media massa mempengaruhi sikap individu ye. Sehingga aku pernah tergolong dalam ketegori heavy viewer based on cultivation theory kerana menonton drama lebih dari 4 jam sehari. sanggup pulang ke rumah semata-mata tak sabar nak tengok next episode. And now, dah habis dah pun. Aku rasa ek eleh.. apa-apa jelah Adam Hawa tu. cito jo pun. haha.

Untuk itu, sem baru yang bakal muncul ni, aku malas dah nak layan drama episode by episode ni. Kira macam one of my azam jugaklah. Mula-mula macam eh, boleh ke aku ni? Kang cakap je lebih. apa pon tak boleh kan. So far, boleh In Shaa ALLAH. Niat tu dah baik, kena tambah dengan usaha je. Sebabnya, memang pun download cerita-cerita tu membuang masa aku kalau dikenangkan balik. Yelah, aku ni jenis individu yang kena double efforts lebih sikit dari orang lain baru boleh jadi pandai. Sekarang ni pun aku rasa biasa je. Lainlah kalau 4 flat. Kang ada pulak yang kata aku tak bersyukur, eh taktak. Alhamdulillah, atas usaha jugak. tapi taklah sehabis baik sangat. Macam sem lepas, memang aku dah terasa susah gila course ni. I mean dah kena bagi komitmen lebih. Memang rasa tak larat sangat tapi gagahkan jugak. Yela, orang kurang pandai memang macam ni. Kalau tak paksa, memang tak jalan la.

Roomates i pandai-pandai. Aku tahu diorang punya course lebih susah daripada aku punya. So, cara diorang belajar pun lain. Nampak lebih teratur. Bukan macam aku, kelam kabut semacam. =). Even pointer diorang biasa-biasa, tapi aku kategorikan itu satu pencapaian yang hebat. Yelah, dengan quiz plus test two sume. Aku tahulah sebab hari hari aku tengok depa belajar lagu mana. Macam course aku lebih banyak pada assignment, kurang pada test. Sebab tu kalau ada test pun, last minute baru den baco. Lagi dua tiga hari nak exam ke.. macam tulah. Dan, aku suka study group. Dari sekolah lagi cikgu-cikgu galakkan pelajar buat group study sendiri. Tapi, aku tak pernah ada group untuk study. Kalau ada pun, group untuk golak-golak, cito tu cito ni.. memang dulu aku rasa study group ni tak boleh pakai lah untuk aku.


Tulang belakang perjuangan saya :) saya pulak,,, haha, putihnya muka. Janganlah percaya. editing guna photoshop semata-mata. kahkah.

Segalanya berubah (segalanya berubah kau.haha)  bila aku berada di universiti. Dulu, sebelum masuk U, mak pesan, kat universiti tak boleh belajar sorang-sorang. Itulah dia nasihat seorang ibu. Walaupun tidak berpeluang belajar sampai masuk universiti tetapi nasihat beliau sangatlah berguna. Dan aku sendiri rasa kebaikan nasihat itu. Nantilah aku membedah pasal study group okay. Tiba-tiba rasa nak menyanyi-nyanyi sambil dengar lagu kat youtube. haha. Salam.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...